Pages

Wednesday, January 14, 2015

2015 : Kisah Hati (Part 2)

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Selepas beberapa hari transfer dari HKL ke HPD, keadaan arwah seolah bertambah baik tapi dia masih punya komplikasi pernafasan. Kalini makin teruk, sehingga pada 21/12/2014 arwah wassap Nurul nak bagitahu yang dia sekarang dah ditempatkan di ICU pula. Allahuakbar! Luluh nye hati, kerisauan makin bertambah. Ingin saje ikut hati pergi tengok keadaan dia disana. Tapi ...

Hari demi hari Nurul hitung di kalendar, menanti 25/12/2014. Nurul dah rindu sangat pada arwah, gurauan dan usikan dia, senyuman dia, setiap bait nasihat dan pesanan dia. Ya Allah, dia hambaMu yang baik pada semua orang.

Jam 04:45pagi, abang ipar Nurul tolong hantarkan sampai Senawang. Disana sahabat paling rapat dengan arwah datang jemput Nurul dan kami sama2 pergi ke hospital. Dia yang paling awal nak gerak kesana, jadi Nurul ikut. Nurul taknak terlepas setiap saat pun kalini. Semakin dekat dengan HPD, hati semakin sebak dan rasa gundah. Seolah diri belum berapa bersedia untuk melihatnya dan rasa seperti masih bermimpi akan kenyataan yang diterima pagi tadi.

7pagi, selamat sampai di HPD..terus jumpa ayah arwah yang setia menjaga arwah dari awal sakit hingga akhir nafas arwah, dari pagi ke malam tetap meneman anak bongsunya di wad setiap hari. Nurul sampai-sampai mencari ibu jugak, tapi rupanya ibu dan saudara-mara perempuan yang lain menunggu di rumah. Lagipun keadaan kesihatan ibu pun tak berapa bagus.

Hmmm...di hospital, terus jumpa ayah. Ayah bawa Nurul melihat arwah. Nurul tatap setiap inci wajah kesayangan Nurul, setiap senyuman yang pernah terukir di wajah tersebut demi nak melihat Nurul pun turut tersenyum ceria seperti dia. Sayu, luluh, segala rasa ada tapi Nurul cuba bertahan. Sehingga ke saat ini, setiap wajah arwah dari awal kenal hingga hujung hayatnye..Nurul masih ingat dan terbayang.

Ayah memulakan bicara sedikit demi sedikit bagaimana arwah pergi. Hmm maaf, Nurul tak tahu nak ceritakan bagaimana tapi diringkaskan punce perginya bukanlah sakit yang selama ini dia tanggung. Pemergian arwah satu kejutan kerana semua lihat arwah seolah semakin pulih dalam beberapa hari sebelum Allah menjemputnya.

Arwah dimandikan terus di HPD, di kafankan dan sekali disolatkan di sana. Selesai segala urusan di HPD, jenazah di bawa pulang ke rumah untuk memberi peluang kepada saudara-mara dan ibu pulak melihat wajah kesayangan mereka sebelum jenazah di kebumikan. Sebaik sampai di rumah, mata Nurul dah meliar mencari Ibu. Sedikit rasa risau akan keadaan Ibu. Ramai sepupu dan saudara arwah, tapi seorang pun Nurul tak sempat kenal. Masuk rumah, bersalaman dengan semua isi rumah. Sehingga saat ingin bersalaman dengan Ibu, air mata ni sekali lagi berderai bila mendengar ibu merintih. Ku peluk ibu erat..baru ku tahu ibu juga turut terkejut seolah tak percaya apa yang terjadi. Kasihan ibu....anak yang sering dirisaukan keadaan nya, kini telah pergi dulu.

Nurul mengambil tempat berhampiran dengan arwah, iaitu dekat dengan kepalanya. Agar mudah untuk Nurul terus melihat wajah arwah.  Nurul sedekahkan lagi surah Yaasin buat insan tercinta. Sekejap2 Nurul akan menangis lagi bila teringat dan terkenangkan segalanya tentang arwah.

