Pages

Friday, June 29, 2012

Jalan Pudu ditutup sementara oleh DBKL

Assalammualaikum wbt ..

Ini berita semalam yang arul terbaca kat MyNewsHub .. harini baru sempat nak publish kan .. tak pe lah .. walaupun dah ramai yang tahu .. apa salahnya arul cuba mengingatkan kembali kalau2 ada yang terlupa kan ..


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Jalan Pudu di sini bermula 30 Jun ini. 
DBKL melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu bermula dari persimpangan Jalan Pudu Lama hingga persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tun Tan Cheng Lok. 
“Kedua-dua hala jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 1 pagi hingga 4 pagi pada hari berkenaan. 
“Penutupan sementara ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jejantas dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini. 
Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang dipasang di lokasi berkenaan bersempena penutupan tersebut. - MyNewsHub

Ha jadi , weekend ni rancanglah perjalanan kalian dengan sebaik mungkin ye .. Selamat berhari minggu  (^_^)

Bila Budak Dah Mula Gigit Jari Kaki Sendiri



Assalamualaikum wbt ...


Eh, eh, Eh ... hahahahaha tajuk arul kadang2 dah macam keibu-bapaan pulak .. ckp tentang bayi .. perangai bayi , budak2 yang semakin membesar .. tak pe la .. arul masih nak berkongsi info yang mungkin berguna buat arul sendiri .. dan kalau boleh pada readers di luar tu jugak ..

Ha tajuk taknak ngalah kan? Bukan apa, tetiba teringat dialog perbualan antara arul dan kakak arul masa dia sambil2 sedang tukar pampers anak bongsu dia ..




arul : "ateh, aku de terbaca kat 1 blog ni .. ckp ttg kenapa bayi main air liur tanda kempunan."
kakak : "ha kenapa?"
arul : "dia tulis, baby meleleh2 air liur ni bukan sebab ibu kempunan tapi sbb lain la."
kakak arul senyum je .. then dia laju je tanya, "then kalau budak gigit/hisap jari kaki apa pulak tandanya?"
arul : gulpp!terkedu, senyum je dan terus sambung tengok tv .. [hahahhahaha, x tahu nk jwb pe.]


Tapi yang pasti, ada 2 mitos berkaitan dengan lelehan air liur bayi ni iaitu masa mengandungkan bayi tu, ibu tak dapat apa yang diidamkan tu .. lagi 1, bila air liur bayi ni meleleh2 dalam tempoh tu la rambut si emak semakin banyak berguguran.  Kakak arul pun dah naik rimas tengok rambut dia makin banyak gugur. Walaupun ia sekadar mitos, tp kadang2 ia ada benarnya.  Entahla, arul pun tak pasti.

Pagi ni arul teringat jadi arul pun terus la search tentang "Kenapa dan apakah tandanya bila budak suka gigit jari kaki?" Pastu terjumpa la beberapa ceritanya tentang persoalan kakak arul tu .. Ramai yang mengatakan, bila budak dah mula gigit2 jari kaki maknanya budak tu dah nak dapat adik. Ha achaner tuh kak? hahahhahaha ... si comel Najwa baru nak masuk setahun Nov.'12 ni ..

Apa2 pun, kalau Allah dah beri rezeki tu .. terima aje lah dengan hati terbuka kan .. hehehehe ..

Tazkirah Jumaat [ #5] - 7 kalimat suci untuk diamalkan

Assalammualaikum wbt ...




Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa. 






Thursday, June 28, 2012

Tablet Nexus 7


Assalammualaikum wbt ..


