Pages

Monday, October 29, 2012

Apple iPad Mini



assalammualaikum wbt 




Atas sambutan baik terhadap iPad yang mula dikeluarkan semenjak dua tahun lalu, syarikat Apple kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan iPad Mini kepada orang ramai.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa besar kemungkinan produk tersebut bakal dilancarkan pada 2 November di sebuah sidang media.

Seperti selalunya, Apple memilih untuk berdiam diri atas hal tersebut dengan niat untuk memberikan kejutan dalam sidang media yang bakal berlangsung di bandar San Jose, Silicon Valley.

Disebabkan populariti Kindle Fire dan Google Nexus 7 yang laris dengan harga permulaan sebanyak AS$199 (RM608), Apple terpaksa meletakkan harga murah bagi produk barunya demi mengelakkan dominasi dari saingannya.

Harga iPad Mini dijangka bermula dari AS$248 (RM760).




sumber : Yahoo.

Saman Oh Saman!



assalammualaikum wbt ..

actually entri ni nak up last week .. tapi tak berkesempatan .. tak sempat .. so up la entri2 tentang hati dan perasaan .. yg terlebih dulu dan melebihi idea nya ..

tak sangka 'maruah' WWF aku dah pun tercalar .. dah lah memang tercalar secara zahiriah .. tu memang tak payah cakap ler kan .. kalini tercalar secara batiniah plak .. hehehee


tengok tuh! kebetulan tergerak hati je nak check saman ni .. tak sangka plak dapat kejutan .. dhla kena pada tarikh kegemaran plak tu .. 7hb .. cis betul !!



masa ni baru balik dari pahang .. umah parents .. so on the way balik ke cheras .. saje lalu highway karak sebab plan dengan si dia nak lunch sme2 kat Genting Sempah .. makan McD Samurai Burger .. hehehe .. tapi tak sangka itu adalah kali terakhir kami .. 

dan tentang kes ni pun aku dah clarify dengan si dia .. time ni bukan aku yang drive pun .. hu3

nak tunggu 'surat panggilan' tu mcm lambat je lagi .. korang try la check kt sini eh ---> Myeg




#nak claim boleh??#



Sunday, October 28, 2012

Sakit



assalammualaikum wbt ..

sakit .. sakit .. sakit .. yes! sakit ini semakin sakit .. kalini bukan kerana awak sudah punya pengganti baru dalam tempoh beberapa hari saje .. tapi sakit kerana tak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan keluarga .. jujur bahawa kamu tak lagi bersama diri ini .. jujur bahawa kamu sudah pun buang saya mahupun keluarga saya sejauh mungkin .. 

sakit .. sakit .. sakit .. yes! diri ini tahu, di pihak kamu .. kamu rasakan kamu lah yang paling sakit .. tapi ini cuma antara kita .. tak perlu melibatkan ahli keluarga .. keluarga kamu mungkin tak kisah membuang dan melupakan seseorang seperti saya .. tapi tidak keluarga saya .. ayahanda dan adik beradik sekalian tahu .. selama ini kamu lah yang sentiasa berada di sisi saya .. tapi kamu tergamak menghukum diri ini sedemikian rupa ..



sakit .. sakit .. sakit .. yes! pertama sekali, ku ceritakan pada bonda .. bahawa kamu takkan kembali lagi .. dan tidak lagi berkawan dengan diri ini .. kamu sudah buang diri ini jauh ke dalam lubuk lautan .. yang mana tak mampu lagi dicari oleh sesiapa .. kemudian ku sampaikan kepada kakak2 dan abang2 ku .. bahawa kita tak lagi 'berkawan' .. mungkin bagi kamu itu perkara paling mudah kan? memutuskan silaturrahim yang terjalin .. tahniah!!




sakit .. sakit .. sakit .. yes!terima kasih kerana mengajar ku banyak tentang cinta .. tentang menghormati hak orang lain .. tentang kesabaran .. tentang pengorbanan .. tentang kepercayaan .. 

jangan cuba mengganggu sesebuah perhubungan orang lain andai kelak tak mahu hubungan kita pulak diganggu .. dan terganggu ..

jangan menguji kesabaran orang lain andai diri sendiri tidak punya kesabaran yang tinggi untuk menerima ujian yang lain ..

jangan mempertikaikan tentang kepercayaan andai diri sendiri tak mampu untuk dipercayai .. 

jangan mendekati cinta andai tidak mampu untuk dijaga sebaiknya .. cinta bukan umpama sehelai pakaian, bukan umpama sehelai tisu nipis, bukan umpama barang di dunia .. maksud?fikir2 kan sendiri .. kamu seorang yang lebih bijak dari saya tentang cinta .. 