Dalam whatsapp arwah ketika diberitahu perlu ditahan wad selama 6 minggu, Nurul mula sedih dan risau. Arwah pernah kata, nanti arwah sihat dia akan bawa Nurul jalan. Sebab masa tu Nurul mengadu bosan dengan dia dan rindu sangat kat dia. Sebelum tu sebulan tak jumpa sebab arwah sibuk kerja, katanya nak cari duit lebih. Nak kahwin kan .. huhuhu

... bersambung ...


Friday, January 2, 2015

2015 : Kisah Hati (Part 1)

Assalammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah entri pertama Nurul untuk permulaan tahun baru 2015. Diharapnya masih ada yang sudi singgah blog picisan ini.

Pertamanya sebelum Nurul meneruskan lagi ayat-ayat berikutnya, rasanya masih belum terlambat untuk Nurul ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Semoga azam yang dicipta, terus terlaksana. Semoga hidup kita lebih diberkati Allah swt dan iman kita semakin bertambah.

Entri terakhir Nurul bertarikh 23/10/2014, segalanya biasa2 je yang ditulis. Mood berblogging sangat kelaut, setelah bertukar kerja. Harini 02/01/2015, Nurul kembali menulis..hanya kerana jiwa dan rasa yang diuji oleh Maha Pencipta.

2014 : tahun yang sangat menguji Nurul, ujian jiwa dan raga. Ada pahit, ada masam, ada manisnya. Nurul dan dia hanya mampu merancang, tapi Allah swt jugak pemutus pada segala rancangan.

24/12/2014 : sekitar jam 3:30pagi Nurul dikejutkan dengan berita kematian insan tercinta. Terasa hendak pecah jantung ni sebaik baca kiriman whatsapp bff tika itu. Tak tahu nak kata, bakal tunang @ bakal suami. Kami tak pernah merancang untuk bertunang, kami cuba percepatkan apa yang baik tapi Allah swt lebih mengetahui penghujung cerita kami. Dalam sedar tak sedar, Nurul nampak banyak perkara seperti ditangguh.

Bermula dengan pertengahan Nov, Nurul demam selama seminggu dan selepas tu baru disahkan kena denggi. Pada hari Nurul confirm kena denggi, arwah pula demam. Esoknye arwah diam..seminggu lamanya kami x contact, arwah hilang macam tu saje. Sehingga terpaksa Nurul minta tolong sahabat2 lain cari dirumah arwah @ keluarganya. Finally jumpa dirumah keluarganya. Rupanya arwah kena demam panas yang teruk sehingga tak mampu bangun.

Beberapa hari selepas tahu tentang tu, ibu ayah bawa arwah pergi check up kat hospital. Terus kena tahan selama 6 minggu kerana didapati buah pinggang arwah bernanah. 2 minggu stay HPD, arwah disuruh operate kt HKL untuk buang nanah tu. Seminggu kat HKL, arwah dipindah semula ke HPD.

Dari awal arwah ditahan wad, arwah mengalami masalah pernafasan. Nurul mahupun sahabat2 lain hairan kerana arwah walaupun begitu, dia takde sakit asma selama ni. Masa 1st time datang melawat dia, dah ada kawan2 pesan pada saya agar bersedia dan sabar setelah tengok keadaan dia nanti. Ya Allah, memang sebak sangat rasanya. Terlihat wajah menahan sakit teramat yang ditanggungnye.

Lawatan pertama, seminggu selepas tahu arwah admit wad. Lawatan kedua, 2 minggu di wad. Lawatan ketiga, hari dimana dia kena gerak hospital seremban utk x-ray. Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan arwah even dikala sedang sakit begitu. Lawatan keempat, rasanya time tu dia nampak sihat sikit. Seharian temankan dia, berborak, bergurau seperti selalu. Siap kena tumbuk dengan arwah. Adeh! Haritu arwah tenung Nurul lama..tak sangka itu renungan terakhir darinya. Sebaik dia pulang dari HKL, Nurul belum berkesempatan datang melawat lagi. Plan nye 25/12, tapi Allah punya rahsia sendiri. Arwah dah dijemput sehari sebelum tu.

...bersambung...

Sahabat Sakura

They're G+