Pages

Friday, February 22, 2013

Tazkirah Jumaat #13 - Kejahatan dan Kebaikan


Assalammualaikum wbt ..


Maaflah, terlambat pulak harini nak berkongsi tazkirah dengan kawan-kawan. Terlupa pun ada, dah tak pasal2 harini terbuat, ter-publish entri yg tak sepatutnya. Hehehehe~

Seperti ayat-ayat di dalam gambar di atas tu, janganlah kita amalkan ye. Apa yg kita dapat bila kejahatan dibalas dgn kejahatan? Dosa dapat, sakit dapat, penat dapat .. takde yg menguntungkan langsung pada diri kita sendiri. Kita juga janganlah membalas kebaikan seseorang tu dengan sebarang kejahatan jugak. Memang bagi arul itu sangat2 lah tak mengenang budi namanya dan 1 sifat hina dan keji. Maka, biarlah kita membalas kebaikan itu dengan kebaikan dan walau kejahatan juga dibalas dengan kebaikan. Biarlah apa pun  orang nk buat pada kita, jgn kita blsnye dgn kejahatan...kerana andai kita membalasnya dengan kejahatan juga, kita ni tak lebih tak kurang hampir sama je mcm org tersebut. 

Bila seseorang melakukan kejahatan ke ats kita, mustahil tak timbul rasa marah dalam diri kita. Tapi segeralah beristighfar dan selawat serta ingat Allah swt banyak2. Segera ambil wudhu' agar sejuk kembali hati tu dan berdoa pada Allah swt .. minta supaya dijauhkan dari segala sifat2 mazmumah yg wujud itu dan doa lah yg baik2 sahaja utk orang yg telah melakukan kejahatan ke atas diri kita tu. Inshaa Allah, hati kita akan tenang sedikit demi sedikit. Kita jangan biarkan syaitan terus menghasut dn menguasai minda serta diri kita.

Jangan kita sibuk menghitung kejahatan orang terhadap diri kita .. tapi marilah kita sibukkan mencari kesilapan dan kesalahan diri sendiri lalu berusaha perbaiki diri ke arah yg lebih baik. Bila kita sibuk mencari silap orang, semua itu akan buat kita terleka dgn kesilapan diri sendiri. Jangan lupa, tiada manusia yg sempurna di dunia ini.

Maafkan arul andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Yang baik itu datangnya dari ALLAH swt semata, yang buruk itu datang dari diri arul sendiri. Wassalam~


Don't Simply Judge A Person


Assalammualaikum wbt ..

Hamboi2 tajuk entri ni, kemain sepiking kan? Hehehe, biasa arul akan sepiking gini bila time mood tak berapa ok je .. tapi sepiking in writing je la .. in verbal, memang jd broken english kot .. Tapi kalini, bkn sedang mrh .. just for me .. sometimes, english sentences ni .. lebih sopan bunyinya berbanding malay sentences. Well, lain orang lain faham nya kan . Tu yg arul cuba elakkan, arul taknak ada yg tersalah faham dgn apa yg arul cuba sampaikan. Arul sangat tak suka bila ada orang tersalah faham dgn kata2 arul.

Well, latest entri about Birthday Wish aritu .. seperti yg arul jangka dan sangka, psti akan ada segelintir yg fikir lain dr apa yg arul ceritakan. Arul summarized and highlight jela pe yg dimaksudkan ye. Dlm entri tersebut, di hujung2 cerita arul terselit kan tentang someone .. i called as "Mr. Busy" . Hahahaha, mesti korang2 pun fikir "Mr. Busy" tu as a somebody that special to Arul kan? No la!! Seriously, i'm not lying at all. Between us, there's only a FRIEND relationship. What? Just because he willing to saw me late at night even he really2 exhausted, then simply judging he was my BOYFRIEND?? 




I'm not too desperate too have a boyfriend. Lagipun arul tak rasa nak bercouple-couple semula macam dulu. Entah, mungkin arul tak layak utk dicintai .. spt yg Ex arul maksudkan mungkin .. arul tak menghargai dia .. arul tak menghargai insan yg sentiasa berada di sisi arul, yg sangat sayang pada arul .. mcm2 lah. I'm still alone, single and solo. Cuma Allah swt yg masih setia di sisi arul biarpun beribu kali Ex arul tu pergi dan kembali dalam hidup arul.