hati berbisik ..
#love .. is not easy to come, and not easy to go#




Saturday, October 27, 2012

Pengalaman Pertama Di Salon Rambut



Assalammualaikum wbt


tak pernah sepanjang hayat aku g salon utk potong rambut apatah lagi cuci rambut .. tah hape mimpi petang tadi .. angah aku bawa aku g salon yang dia pernah g dulu .. bajet dapat la repair rambut yg dipotong SENGET oleh seseorang ni dulu .. agar jadi lebih comey .. macam gambar kat bawah ni .. huhuhuhu ...



tapi auntie tu byk lak komen .. tak cantik la .. tak sesuai la .. haish .. malas dah aku nak fikir .. ikut sukahati ko la auntie, asalkan rambut SENGET aku ni dapat di repair bagi comey sket dari dulu .. dan tak perlu lagi aku nk ikat2 .. hahahaha .. gunting nye gunting .. hasilnye .. emmm, agak so-so la .. dah la auntie ni, sempat lak cakap rambut aku ni degil .. suka2 hati dia je .. rambut orang yang gunting rambut aku ni dulu ha, ye DEGIL SANGAT2!!



dapatlah cutting macam kat atas ni .. tapi yang kat atas ni comey la jugok .. dah muka bulat macam aku ni .. pastu auntie tu boleh lak g 'blow' kan rambut yg dah kontot gitu ... hadoi .. tak sanggup lak aku nak biarkan .. dah jadi 'KEMBANG SETAMAN' rupa aku .. huhuhu .. balik umah terus mandi dan basuh rambut sekali lagi .. yang penting buat sementara ni aku tak payah dah nak ikat2 rambut bagai .. dan rambut aku tak lagi senget2 .. huh!!




#actually, i hate this hair#

Friday, October 26, 2012

Sebak dan Sayu



Assalammualaikum wbt ..

tidak mampu memulakan entri kalini dengan sedikit pun kegembiraan kerana mungkin tahun ini adalah tahun yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup aku .. dan entri kalini mungkin sedikit panjang bebelan nya ..

beberapa hari sebelum harini datang (Hari Raya Haji), si dia telah nekad memutuskan hubungan dengan ku selamanya .. baik sebagai kawan mahupun sekadar kenangan .. dan dalam sekelip mata si dia telah pun bertemu pengganti baru diriku .. sungguh mudah bercinta buat diri nya .. paling menyedihkan apabila bukan sahaja hubungan dengan aku malah hubungan antara keluarga juga turut diputuskan .. dia tak membenarkan ahli keluarga nya dihubungi aku ataupun sebaliknya .. seperti yang aku jangka .. malam raya .. ayahanda bertanya tentang si dia .. argh!! stress nye aku rasa .. kalaulah aku dapat beritahu ayahanda secara jujurnya bahawa si dia sudah pun memutuskan hubungan dengan kita semua .. biarpun ayahanda dan keluarga ku sudah menganggap si dia seperti ahli keluarga kami sendiri .. tapi si dia tak pernah berasa begitu .. kerana tak pernah dengar ayahanda berkata demikian .. tidak mengapa, kerana si dia masih belum mengenali ayahanda sepenuhnya ..




di sini aku akui sepanjang perkenalan kami, aku telah pun melakukan 1 kesilapan yang paling2 teruk ku rasakan .. aku tak sengaja mengaibkan dia semasa di awal perhubungan kami .. biarlah semua tahu apa salah aku pada dia agar kelak dia tak tuduh aku bahawa aku bercerita sesuatu yang hanya menunjukkan bahawa dia yang salah dalam segala masalah kami .. biarpun aku tak dapat nak pasti samada si dia masih mengintai blog ini atau tidak .. yes, aku terlalu bodoh kerana mengaibkan dia pada seseorang yang tak sepatutnya .. seorang MAKHLUK yang ku sangkakan boleh dipercayai, rupanya menjadi gunting dalam lipatan .. namun, kerana kesilapan tersebut aku telah pun dihukum selama bertahun-tahun .. sepanjang perhubungan kami .. kerana aku percayakan MAKHLUK tu .. kini aku terseksa .. tapi menjadi persoalan ku .. mengapakah aku dihina, dicerca seperti aku MENYEBARKAN AIB si dia pada semua orang?? seseorang menasihati ku .. terdapat perbezaan antara MENYEBARKAN dan MENCERITAKAN sesuatu itu pada seseorang .. 




