Pages

Friday, November 22, 2013

Tazkirah Jumaat #19 - Hikmah dan Kehebatan Surah Al-Kahf

Assalammualaikum wbt ...





Surah Al-Kahf (Kahfi)

Surah ini mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiaannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj & Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "Inshaa' Allah". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah Al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam ditanya oelh orang-orang Musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi s.a.w. tidak menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi s.a.w. menyebut "inshaa' Allah" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.


Kelebihan Surah Al-Kahf

* Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.
* Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1- Abu Sa'id al-Khudri radhiAllahu 'anhu beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat." (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2- Daripada Ali yang meriwayatkan drpd Rasulullah saw, bagina bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, drpd segala fitnah yang melanda dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3- Daripada Abu al-Darda' bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat drpd awal surah al-Kahfi, pasti terlindung drpd Dajjal." (HR Muslim 809)




Sumber diambil :





No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+