Pages

Thursday, November 28, 2013

Bosan Dengan Yang Lama


Assalammualaikum wbt ..



Comel kan? Tapi selama mana je la kita ni boleh tengok satu-satu benda ni lama-lama. Sedangkan smartphone kat tangan yg mahal-mahal tu pun, korang sanggup dan rajin je bertukar setiap tahun .. ye dak? Hi hi hi hi ... terus-terang aku kata, sebenarnya memang dah lama bosan tengok header blog ni .. korang pun sama kan? entah dah berapa tahun aku maintain je dengan header yang comel dan simple ni .. 

Memang dah lama nak tukar header tapi aku belum ada banyak masa untuk mengadap laptop dan photoshop tu serta belajar semula buat header sendiri untuk blog sendiri. By the way, header ni bukan aku yang buat tapi seorang kenalan lama dahulu. Terima kasih kat dia sebab rajin edit kan, beberapa bulan lepas ada jugak mintak dia buat kan baru. Tapi mungkin dia dah takde masa lapang untuk buatkan, so sampai sekarang la header ni macam tu saje.

Yang lain-lain pun rasa dah bosan tengok sebenarnya. Masih mencari masa dan ruang untuk edit semula blog ni, from head-to-toe la orang kata. Miahahahahaha! Rasa macam sarat sangat blog ni tapi isi 'kosong'. Sedih kan? Sebab tu la kot tak ramai datang lawat blog ni. Aku memang tak kesah takde tukang komen semua tu, asalkan ada yang sudi melawat.

So kawan-kawan, mesti ada cadangan kan? Tolong lah tinggalkan komen dan bagi cadangan bagaimana yang harus aku lakukan kat blog ni.


Friday, November 22, 2013

Tazkirah Jumaat #19 - Hikmah dan Kehebatan Surah Al-Kahf

Assalammualaikum wbt ...





Surah Al-Kahf (Kahfi)

Surah ini mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiaannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj & Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "Inshaa' Allah". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah Al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam ditanya oelh orang-orang Musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi s.a.w. tidak menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi s.a.w. menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.


Kelebihan Surah Al-Kahf

* Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.
* Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1- Abu Sa'id al-Khudri radhiAllahu 'anhu beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat." (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2- Daripada Ali yang meriwayatkan drpd Rasulullah saw, bagina bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, drpd segala fitnah yang melanda dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3- Daripada Abu al-Darda' bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat drpd awal surah al-Kahfi, pasti terlindung drpd Dajjal." (HR Muslim 809)




Sumber diambil :





Bedak Arab Bagus ke Tak Bagus [sambungan]

Assalammualaikum wbt ...

Disebabkan terlalu banyak kekangan, memang banyak la post yang pending. Demm! Teruk giler aku ni kan? Ok la aku mulakan semula dengan Fenomena Bedak Arab yang dulunya aku janji nak cerita bagaimana perkembangannya selepas 1 week consume, but now dah jadi more than 1 months. Hukhukhuk, tamo marah ye kawan-kawan...





Well, dah sebulan guna bedak ni. Takdelah aku nak kata wajah aku ni semakin cantik ke apa kan. Tapi ok la ... boleh la aku terus pakai sampai habis 1 compact tu nanti kan .. takde membazir nak beli yang lain .. 


Macam yang korang tahu, bedak ni kan multi-function .. as foundation also .. so once ko tepek je bedak tu kat muka, tak payah dah la nak pakai macam-macam. Jadi hantu kak limah pakai tepung gomak je nanti. Just be natural bila dah tepek bedak ni kat wajah tu, sedikit demi sedikit ia akan serap dan sekata pada wajah kulit kita. Memang tak nampak la cacat cela parut lepas tepek bedak ni. Tapi .. aku ni memang ada masalah kulit muka berminyak dan kering, so masuk petang je aku dah boleh rasa muka aku berminyak. Yang bagusnya, bila tengok cermin takdelah berkilat sangat muka aku macam dulu. Bedak ni agak membantu jugaklah, tambahan aku dah tak perlu nak bawa barang mekap banyak-banyak (erkkk! aku mekap ke? hihihihi .. no way!).

Ok tu saje kot yang boleh aku review pasal Bedak Arab Kokuryu ni. Thanks sudi baca~


Thursday, November 14, 2013

CPUV Nuffnang #1 : INTI Cycle 1 Degree Campaign


Assalammualaikum wbt ...


Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah ..
Bersyukur dengan apa yang dapat sekarang ni .. Walaupun semakin jarang update blog, tapi Nuffnang yang baik hati masih lagi bagi ads kat blog ni. Sebenarnya nak post dari hari pertama dapat tahu ada iklan yang lekat kat blog ni, tapi tak sempat. So harini, cuba jugak lah berkongsi kegembiraan yang tak seberapa ni. Yelah, blog ni faham-faham je la bagaimana penulisan dan isinya kan? Jadi bila dah dapat tu, sangat gembira taw dan hari-hari sekarang ni mesti akan buka laman web Nuffnang. Harini genap 2 minggu iklan tu berlari berkejaran dalam blog ni. Hehehehe, and still on going. 



Takdelah banyak sangat dapat dikumpul lagi sekarang ni, tapi harap sangat-sangat visitors blog ni rajin-rajin la klik iklan-iklan dalam blog ni ye. Insyaa Allah, empunya blog ni akan lebih rajin untuk update blog kelak kerana sesuatu bakal terjadi menjelang tahun hadapan, 2014. Huhuhuhu .. korang jangan segan-segan ye menderma ..

Terima kasih Nuffnang!!


Sahabat Sakura