Pages

Wednesday, February 20, 2013

Birthday Wish 7th of Feb 2013


Assalammualaikum wbt ..


Ok, ini memang entri yg sangat2 dah basi .. tapi tetap jugak nak cerita kat sini .. sebab bukan selalu pun dapat begini kan? Huhuhu .. Well, harini dah 20 Feb 2013 .. maknanya dah 13 hari berlalu since my birthday. Hoyeah! Hoyeah! Hoyeah! Dikira ketibaan hari lahir tahun ni ok sikit la berbanding tahun lepas, sesedih yg teramat sangat. Dengan kehadiran kawan2 baru yg arul kenal dari alam maya ‘mukabuku’ dan telah pun bersua muka dengan mereka semua. Masing2 sangat havoc, happy go lucky even dalam hati masing2 msh terselit masalah dan duka yg tersendiri. Masing2 juga punya peribadi dan karakter tersendiri yg buat diri selesa berkawan dengan setiap dari mereka. Siapa?? Ha nanti arul kenalkan sorang2 k .. hehehe .

So untuk kalini arul just nak cerita tentang office mate arul yg sangat nakal ni ha. Ada sorang adik ni memang ingat hari lahir arul,  so arul saje mintak dia rahsiakan dari boyfriend dia dan yg lain. Kenapa? Takde pape sebab spesifik pun, tapi just .. entahlah, tak rasa penting pun untuk dorang tahu dan wish segala kat arul kan. Well, nk low profile gak kadang2 tu. Hehehe … So ini lah hasilnya!




Beberapa helai kertas recycle akan diletak di bawah keyboard arul, so senang utk arul conteng2 atau pun buat kira2 stok sambil2 key in closing data. Sebaik je masuk pejabat semula, sesudah habis lunch hour. Agak terkejut jugak lah, tengok2 dah ada beberapa contengan tambahan di kertas recycle arul. Hehehehe, budak2 ni dah buat onar plak. Biasa sangat tu! Ni arul tolong bagi jelas sikit apa ucapan budak2 sengal ofis arul.




Oh ya, yg perkataan “Happy Birthday” tu arul yg lukis pagi tu. Saje2 je lukis2. Tu la keje arul kalau otak dah overload tengok nombor kat monitor ke, otak blank tak dapat fikir jalan penyelesaian pd masalah yg tak terselesai. Samada arul akan lukis2 atau tulis la pape ayat sekalipun. Hihihihi, lukisan yg sangat tak cantik dan sangat tak kreatif kan?? Lantak la, bukan nak hadiahkah pada siapa2 pun.

Hadiah?? Ngeh3 takde sapa la yg nak bagi hadiah dah tua2 gini kan. Hari lahir sendiri, cari hadiah sendiri la. Nak plak hidup dah single dan solo ni, takde buah hati ke hapa kan..Cuma ada kawan2 yg berada jauh dari sisi. Cewah! Hehehe .. takde hal nye .. dah biasa ..

Terima kasih pada kawan2 yg masih ingat hari lahir arul .. yg wish thru texts dan contengan di dinding ‘mukabuku’ ..  maaflah, malam tu arul terlena awal plak .. tu yg boleh terjaga tetiba plak dalam 2am ke 3am tu .. hehehe .. tak lupa juga pada someone atau arul biasa gelarkan dia Mr. Busy .. yg wish “Selamat Hari Lahir” sampai 3x dalam sehari kan .. 2am ke 3am kot awak tepon dan wish .. then petang, selesai keje awak .. awak tepon dan wish lagi .. until penghujung 12am dah habis 7hb Feb tu … memang awak la orang terakhir yg wish .. hehehehe .. saya tahu awak penat seharian kejer yg berbeza dari org normal yg keje agak normal masanya .. tapi awak masih sanggup spend masa2 terakhir  07/02/2013 dengan saya walaupun beberapa ketika sahaja. Saya hargai sangat2.

Tak lupa juga .. Terima Kasih Ya Allah kerana mendengar doa hambaMu ini. Beberapa hari sebelum hari lahir arul, Mr. Busy tu kemalangan pulak sampai retak 2 tulang rusuk katanya. Pagi kemalangan, petang tu terus parents dia bawa dia balik kampong. Alhamdulillah, sehari sebelum 7hb dia dah balik KL semula. So maknanya, malam penghujung 7hb Mr. Busy jumpa arul .. dia masih belum berapa ok taw .. tu yg agak terharu tu .. dengan badan masih sakit .. tangan dan kaki kanan masih lemah .. Syukur juga, semangat dia sangat kuat .. dia dah duk risau kalau2 dia lumpuh . huhuhu arul pun turut sedih kot bila dengar dia kata gitu. Jadi sampai sekarang arul sentiasa dan tak lupa mendoakan dia kembali sembuh dan sihat seperti biasa.

Eh ok la, dah terlajak cerita plak . Hahahahaha .. tambahan je tu .. tentang seorang kawan .. thanks for reading  (^_^)





* * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+