Pages

Monday, December 23, 2013

[REVIEW] Movie : 47 Ronin


47 ronin ticket


Synopsis :

Keanu Reeves makes an explosive return to action-adventure in 47 Ronin. After a treacherous warlord kills their master and banishes their kind, 47 leaderless samurai vow to seek revenge and restore honor to their people.

kinopoisk.ru

Driven from their homes and dispersed across the land, this band of Ronin must seek the help of Kai (Reeves) - a half-breed they once rejected - as they fight their way across a savage world of mythic beasts, shape-shifting withcraft and wondrous terrors.

As this exiled, enslaved outcast becomes their most deadly weapon, he will transform into the hero who inspires this band of outnumbered rebels to seize eternity.




Starring : Hiroyuki Sanada, Jin Akanishi, Keanu Reeves, Ko Shibasaki, Rinko Kikuchi, Tadanobu Asano

Director : Carl Rinsch

Genre : Action, Adventure, Drama, Fantasy

Rating : PG13

Runtime : 119 min
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ronin - A ronin or rounin was a samurai with no lord or master during the feudal period (1185-1868) of Japan. A samurai became masterless from the death or fall of his master, or after the loss of his master's favor or privilege [wikipedia].

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yg aku boleh cakap, cerita ni bagus sebab ia berkisarkan dari kisah benar tentang 47 orang Ronin yg tidak bertuan. Moral of the stories yg cuba disampaikan dalam cerita ni adalah kesetiaan terhadap tuan, sanggup berkorban menuntut bela demi sebuah keadilan. Boleh lah layan sikit2, cerita ni ada part khayalan, penggunaan sihir2 segala ni. Cuma bagi aku, cerita ni korang tunggu je lah keluar kat Astro ke, buang duit je tengok kat panggung wayang. Huhuhuhu, average aku boleh bagi 3/5 bintang saje. Menarik x? Best x? Korang pergilah tengok sendiri .. tapi aku memang tak syorkan untuk membazir beli tiket .. huahuahua .. 


Saturday, December 21, 2013

Syarat-syarat Layak Memohon BR1M

Isi rumah (RM650)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3, 000
2. Warganegara Malaysia

Isi rumah (RM450)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di antara RM3, 000 hingga RM4, 000
2. Warganegara Malaysia
* Tambahan RM50 Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia Sumbangan (i-BR1M)

Individu (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2, 000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas (lahir 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar-pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)


Permohonan BR1M 3.0 2014 Bermula 23 Disember 2013




Pasti ramai yang tertunggu-tunggu hari pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia Siri ke-3 (BR1M 3.0). Seperti yang diumumkan, pendaftaran bagi BR1M 3.0 akan dibuka bermula 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Manakala pada yang pernah atau telah berdaftar sebelum ni hanya perlu kemaskini maklumat2 yang sepatutnya. Pengagihan BR1M 3.0 dijangka akan dibuat pada Februari 2014.

Borang permohonan boleh didapati di kaunter mana2 cawangan LHDN di seluruh Malaysia atau boleh terus muat-turun borang dari lawan sesawang http://www.hasil.gov.my . Untuk pengetahuan, pembayaran kalini tidak akan dibuat seperti sebelum2 ni. Pembayaran akan terus dibuat ke akaun simpanan masing2.




Friday, December 20, 2013

Kadar Baru Tol Bermula 01 Januari 2014

Assalammualaikum wbt..

Aku ni memang dah jarang tengok tv, baca surat khabar lagi lah semakin jarang. Bukan apa, berita kat tv tu makin lama aku dengar makin merepek2. Maaflah ye, ibarat boleh dengar tapi percaya jangan. Ikut la selera masing2. So yang ini pun terjumpa kat wall Fb seorang kawan. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan tentang kenaikan tol ni pulak kan. Agak mendadak jugak naiknya kalau nak dibandingkan dengan penurunan. Jauh beza bagi aku. Apa pendapat korang pulak?



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadar baru tol baru bermula 01 Januari 2014

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMANSARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEMBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Aku simpati pada mereka2 yang terpaksa hari2 menghadap jammed dan tol sana sini. Harga minyak pun dah naik, gula dah naik .. macam2 boleh naik lagi pasni walaupun takde melibatkan wang ringgit.


p/s : kalau tak suka, boleh keluar dari Malaysia .. aptb!

Tazkirah Jumaat #21 - Adab Bercakap

Assalammualaikum wbt ...

Apa yang saya cuba kongsikan di sini, semuanya saya dapat dari dalam simpanan saya sejak zaman belajar lagi. Jadi maafkan saya kerana tidak sertakan sekali dari mana sumber saya dapat, nak cari semula memang tak jumpa dah. 





Adab Bercakap

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.

Jangan bercakap secara berkumam mulut.

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Wallahualam, sama-samalah kita perbaiki khilaf diri.

Tazkirah Jumaat #20 - 4 Perkara Sebelum Masuk Tidur


4 Perkara Sebelum Tidur....
  

"Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu lena diulit mimpi yang indah-indah. Maka wajarlah kiranya sunnah Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah......

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 

  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 
  2. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sahabat Sakura