Pages

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan Giveaway by Angahjudin


Assalammualaikum wbt ..


Angah Judin Punya Cerita


Jom reramai join giveaway Angah! Hanya klik header blog beliau di atas ni. Senang dan mudah je cara penyertaan. Jangan lambat-lambat, sebab sampai malam ni je. hehehehe ..





Sunday, July 21, 2013

Dah Tua Sangat Ke?

Assalammualaikum wbt ..

Semalam (20 July 2013) pertama kali sepanjang Ramadhan, aku jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan kat Bandar Mahkota Cheras ni. Tapi sekadar tunggu di parking, kakak aku je yang jalan p cari kuih-muih untuk berbuka. Aku masih belum ada rasa nak masuk bazar, serasa aku mood puasa tahun ni tak berapa best kot. Makan minum aku seadanya saje macam hari-hari biasa.

Sedang aku duduk-duduk lepak dalam kereta .. Aisyah sedang lena tidur petang .. aku pandang ke luar tingkap kereta dan terpandang sepasang merpati sedang seronok membonceng motor berpelukan berdua. Respon aku? hahahaha .. automatik aku menggeleng kepala setelah melihat aksi  2 anak muda tersebut.

Tua kah aku? Tiba-tiba terasa macam aku ni dah tua ke? Hahaha .. tak kisah la tua ke muda .. tapi sekarang ni bulan Ramadhan, bulan yang mulia kan .. apa lah salahnya kita didik hati dan diri kita agar lebih menghormati bulan yang mulia ni .. Nak berpeluk sakan tu, biar lah berpada .. tanam la rasa malu tu lebih sikit. Nak cakap lebih pun, nanti orang kata aku apa lak kan. Sebab aku pun masih banyak kekurangan, tapi rasa tak salah untuk aku menegur anak-anak remaja kita sekarang ni. Terlalu seronok dengan hidup dunia yang penuh permainan ni.

Fikir dan renung-renungkan la. Kalau dah tak tahan sangat nak peluk-peluk, manja-manja .. cepat-cepat kumpul duit dan terus p masuk meminang. Nikah, halalkan hubungan .. biar segalanya berjalan berlandaskan agama Islam dan sunnah. Inshaa Allah, amiin~


Nota hati : 
Doakan jodoh aku datang cepat .. kekekekeke~

Tak semua sama

assalammualaikum ..

org kata .. dan kita pun biasa dgr .. "kawan masa senang, memang senang dicari .. kawan masa susah, susah juga nak ditemui" .. begitulah kelaziman yg terjadi dlm hidup kita .. hidup aku sekarang .. ini bukan saja melibatkan hamba Allah yg berstatus kwn malah cukup aku sayang dari dulu hingga sekarang .. 

 Sehingga ada kawan bersuara, aku ni terlalu baik. Orang dah buat mcm2 kat aku dulu pun .. tp bila org tu susah .. cari aku balik utk minta tlg ..dan aku pun bodoh2 je tolong .. Aku bkn terlalu baik, tapi aku rasa knp aku perlu kedekut dgn rezeki yg Allah beri ini? Mungkin harini hari dia, esok lusa giliran aku pula. Tapi .... 

Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui Segalanya. Harini giliran aku pula .. tapi mereka2 yg aku tolong .. hulurkn bantuan dikala sempit .. semuanya lari bertempiaran .. hilangkan diri .. siap block aku dimana2 social media termasuk applications di hp. 

 Aku redha .. aku percaya setiap yg terjadi ada hikmahnya .. jika mereka2 blh hdup gembira dan tenang di dunia dgn hutang2 yg belum berbayar tu .. itu cuma sementara .. di akhirat, jwb dan byr la sendiri .. Disebabkan mereka2 ini, aku kekurangan modal utk sdiakan pasir dn makanan kucing2 aku .. Korang secara tak langsung dah menzalimi kucing2 aku sekali. 