To AWAK, diri ini benar-benar mohon maaf andai masih berbaki sisa rasa pengabaian saya terhadap kehadiran awak dalam laluan hidup saya selama 2 tahun lalu. Mohon infiniti kemaafan andai belum cukup pengorbanan yg saya lakukan selama ini..mohon kemaafan juga atas segala salah dan silap. Awak mmg dah patut lupakan saya terus, jgn diingat langsung segala kenangan silam kita.





Arul dan dia baru je berkawan. Kami tak declare apa2, how come he can became my special one? NO! Even u guys tanya dia sendiri pn, tak mungkin dia akn berkata lebih. Kami just kawan. Salah ke arul punya BFF or kawan yg berlainan jantina?


SAYA HARAP AWAK FAHAM ...

Segalanya tak mudah ..

Wednesday, February 20, 2013

Birthday Wish 7th of Feb 2013


Assalammualaikum wbt ..


Ok, ini memang entri yg sangat2 dah basi .. tapi tetap jugak nak cerita kat sini .. sebab bukan selalu pun dapat begini kan? Huhuhu .. Well, harini dah 20 Feb 2013 .. maknanya dah 13 hari berlalu since my birthday. Hoyeah! Hoyeah! Hoyeah! Dikira ketibaan hari lahir tahun ni ok sikit la berbanding tahun lepas, sesedih yg teramat sangat. Dengan kehadiran kawan2 baru yg arul kenal dari alam maya ‘mukabuku’ dan telah pun bersua muka dengan mereka semua. Masing2 sangat havoc, happy go lucky even dalam hati masing2 msh terselit masalah dan duka yg tersendiri. Masing2 juga punya peribadi dan karakter tersendiri yg buat diri selesa berkawan dengan setiap dari mereka. Siapa?? Ha nanti arul kenalkan sorang2 k .. hehehe .

So untuk kalini arul just nak cerita tentang office mate arul yg sangat nakal ni ha. Ada sorang adik ni memang ingat hari lahir arul,  so arul saje mintak dia rahsiakan dari boyfriend dia dan yg lain. Kenapa? Takde pape sebab spesifik pun, tapi just .. entahlah, tak rasa penting pun untuk dorang tahu dan wish segala kat arul kan. Well, nk low profile gak kadang2 tu. Hehehe … So ini lah hasilnya!




Beberapa helai kertas recycle akan diletak di bawah keyboard arul, so senang utk arul conteng2 atau pun buat kira2 stok sambil2 key in closing data. Sebaik je masuk pejabat semula, sesudah habis lunch hour. Agak terkejut jugak lah, tengok2 dah ada beberapa contengan tambahan di kertas recycle arul. Hehehehe, budak2 ni dah buat onar plak. Biasa sangat tu! Ni arul tolong bagi jelas sikit apa ucapan budak2 sengal ofis arul.




Oh ya, yg perkataan “Happy Birthday” tu arul yg lukis pagi tu. Saje2 je lukis2. Tu la keje arul kalau otak dah overload tengok nombor kat monitor ke, otak blank tak dapat fikir jalan penyelesaian pd masalah yg tak terselesai. Samada arul akan lukis2 atau tulis la pape ayat sekalipun. Hihihihi, lukisan yg sangat tak cantik dan sangat tak kreatif kan?? Lantak la, bukan nak hadiahkah pada siapa2 pun.

Hadiah?? Ngeh3 takde sapa la yg nak bagi hadiah dah tua2 gini kan. Hari lahir sendiri, cari hadiah sendiri la. Nak plak hidup dah single dan solo ni, takde buah hati ke hapa kan..Cuma ada kawan2 yg berada jauh dari sisi. Cewah! Hehehe .. takde hal nye .. dah biasa ..