Table Nexus 7 dari Google

SAN FRANCISCO – Google meningkatkan tentangan terhadap iPad dan Kindle Fire dengan tablet Nexus dengan perisian terbaru Android dan gerbang gedung dalam talian untuk filem dan sebagainya. 
Tablet Nexus 7 itu akan ditawarkan pada harga kurang daripada separuh kos peneraju pasaran, iPad, sekali gus menjadi senjata baru Google dalam saingan dengan Apple, Amazon.com, dan Microsoft. 
Tablet berukuran tujuh inci itu dikeluarkan untuk Google oleh Asus.
“Kami mahu memberikan pengalaman terbaik Google sekitar kandungan yang terdapat di Google Play,” kata ketua pasukan Google, Hugo Barra, ketika pembukaan persembahan persidangan tahunan pemaju internet di San Francisco. 
Tablet Nexus itu sedia untuk tempahan di Australia, Kanada, Britain dan Amerika Syarikat di gedung Google Play pada harga AS$199 dan akan mula dihantar pertengahan Julai. – AFP (MyNewsHub)

arul tak tahu nk ckp caner tentang gadget ni .. nanti arul try usha dlu eh tentang spesifikasi gagdet .. hehehehe .. arul tertarik pada tajuk berita tadi .. so nanti kita tengok sejauh mana keluaran Google ni mampu tandingi jenama2 gajet yang sebelum ni ..

Ella bakal bernikah pada 7 Julai ini

assalammualaikum wbt

Ella Bakal Bernikah 7 Julai Ini...Dengan Abang Pilot!

kenal wajah di atas?? takkan la tak kenal2 lagi kan .. artis yang mendapat jolokan nama sebagai "Ratu Rock" Malaysia .. arul pun minat dia since kecil lagi .. hehehe .. Alhamdulillah, jika benar berita yang tersebar ni .. sangat bersyukur akhirnya beliau akan menamatkan juga zaman bujangnya .. walau usia sudah menginjak pertengahan 40 .. Kak Ella ni masih lagi cun dan 'gedik' nye belum hilang lagi .. 


KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas. (Murai.com.my)


 ha bila dah sampai seru, sampai bila lagi mahu ditangguh-tangguh kan .. apa2 pun, sme2 la kita mendoakan yang terbaik buat Ella dan bakal suami nya itu  (^_^)

Wednesday, June 27, 2012

samsung galaxy s3 dihati


assalammualaikum wbt ..

pagi ni jengah muka blog .. tetiba terpandang sisi kanan blog .. walaweh! de kuar iklan SGS3 la kat papan iklan Nuffnang!! huhuhu .. rindu kembali bertandang weh ..





walaupun biasanya arul lebih suka yang warna gelap .. tapi selepas lihat SGS3 ni .. arul jatuh hati pada warna yg 1 lg tuh .. seakan-akan putih .. bagi arul warna tu lebih nampak 'smart & stylish' .. hehehe ..

arul perasan .. dah ramai blogger keluarkan spesifikasi, info segalanya lah tentang SGS3 ni .. arul pun pernah publish entri tentang SGS3 ni .. tp sekadar beritahu hajat di hati je lah .. arul tak pandai nak review2 produk ni .. hehehehe ..

antara blog yang arul dapat ingat dan dapat kesan yang telah kuarkan entri tentang SGS3 ni adalah



korang boleh tengok kat blog blogger2 otai kat atas ni .. ada yang buat review, siap buat video unboxing SGS3 lagi taw .. ada yang sekadar berkongsi spesifikasi hebat mengenai hp SGS3 ni .. boleh jatuh cinta tujuhpuluhtujuhjutajutajutalemon taw ..

nak lebih senang .. terus je pergi ke Samsung nye website .. complete !!

entri ini di tulis sebaik sahaja terlihat iklan SGS3 dari Nuffnang terlekat dalam blog ni .. harap2 Nuffnang baik hati bagi arul try untuk lekatkan lebih lama iklan SGS3 dalam blog ciput ni .. hehehehehe .. please Nuffnang  (^_^)


nak lagi .. boleh klik --> samsung lagi
nak plan best .. boleh klik sini plak --> plan sosial terbaik 


nipis je kan?kan?kan?let's grab it immediately!!

Monday, June 25, 2012

Lirik Lagu Cerita Dia - Drama Band


Sempurna
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya

Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah

Rela ku tunggu
Jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu .. saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Ooo .. Ooo ..

Rela ku tunggu
Jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu .. saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi

Masihkah aku ada
Dihatimu .. saat ini



Lagu yang turut mencuri perhatian ku tatkala ke udara di corong2 radio ...  (^_^)

Lirik Lagu Jadian - The Junas Monkey

harini sje nk berkongsi lirik lagu ni .. smbil buat keje .. arul sambil dengar radio .. bila dah berkali-kali dgr lagu ni .. arul rasa melodi dn lirik nya sangat comel .. jom !!