 Ya Allah, Kau berilah aku rezeki yg halal..walau x byk..sedikit pun cukup..asal aku dapat sediakan makan utk 10ekor kucing kesayangan ku ini..amiin~

Saturday, July 20, 2013

Alhamdulillah


Assalammualaikum



Belajar untuk terima ketentuan Allah swt dgn seikhlas hati. 



Belajar untuk bersyukur atas setiap rezeki yg Allah swt berikan. 



Belajar untuk hadapi setiap ujian dari Allah swt dengan hati yg lapang, sabar dan tenang.



Alhamdulillah .. syukur Alhamdulillah .. msh ada rezeki ank2 kucing di rumah ini .. 



Allah swt sentiasa ada bersama hambaNya .. kerana Dia tak pernah lupakan siapa2 .. tapi kita hambaNya yg lemah ni selalu alpa dn lupa pd Sang Pencipta Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. 



Jgn bersedih bila mana kita tak dapat apa yg kita mahu .. barangkali ada sesuatu yg kita lebih perlukan yg Allah swt akn gntikan. 



Belajar untuk bersangka baik pada Allah swt.


Astaghfirullah al azim~ 



Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 19, 2013

Deactivate Facebook Account



Assalammualaikum


Dah lama sangat rasanya blog ni diabaikan, maafkan diri ini ye kawan-kawan. Terlalu banyak aral melintang yang telah membatasi masa dan ruang untuk saya update blog ni selalu.

Banyak cerita dah tergendala, banyak program dah basi untuk saya ceritakan dan berkongsi segala kenangan manis/pahit bersama kalian.


--------------------------------------------------------------
campaign image
----------------------------------------------------------------


Baru berapa hari je saya deactivate kan akaun Facebook, pagi tadi ada sorang kawan bertanya mengenai nya. Yang kelakar nya, boleh dia fikir saya dah block dia dari senarai kawan FB saya. Nonsense! Sebab selalunya, orang yang akan block saya tapi bukan saya block orang. Ha ha ha. Tambahan dia fikir, dia ada buat salah dengan ke. Tu pasal dia fikir saya block FB dia. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!

Seingat saya, sepanjang tempoh saya menggunakan FB tu tak pernah ada lagi yang ambil kisah saya aktif atau saya nyah-aktif FB tu. Hu hu hu, sedikit kelakar bila si kawan tu tiba-tiba terasa plak bila tak dapat tengok updates life saya. Maaf ye kawan.. I need my space too  (^__^)




Kenapa saya tiba-tiba deactivate Facebook? Entah! Saya pun kurang pasti tujuan dan motif tindakan spontan saya tu. Kalau saya kata,bosan .. menyampah .. dan seangkatan dengannya. Rasanya korang mesti akan kata, "Just ignore je kalau tak best" .. kan? Tapi rasa ini lain, lain sangat2. Hanya dengan deactivate ni je, buat saya berhenti seketika fikir tentang FB dan segala yang ada di dalam FB tu. And for your information, tindakan drastik saya tu takde kaitan dengan siapa2 pun..just myself would be the reason of.

So for those yang terbaca entri ni, dan baru je perasan saya dah tak kecoh2 kat FB tu .. harap dapat faham kenapa saya menghilang seketika. Untuk sementara je, mungkin sepanjang Ramadhan ke .. campur sepanjang AidilFitri pulak ke nanti .. ngeh3. Eleh, takde kurang pape pun kalau saya tak wujud dalam group tu kan? Miahahahahahha~




Nota hati :

kita takkan tahu dimana silapnya diri tanpa ada yang menegur atau tanpa kita sendiri muhasabah diri setiap hari.

kita takkan tahu tenangnya hati tanpa ada rasa gundah gulana dan kerisauan dalam diri tentang sesuatu dosa silam kita.

kita takkan tahu manisnya berdiam diri tanpa kita cuba berhenti dari terus bercakap. lebih-lebih lagi bercakap tentang sesuatu yang sia-sia dan membuang masa.