Terima kasih pada kawan2 yg masih ingat hari lahir arul .. yg wish thru texts dan contengan di dinding ‘mukabuku’ ..  maaflah, malam tu arul terlena awal plak .. tu yg boleh terjaga tetiba plak dalam 2am ke 3am tu .. hehehe .. tak lupa juga pada someone atau arul biasa gelarkan dia Mr. Busy .. yg wish “Selamat Hari Lahir” sampai 3x dalam sehari kan .. 2am ke 3am kot awak tepon dan wish .. then petang, selesai keje awak .. awak tepon dan wish lagi .. until penghujung 12am dah habis 7hb Feb tu … memang awak la orang terakhir yg wish .. hehehehe .. saya tahu awak penat seharian kejer yg berbeza dari org normal yg keje agak normal masanya .. tapi awak masih sanggup spend masa2 terakhir  07/02/2013 dengan saya walaupun beberapa ketika sahaja. Saya hargai sangat2.

Tak lupa juga .. Terima Kasih Ya Allah kerana mendengar doa hambaMu ini. Beberapa hari sebelum hari lahir arul, Mr. Busy tu kemalangan pulak sampai retak 2 tulang rusuk katanya. Pagi kemalangan, petang tu terus parents dia bawa dia balik kampong. Alhamdulillah, sehari sebelum 7hb dia dah balik KL semula. So maknanya, malam penghujung 7hb Mr. Busy jumpa arul .. dia masih belum berapa ok taw .. tu yg agak terharu tu .. dengan badan masih sakit .. tangan dan kaki kanan masih lemah .. Syukur juga, semangat dia sangat kuat .. dia dah duk risau kalau2 dia lumpuh . huhuhu arul pun turut sedih kot bila dengar dia kata gitu. Jadi sampai sekarang arul sentiasa dan tak lupa mendoakan dia kembali sembuh dan sihat seperti biasa.

Eh ok la, dah terlajak cerita plak . Hahahahaha .. tambahan je tu .. tentang seorang kawan .. thanks for reading  (^_^)





* * * * * * * * * * * * *

CNY 2013 @ Big Apple Donuts Interasia Sdn Bhd



Assalammualaikum wbt ..


10 Feb 2013 seperti yg semua tahu, tarikh tersebut adalah sambutan Tahun Baru Cina bagi masyarakat berbangsa Cina. Haritu tengok ada gak blogger2 yg post entri CNY ni, tapi arul tak berminat lak nak buat. Hehehe nothing special excuses pun. Just harini nak cerita tentang company arul keje ni – Big Apple Interasia Sdn Bhd ataupun lebih dikenali sebagai Big Apple Donuts & Coffee, rasanya mostly company yg ada banyak supplier dan customer ni .. pasti akan dapat pelbagai hamper tiap kali tiba sebarang perayaan. Begitu juga companya arul keje ni la..maaflah tak sempat plak nak tangkap gambar semua hamper yg dah tersusun depan receptionist counter petang semalam. Sangat2 blur masa dorang panggil pergi sana. Huhuhu .. and this is it, hamper yg telah arul cabut. Besar kan? Well, agak bertuah jugak lah coz this hamper rasanya yg paling banyak ada HALAL FOOD rather than others. For my department combined with another person who called it CCTV/POS department (semua sekali 4 orang termasuk arul), we got 2 hamper. Unfortunately, 1 hamper tu kecik sikit dari yg arul cabut ni dan rasanya semua NON-HALAL so arul pass je la pada orang tu. Lagipun dia sorang je Chinese dalam department arul. Hamper yg arul cabut ni, berkongsi la kami bertiga je.


Maaflah kualiti gambar agak kurang cun. Hehehehe ..Ha masa dapat2 je hamper ni, ada 1 makanan yg arul dah aimed dari awal. Ngeh3! Agak2 korang apa yg arul aimed kan ek????



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaa!!! Biskut ni je yg arul aimed. Eh silap, bukan biskut tapi tin biskut. Hahahaha, so cute and beautiful kan tin biskut oat ni?? Ahahaha mcm tak senonoh je arul ni duk sibuk nak tin pulak, orang lain sibuk nak makanan. Ye dak? Ah pedulikan! Hehehe yg penting dah dapat tin yg sangat cantik dan comel tu. Tengah fikir2, nak simpan apa dalam tin tu .. mana boleh sorok ..



Tuesday, February 19, 2013

Craving for Mini Donuts @ Big Apple Donuts & Coffee


Assalammualaikum wbt ..

