Pages

Monday, October 29, 2012

Apple iPad Mini



assalammualaikum wbt 




Atas sambutan baik terhadap iPad yang mula dikeluarkan semenjak dua tahun lalu, syarikat Apple kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan iPad Mini kepada orang ramai.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa besar kemungkinan produk tersebut bakal dilancarkan pada 2 November di sebuah sidang media.

Seperti selalunya, Apple memilih untuk berdiam diri atas hal tersebut dengan niat untuk memberikan kejutan dalam sidang media yang bakal berlangsung di bandar San Jose, Silicon Valley.

Disebabkan populariti Kindle Fire dan Google Nexus 7 yang laris dengan harga permulaan sebanyak AS$199 (RM608), Apple terpaksa meletakkan harga murah bagi produk barunya demi mengelakkan dominasi dari saingannya.

Harga iPad Mini dijangka bermula dari AS$248 (RM760).




sumber : Yahoo.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+