I wish I could be there, both of this place below .. wuwuwu~

Thursday, July 18, 2013

Jika


Jika tak mampu buat saya tersenyum semula, jangan buat saya bersedih kembali.
Jika tak mampu cipta memori terindah, jangan cipta memori yg menyayat hati.
Jika tak boleh buat saya tertawa, jangan buat saya menangis.
Jika saya sesaat cuma bagi awak, jangan sampai buat saya terlanjur menyayangi awak.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lirik Lagu Kasih Jangan Kau Pergi (OST - Demi Dia) - Pria Band




Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangimu

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangimu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah tinggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah tinggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangimu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah tinggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi


Bila Perlu Sahaja

Ini minggu kedua umat Islam menjalani dan menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia.


Juga mrupakan minggu kedua aku sakit. Seperti minggu lepas, untuk 7hari dalam seminggu yang kita ada..3-4hari aku sakit..Alhamdulillah aku masih larat pergi kerja dan terus berpuasa. Mungkin sakit tu berpunca dari tekanan kerja jadi aku decide untuk pulang ke kampung Jumaat malam tu jugak. Kebetulan semua abang dan kakak aku pun balik juga. Jadilah family gath, kami bersahur dan berbuka puasa sama-sama.

Seperti yg aku bagitahu sebelum ni, ini adalah minggu kedua aku sakit. Turutan pun sama, dari Selasa aku dah mula sakit semula. Semalam macam kronik sikit sebab bangun2 kepala aku pening yang teramat. Tapi aku masih gagahkan diri pergi kerja just ambil masa untuk bangun bersiap dan stabilkn diri. Harini kepala aku sakit lagi..niat hati nak ambil MC tapi entahlah..aku terus pergi kerja pulak.

Dan sejak Ramadhan tiba, macam2 ujian menimpa aku..ditambah dengan keadaan kesihatan aku..aku tak lagi banyak berbicara..di rumah maupun di pejabat..

Aku cuma bercakap bila perlu. Di rumah, aku lebih banyak habiskan masa bermain dengan ank2 kucing aku.


Biarlah aku berdiam diri dan hanya berbicara bila perlu bilamana jika bersuara itu hanya sesuatu yg sia-sia.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom Melawat Eiffel Tower


Assalammualaikum wbt

Whoaaaa!! Lamanya blog ni diabaikan. Maaf rakan-rakan sekalian. Kekangan kerja dan masa ditambah dengan internet yang tiada lagi bersambungan sangat-sangat mencemburui aku untuk terus berblogging setiap hari. Aku mungkin tak sempat update blog tapi hari-hari aku blogwalking blog yang aku follow tau. Itu perkara wajib.

Ok la, just make it fast la kan. Tajuk entri tu dah macam best sangat, mesti ada yang tertanya-tanya .. aku ni nak mengajak korang pergi Paghis (Paris) tu ke? Mihmihmih~ Aku tak mampu lagi hokei, dalam mimpi pun aku belum dapat sampai lagi.

Tadi aku terbaca kat blog Amanz, sekarang ni kita dah boleh tengok view by our ownself thru Eiffel Tower! Giler tak teruja? Check it out this pictures ya ...






By the way, refer to Amanz.my Google sekarang dah ada Google Street View. So jom sama-sama kita melawat Eiffel Tower melalui Google Street View ni. Tu saja cerita aku untuk harini.


p/s : kalau Mekah dimasukkan sekali dalam senarai tempat untuk view in real dalam Google Street View ni kan lagi best..setuju?

Wednesday, July 17, 2013

Lirik Lagu Hanya Aku (OST Teduhan Kasih) - Hyper Act




Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



#42 Wordless Wednesday - Kadar Zakat Fitrah Di Malaysia Mengikut Negeri




 Kredit : ShafiQolbu

Sahabat Sakura

They're G+