[Al-kisah ni cerita malam semalam sebenarnya .. maaf ye .. ]

* * * * *


Harini tak tahu la kenapa perut menjerit-jerit mintak diisi donut ataupun mini donut.Makanya, dengan rasa rendah diri, arul telah meminta seorang kwn belanja makan donut2 tersebut. Kejam tak? Hahahahaha .. arul yg nak mkn, tp mtk kawan pulak belanja .. ok la tu, arul dapatkan harga staff je .. lagipun kawan tu pun memang nak jugak makan donut .. katanya dah lama tak makan Big Apple .. sejak tak jumpa arul la .. tak kesah la .. janji puas dapat makan Mini Donuts 9 biji tadi .. arul makan 4, kawan makan 5 .. 2 biji lagi donut yg besar tu, saje beli. Masing2 bajet makan tak cukup, sudahnya terus terlupa nak makan. Jadi arul bawa balik aje la bagi anak2 kat umh pula makan .. hehehehe




So dalam sekotak donashi 9 tu ada 4 jenis donut je yg arul pilih .. 4 biji The Aliens, 2 biji Ono Oreo, 1 biji Tiro Cinno, dan 2 biji lagi arul tak ingat nama donut tu .. hehehehe .. tapi semua nya sedap2 belaka .. licinnnn .. macam tak percaya je ..



Tapi pelik jugak arul, kenapa pelanggan tak ramai yg nak beli Mini Donuts ni? Dah la comel, sedap pulak tu .. so sepatutnya pelanggan boleh la beli banyak2 .. lagi puas sebab dapat makan banyak2 .. hehehe .. Ramai yg kata donut ni menggemukkan .. tapi bagi arul tak begitu pun .. Donut Big Apple ni rasanya donut yg paling berkhasiat kot .. tak semanis donut2 yg lain pun, donut Big Apple manis nye di tahap minima je .. sesedap rasa orang kata .. gebu pun gebu .. lembut je donut nye even kita simpan dalam peti sejuk ..

Ok la, cerita panjang2 tentang donut ni buat perut arul terasa lapar semula plak. Tapi kawan2 yg ada dapatkan calendar 2013 dari Big Apple bulan lepas, silalah manfaatkan voucher2 yg terdapat dalam setiap bulan calendar tu ye .. sangat menarik dan berbaloi …


“Every piece is Masterpiece”


Gambar ni diambil dari En. Google jer .. tapi arul nak perkenalkan lah jugak .. ini lah CEO Big Apple Donuts & Coffee utk cawangan di seluruh MALAYSIA. Kacak lagi bergaya kan? hehehehe ..


Friday, February 15, 2013

14 Feb 2013 - Khamis


Assalammualaikum wbt ..

ALHAMDULILLAH , syukur sangat2 seorang sahabat dah pun selamat melahirkan baby girl seawal pagi semalam (1:09am) .. arul tahu dia dah get ready warded .. tp terlambat plak tahu update, dah selamat bersalin. Time lunch td BFF arul baru bagitahu kawan kami yg sorang ni dah pun bergelar IBU.


Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Di majlis perkahwinan dorang  (^_^) comel kan both of them?




ini lah gambar baby yg dorang share .. sori,later baru dapat tgok fully face kot.


Pape pun, after lihat gambar baby girl ni .. arul rasa mcm nk menangis taw .. tak tahu lah kenapa .. huhuhu .. rindu pd kawan ni pun ye jugak .. She's da only friend call me with name "Nuyu" .. hahaha sampai sekarang .. tak tahu la kenapa dia suka sangat panggil nama tu.


* * * * *
My dear friend Puan Adah,
Congratulations! Big claps for you coz sudah selamat menjadi seorang isteri dan sudah lengkap hidup kamu kerana sudah pun bergelar seorang ibu pula. Lepas ni jangan lupa birthday Nuyu ye! A week before ur daughter birthday, was mine k .. hehehe .. Baby, welcome to Feb @ Aqua Club! Yeah! Nanti ada masa auntie Nuyu dtg lawat baby ye ... xoxo~

* * * * *

Well, extra information .. her husband was the student of our next class .. hahahaha .. jodoh tu dekat je kalau ALLAH swt nak kan? 



Tazkirah Jumaat #12 - Kemahuan vs Keperluan


Assalammualaikum wbt ..