Junas Monkey - Jadian

aku suka dia
tp ku tak tahu untuk
bilang kepadanya
jika aku suka
jatuh cinta kepadanya

dia cinta yg pertama
dia yg bisa membuat aku
merasa deg-degan berdebar di dada
diam saat mengingatnya

bulan tlg katakan
bintang bantu bisikkan kpd dirinya
kalau aku mahu menjadi kekasihnya

aku yakin diriku
nanti pasti membuatnya
suka kepadaku cinta kepadaku
dan kita akan jadian

bulan tlg katakan
bintang bantu bisikkan kpd dirinya
kalau aku mahu menjadi kekasihnya


bulan tlg katakan
bintang bantu bisikkan kpd dirinya
kalau aku mahu menjadi kekasihnya


bulan tlg katakan
bintang bantu bisikkan kpd dirinya
kalau aku mahu menjadi kekasihnya

Saturday, June 23, 2012

Ucapan "terima kasih"




nothing more meaningful to tell people how u appreciate them by just saying "THANK YOU" 

Antara SAHABAT & KEKASIH



Assalammualaikum wbt …


Semakin hari semakin kurang entri2 yang arul publish kat blog kesayangan arul nih .. Maafkan arul kerana dah jarang post kan entri2 baru .. walaupun arul setiap hari jalan-jalan @ blogwalking ke blog2 yang arul gemari tapi arul tak sempat nak buat entri baru .. Setiap kali ada idea, cuba sedaya upaya untuk publish kan .. tapi tak sempat kan siapkan .. huhuhu . Harap masih ada lagi followers yang sudi jadi readers pada blog arul ni.




Harini arul rasa nak berkongsi tentang kawan dan kekasih .. Hmmm, nape ek topik ni yang jadi pilihan arul setelah lama tak publish pape entri? Hahaha .. bukan untuk menjiwang ye ..




Kalau korang, a/bila berada dalam satu2 situasi yang memerlukan korang pilih antara kawan dan kekasih .. mana yang akan korang pilih? Bagi arul, secara kasarnya arul akan pilih KAWAN berbanding KEKASIH..secara halusnya, tengok pada situasi jugak lah ..  Tapi apa yang arul sedar, memang dari dulu lagi arul lebih pentingkan KAWAN berbanding KEKASIH..Spt yg semua sedia maklum pun, fungsi seorang KAWAN dan seorang KEKASIH tu juga berbeza ..  biarpun kita tak membezakan nya, pasangan kita sendiri pasti akan membezakan kehadiran dia berbanding rakan2 yg sedia ada ..




Kakak arul pernah berpesan, masa tu arul masih di bangku sekolah rendah lagi.  Katanya, “BE A FRIEND IS BETTER THAN BE A GIRLFRIEND/BOYFRIEND” .  Bagi arul, memang ada benarnya apabila .. “A FRIEND CAN BE A LOVER, BUT A LOVER POSSIBLE TO BE A FRIEND” .  Bukan tak boleh, tapi sangat mustahil.  Jarang kan kita dapat lihat mereka2 yang pernah berkasih dulu, setelah putus kasih mereka akan berkawan semula. Kenapa ek? Kenapa perlu membenci, mencaci maki dan menghina?  Sedangkan suatu masa dahulu, dia lah yang kamu sayang2, rindu2, cinta2 .. dia lah yang berada disisi kamu dikala susah .. Jangan di ingat perkara yang buruk saje hingga terlupa segala kebaikan yang pernah di berikan.


~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~


Kawan di zaman sekarang pun bukan senang nak cari yang boleh berada bersama kita dikala susah dan senang.  Kebanyakan hanya ada dikala kita senang je, bila kita susah .. sumer hilang entah kemana.  Tapi bila kita jumpa kawan yang betul, jagalah persahabatan itu.  Jangan dicemari dengan menikam belakang atau pun apa2 saje yang tak bagus. Hargai setiap persahabatan.  Lebih2 lagi, jangan kerana KEKASIH kita kehilangan KAWAN..jangan putus KAWAN kerana KEKASIH yg tak menjamin apa2 di masa hadapan korang.


