Pages

Friday, January 2, 2015

2015 : Kisah Hati (Part 1)

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah entri pertama Nurul untuk permulaan tahun baru 2015. Diharapnya masih ada yang sudi singgah blog picisan ini.

Pertamanya sebelum Nurul meneruskan lagi ayat-ayat berikutnya, rasanya masih belum terlambat untuk Nurul ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Semoga azam yang dicipta, terus terlaksana. Semoga hidup kita lebih diberkati Allah swt dan iman kita semakin bertambah.

Entri terakhir Nurul bertarikh 23/10/2014, segalanya biasa2 je yang ditulis. Mood berblogging sangat kelaut, setelah bertukar kerja. Harini 02/01/2015, Nurul kembali menulis..hanya kerana jiwa dan rasa yang diuji oleh Maha Pencipta.

2014 : tahun yang sangat menguji Nurul, ujian jiwa dan raga. Ada pahit, ada masam, ada manisnya. Nurul dan dia hanya mampu merancang, tapi Allah swt jugak pemutus pada segala rancangan.

24/12/2014 : sekitar jam 3:30pagi Nurul dikejutkan dengan berita kematian insan tercinta. Terasa hendak pecah jantung ni sebaik baca kiriman whatsapp bff tika itu. Tak tahu nak kata, bakal tunang @ bakal suami. Kami tak pernah merancang untuk bertunang, kami cuba percepatkan apa yang baik tapi Allah swt lebih mengetahui penghujung cerita kami. Dalam sedar tak sedar, Nurul nampak banyak perkara seperti ditangguh.

Bermula dengan pertengahan Nov, Nurul demam selama seminggu dan selepas tu baru disahkan kena denggi. Pada hari Nurul confirm kena denggi, arwah pula demam. Esoknye arwah diam..seminggu lamanya kami x contact, arwah hilang macam tu saje. Sehingga terpaksa Nurul minta tolong sahabat2 lain cari dirumah arwah @ keluarganya. Finally jumpa dirumah keluarganya. Rupanya arwah kena demam panas yang teruk sehingga tak mampu bangun.

Beberapa hari selepas tahu tentang tu, ibu ayah bawa arwah pergi check up kat hospital. Terus kena tahan selama 6 minggu kerana didapati buah pinggang arwah bernanah. 2 minggu stay HPD, arwah disuruh operate kt HKL untuk buang nanah tu. Seminggu kat HKL, arwah dipindah semula ke HPD.

Dari awal arwah ditahan wad, arwah mengalami masalah pernafasan. Nurul mahupun sahabat2 lain hairan kerana arwah walaupun begitu, dia takde sakit asma selama ni. Masa 1st time datang melawat dia, dah ada kawan2 pesan pada saya agar bersedia dan sabar setelah tengok keadaan dia nanti. Ya Allah, memang sebak sangat rasanya. Terlihat wajah menahan sakit teramat yang ditanggungnye.

Lawatan pertama, seminggu selepas tahu arwah admit wad. Lawatan kedua, 2 minggu di wad. Lawatan ketiga, hari dimana dia kena gerak hospital seremban utk x-ray. Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan arwah even dikala sedang sakit begitu. Lawatan keempat, rasanya time tu dia nampak sihat sikit. Seharian temankan dia, berborak, bergurau seperti selalu. Siap kena tumbuk dengan arwah. Adeh! Haritu arwah tenung Nurul lama..tak sangka itu renungan terakhir darinya. Sebaik dia pulang dari HKL, Nurul belum berkesempatan datang melawat lagi. Plan nye 25/12, tapi Allah punya rahsia sendiri. Arwah dah dijemput sehari sebelum tu.

...bersambung...

1 comment:

Sahabat Sakura