Semalam mungkin, atau 2 hari lepas .. arul ada berkongsi gambar di atas di dinding mukabuku arul .. bukan untuk tunjuk baik tetapi peringatan buat diri sendiri sambil berkongsi sesuatu yg bermakna kepada rakan2 di alam maya .. Cuba mengingatkan diri dan menyedarkan diri, bahawa setiap yg terjadi di muka bumi ini, yg terjadi ke atas diri sendiri .. semuanya adalah ketetapan dari ALLAH SWT .. Segala ketetapan itu punya hikmah yg tersendiri .. Makanya, janganlah kita terlalu bersedih andai kejadian itu menyakitkan hati, mengguris hati dan memilukan jiwa .. mahupun jika apa yg terjadi itu tidak seperti yg kita mahukan .. Sedarlah rakan2 sekalian, betulkan arul jika arul salah .. ALLAH SWT mungkin tidak memberi apa yg hambaNYA mahukan, inginkan tetapi sedarlah DIA lebih tahu dari kita semua .. maka DIA akan berikan kita apa yg kita perlukan sebenarnya .. 

Apa yg tercatat di dalam gambar di atas, ada beberapa yg sedang terjadi dalam diri arul. Maka, benarlah .. ALLAH SWT takkan menguji hamba-hambaNYA dgn sesuatu yg tidak termampu ditanggung oleh hambaNYA itu.


* * * * *
Wahai HATI, usahlah bersedih lagi ya .. 


Thursday, February 14, 2013

Spontaneous Thursday #7


Assalammualaikum wbt

kerana ALLAH SWT, kita bertemu
kerana ALLAH SWT, kita berkenalan
kerana ALLAH SWT, kita menjadi kawan
kerana ALLAH SWT, kita berpisah
kerana ALLAH SWT, kita semakin menjauh


dan kerana ALLAH SWT juga kelak, kita mungkin akan bertemu kembali
mungkin dalam fasa hidup yg baru
mungkin dalam kisah cerita hidup yg baru



Ya ALLAH, aku pasrah dan redha akan ketentuanMU
aku percaya, ketetapanMU adalah yg terbaik buat ku hambaMU yg lemah lagi hina




Friday, February 8, 2013

Tazkirah Jumaat #11 - Pesanan buat Hati









Cat Toilet Training Kit

Assalammualaikum wbt ...

Dah beberapa hari tengok produk ni, tapi entah bila2 nak belinya. Hehehe, murah memang dah murah tp macam tak yakin je keberkesanannya. Offer ni aku tengok kat Stardeal.my , kerana aku subscribe site tu maka hari2 aku akan dapat la emel dari nya .. Citi Kitty .. tapi harini aku tengok,offer dah tamat plak .. huhu rugi .. rugi .. rugi .. Jom la layan gambar sikit dan video produk ni k.





Kalaulah 7 ekor anak2 berbulu aku dapat dilatih sebijak ni .. huhuhu .. jimat kos jaga dorang .. tak perlu dah aku beli pasir segala .. ngeh3

Berserah Pada Allah swt [Runsing = Sakit Kepala]

Assalammualaikum wbt ..

Salam Jumaat yg indah .. pagi2 lagi dah hujan lebat .. hmm sejuknya .. tapi sebaik celik mata .. sakit kepala yg datang sejak malam semalam, masih lagi bertamu kat diri ini .. Kenapa?Mengapa?Kerana seseorang ...


Jika sakit ni berterusan, mungkin after lunch aku patut ambil MC je .. dan berehat kat umah dengan 7 ekor anak2 berbulu aku tu .. even sekarang pun tak dapat fokus pada kerja .. mata seakan mahu tertutup rapat .. Jika aku berterusan tertekan dan sakit kepala, besar kemungkinan selera makan aku akan terganggu lagi. Dan sekali, dua kali serta berkali-kali lah BFF aku bagi ceramah percuma pd aku nanti.



Aku berserah sekali lagi pada Allah swt .. aku percaya perancangan DIA adalah yg terbaik .. ini cuma 1 lagi ujian kecil buat diriku utk menguji sejauh mana kekuatan iman, keteguhan iman, kesabaran dalam menghadapi ujian dari Nya selama mana aku masih hidup.

Sahabat Sakura