Arul rasa tu je la kot yang boleh arul luahkan buat masa ni.. Harap kawan2 faham la k.  Yang buruk itu datangnya dari arul sendiri, yang baik itu semuanya dari Allah swt.


i'm wondering why my life became so complicated day by day  ='(


Sekian

Friday, June 15, 2012

Sakit Hati

assalammualaikum wbt ..

nape dlm kehidupan seharian kita, pasti akan ada org2 yg cuba sakiti hati kita?
tak kesah la secara sengaja atau tidak sengaja ..
perlu ke nk cari pasal dgn org lain?
sebaik mana lg harus kita layan org tu bg mengelakkan hati kita disakiti??
penat dah ..................

Thursday, June 14, 2012

Mimpi dan Air Mata

assalammualaikum wbt ..

hari ku tidak dimulakan dengan sesuatu yang sangat baik harini .. aku tak pinta .. aku juga tak duga permulaan hariku begini .. aku tahu dan yakin, bila permulaan hariku tidak bermula dengan baik .. sepanjang hari ku juga tidak akan berjalan dengan baik .. pengakhiran juga akan berakhir dengan tidak baik ..

mimpi,
kita selalu dgr orang tua2 kta, mimpi itu mainan tidur .. usikan syaitan pada manusia2 yg leka dlm lenanya ..
kita juga seringkali terdengar, apa yg kita mimpikan tu kdg2 mberi mksud sebaliknya di dlm realiti hdup kita sbnrnya .. wallahualam~

semalam,
setelah sekian lama tak termimpi kan kdua org tua ku, mlm smlm mimpi dtg lg .. mimpi yg sgt menganggu gugat emosi, diri, fikiran dan segalanya pd diri ku .. aku tahu bonda tak sihat seperti org lain .. tapi tak sangka mimpi ku kalini benar2 meragut ketenangan ku di sni .. dalam mimpi itu, ku lihat sedikit demi sedikit perjalanan kesihatan bonda .. dari bonda sihat sehinggalah bonda sakit dan tak lagi larat untuk bergerak .. apa yg sgt menyakitkan hati dan menyedihkan aku adalah .. ketika bonda sakit tak larat untuk bergerak tu .. aku tak tahu makhluk mana tah yg sangat2 kejam sdg memarahi bonda tercinta ku ..hati ku sangat pilu .. luluh .. namun aku tak mampu berbuat apa2 .. sehingga lah aku tersedar sendiri dari tidur ku .. ku rasakan ada linangan air yg hangat di kelopak mata ku .. biarpun mata ku sudah celik , namun air mata ku msh deras mengalir .. aku sempat beristighfar .. krn aku sendiri terkejut yg aku msh menangis .. serasa spt sumer tu bkn mimpi tp realiti ..

bangun,
capai telefon, cuba telefon umah di kg .. berkali-kali ku dail tapi tiada berjawab .. mungkin bonda sedang lena lagi sesudah subuh .. takpe, biarkan saje .. aku mesej ayahanda, meninggalkan pesan sebaik sampai rumah tolong telefon aku kerana aku nak berckp dgn bonda .. 8:00am, telefon ku berdering .. dgn pantas aku menjawab .. terdengar dari jauh suara bonda ..

bonda,
sihat .. tp sht nya tak seperti org lain .. aku faham .. hati ku jd sayu .. hanya aku dn ayahanda je yg mampu bertahan dgn kerenah bonda sejak dhlu lg .. butir bicara bonda sukar utk ku fhami, namun ku gagahkan juga utk bergurau sekejap dgn dia biarpun msing2 tak faham .. ayahanda kata, nak dibawa berubat cara kampung .. tp msanya belum ada .. hmmm ..

Ya Allah,
ku mohon pada Mu .. pulihkan semula bonda ku .. kembalikan lah sinar keceriaan dlm hidupku ..





p/s : arul mohon maaf..entri ini tdk dpt dteruskan lg, x dpt disiapkn dgn lengkap .. krn airmata bkl mengalir deras .. mohon rakan2 doakan  yg terbaik buat bonda arul di Pahang  (T_T)

Sahabat Sakura