YES, I DON'T KNOW WHAT TO DO !!! thousands, million times sorry i said .. but satu pun tak diendah lagi .. biarpun kes tu terjadi 2tahun yang lalu .. 10x gaduh pun .. 100x boleh diungkit semula .. argh!! aku sungguh stress .. kenapa si dia tak bunuh saje aku agar segalanya hilang dan pergi sekali bersama aku ..??!!




PROUD OF YOURSELF?? hmm maybe .. i guess so .. i don't know .. jika benar rasa cinta itu sudah lama hilang sejak setahun yang lalu .. kenapa terima aku kembali .. dan meyambung permainan hati ini .. untuk tahun seterusnya .. jika salah ku tak dapat dimaafkan .. teruskan langkahmu dan jangan berpaling terhadapku lagi .. biarkan aku sendiri mengorak langkah kemana ku mahu tanpa mencipta sebarang sejarah lagi bersama mu .. yes, dalam apa keadaan sekalipun .. aku memang akan sentiasa ada untuk si dia .. susah senang si dia, aku harungi bersama .. tapi apakan daya, segalanya dipertikaikan ..




aku tahu aku bukan seorang yang romantik .. aku tak punya banyak masa utk luangkan bersama .. aku terlalu sibuk dengan kerja, keluarga dan kawan2 .. namun aku tak pernah lupakan tentang si dia .. mengapa si dia memandang segalanya seperti sia-sia ..




maafkan segala salah dan silap aku dari hujung rambut hingga hujung kaki .. halalkan segala makan, minum dan pakai ku selama tempoh perhubungan kita .. aku cuma berharap, si dia menjadi semakin matang dalam melayari satu2 perhubungan sekarang dan seterusnya .. biarlah pasangan kita tu tua bertahun-tahun sekalipun dari kita .. terlebih matang dari kita pun .. tapi andai kita sendiri bersikap kebudak-budakan .. dan berterusan menguji tahan kesabaran/perasaan pasangan kita .. tiada gunanya juga .. 





"apabila pasangan kita melakukan kesilapan, janganlah bertindak melulu dan terus menghukum si dia .. selidik dan fikirkan sejenak .. dimanakah kesilapan diri kita sendiri hingga si dia bertindak sedemikian."


#aku mmg bersalah#

Saturday, October 20, 2012

GOOGLE DATA CENTER didedahkan kepada umum



Assalammualaikum wbt ..

Entri pagi Sabtu ni .. patut arul kongsikan sesuatu yang santai2 je .. tapi info ni arul terjumpa semalam cuma tak sempat nak kongsi dengan korang je ..

Jom enjoy this video!


Sebenarnya arul terjumpa kat Lembu Cisdel ni ha .. arul rasa mcm menarik plak .. so, today nk kongsi dengan korang2 la plak .. hmm agak teruja .. kenapa tah after lihat sumer ni .. tetiba hati rasa mcm nak bermain dengan sistem plak .. hahaha


Wednesday, October 17, 2012

Lirik Lagu Brokenhearted - Karmin





This is more than a typical kinda thing
Felt the jones in my bones when you were touching me, oh oh
Didn't want to take it slow
In a daze, going crazed, I can barely think
You're replaying in my brain, find it hard to sleep, oh oh
Waiting for my phone to blow

Now i'm here in a sticky situation
Got a little trouble, yep and now i'm pacin'
Five minutes, ten minutes, now it's been an hour
Don't wanna think too hard, but i'm sour

Oh oh, i can't seem to let you go

See I've been waiting all day
For you to call me baby
So let's get up, let's get on it
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right, cheerio

What's the time, such a crime
Not a single word, sipping on that Patron
Just to calm my nerves, oh oh
Poppin' bottles by the phone
Oh yeah
Had me up, had me down, turn me inside out
That's enough, hold me up
Maybe I'm in doubt, oh oh
Now don't even think you know, no no

See I've been waiting all day
For you to call me baby
So let's get up, let's get on it
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right
Honest baby I'll do
Anything you want to
So can we finish what we started
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right, cheerio

Anything you wanna do, I'll be on it too
Everything you say, it's like a gold with a view
Business on the front, party in the back
Maybe I was wrong, was the outfit really wack
This kinda thing doesn't happen usually
I'm on the opposite side of it, truthfully
I know you want it so come and get it, cheerio

What's the time, such a crime
Not a single word, sipping on that Patron
Just to calm my nerves, oh oh
Poppin' bottles by the phone
Oh yeah
Had me up, had me down, turn me inside out
That's enough, hold me up
Maybe I'm in doubt, oh oh
Now don't even think you know, no no


See I've been waiting all day
For you to call me baby
So let's get up, let's get on it
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right
Honest baby I'll do
Anything you want to
So can we finish what we started
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right, cheerio


Anything you wanna do, I'll be on it too
Everything you say, it's like a gold with a view
Business on the front, party in the back
Maybe I was wrong, was the outfit really wack
This kinda thing doesn't happen usually
I'm on the opposite side of it, truthfully
I know you want it so come and get it, cheerio


See I've been waiting all day
For you to call me baby
So let's get up, let's get on it
Don't you leave me broken hearted tonight
ohohohoohohhhhhhhhhh
Honest baby I'll do
Anything you want to
So can we finish what we started
Don't you leave me broken hearted tonight
Come on, that's right, cheeri, cheeri, cheerio

When you gonna call
Don't leave me broken hearted
I've been waiting up
Let's finish what we started, oh oh
I can't seem to let you go
Come on, that's right, cheerio, uh!





Lagenda Budak Setan 2 - Katerina



LBS2 Poster - New@Latest JPEG

seingat arul .. yg pertama dulu arul pernah tengok kat pawagam .. hermm .. movie ni memang best .. sangat2 kagum pd watak Kasya yg sangat tabah orangnya .. teringin untuk tonton yg kedua ni plak ..

Sinopsis?? Better korang baca kat link bawah ni lah kot .. coz arul pun terjumpa kat salah 1 blog yg arul follow.



DSC02629


Kredit to : RedDiva & Lawa Photography 



Sunday, October 14, 2012

Hadiah Mengejut



Assalammualaikum wbt ..

Cerita ni dah basi dah .. macam2 hal lah bila nak update blog nih .. maaf lah pada rakan2 blogger/followers/readers ye .. arul ni mmg byk masalah ..


Ha ini lah hadiah paling terkejut yang pernah arul dapat .. apa tuh? hahahaha .. parut kasih sayang dari anak berbulu arul .. adeh .. mau seminggu gak la tebalkan muka masuk ofis dengan parut 2 line kat pipi kiri nih .. mujur la takde yang nak busybody tanya macam2 .. hmm anak berbulu arul ni terkejut masa arul sedang dukung dia .. nak lompat, terus tercakar sekali .. pergh!! pedih tak terkata kot .. sabar kan je la ..


tu yang macam anak harimau tu .. gambar kiri .. dia lah yang cakar .. tinggal kan parut2 cinta di pipi mama sayang dia nih .. ish3 .. budak2 berbulu ni semakin nakal dan manja .. harap mendengar kata juga kelak .. hehehe ..

Ok la .. tu je nk story tentang dorang kalini .. thank you for reading ..

Ini antara kisah tentang mereka yang comel :



Tuesday, October 9, 2012

Lirik Lagu Dejavu - Shahanshah



Lirik Lagu Dejavu - Shahanshah




Kau muncul di depan itu
Tika aku mula melupakanmu
Ini bukanlah pertama
Seperti dejavu kau pun tahu

Tanpa ada penjelasan
Kau datang dan pergi
Aku cuma mainan
Cintaku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki

Kau pergi sekali lagi
Tika aku mula mengharapkanmu
Cintaku bukan palsu




Saturday, October 6, 2012

Movie Preview : Universal Soldier - Day of Reckoning



Assalammualaikum wbt ..

How's your weekend? Sekarang arul berada di kampung halaman, menghabiskan hari minggu bersama kedua orang tua arul. Walaupun dalam bulan lepas saja arul dah pulang ke kampung halaman setiap minggu , tapi rasa rindu tu tetap ada .. malah semakin kuat ..

Ok lah .. lupakan seketika tentang arul .. harini baru arul berkesempatan nak update blog dan review tentang movie Universal Soldier yang arul tonton beberapa hari lepas .. Sangat2 berterima kasih pada Nuffnang & ChurpChurp kerana beri tiket jemputan percuma pada arul .. 



Universal Soldier : Day of Reckoning

Sinopsis ... korang boleh baca kat sini --> Movie Best



As usual, arul tak pandai nak review2 movie ni .. tapi bagi arul, mula2 memang rasa agak teruja dengan movie ni .. but then, bila arul tonton wayang ni .. hmm .. agak kecewa la .. i don't know others thought ..


Sape2 yang betul2 minat dengan movie Universal Soldier ni boleh lah kot try tonton movie ni dan enjoy la .. part paling best adalah, apabila hidup anda, ingatan anda hanyalah sekadar memori yang di implan dan boleh dibuang atau ditukar ganti bile2 masa sahaja ..

Sahabat Sakura

They're G+