Pages

Wednesday, October 5, 2011

Manusia Berjiwa Binatang!!

But kulit haiwan asli yang dibuat drpd kulit biri-biri dr Australia
Assalammualaikum dan selamat petang

Korang tengok but tu 'santek' tak?? Huhuhu lau ikut pandangan mata aq memang tak cantik pun. Aq akui aq ni memang buta fesyen..bukan sikit tp rasanya banyak giler! Hahahahhaha,coz i am not up-to-date fashionista sgt lah..sempoi & simple je slalunye.

Ha ni nk habaq mai, pada penggemar kasut but2 gini..cantik2 pun mesti ada rahsia dan cerita yg tersembunyi punya. Macam kisah disebalik but ni la. Aq terbaca la kt MyMetro tentang ni.Adeh,aq pn tak tahu la..apa nk jadi dengan dunia sekarang..Semalam berita kekejaman antara manusia dengan manusia..harini pulak berita kekejaman antara manusia dengan haiwan pulak.

Kesian aq tengok anjing ini..
Anjing Rakun
Berita selanjutnye..dipetik..MyMetro

BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.

But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.

Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing.


p/s: walau apa pun binatang,ia tetap makhluk ciptaan Allah swt spt kita..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura