Pages

Friday, October 26, 2012

Sebak dan Sayu



Assalammualaikum wbt ..

tidak mampu memulakan entri kalini dengan sedikit pun kegembiraan kerana mungkin tahun ini adalah tahun yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup aku .. dan entri kalini mungkin sedikit panjang bebelan nya ..

beberapa hari sebelum harini datang (Hari Raya Haji), si dia telah nekad memutuskan hubungan dengan ku selamanya .. baik sebagai kawan mahupun sekadar kenangan .. dan dalam sekelip mata si dia telah pun bertemu pengganti baru diriku .. sungguh mudah bercinta buat diri nya .. paling menyedihkan apabila bukan sahaja hubungan dengan aku malah hubungan antara keluarga juga turut diputuskan .. dia tak membenarkan ahli keluarga nya dihubungi aku ataupun sebaliknya .. seperti yang aku jangka .. malam raya .. ayahanda bertanya tentang si dia .. argh!! stress nye aku rasa .. kalaulah aku dapat beritahu ayahanda secara jujurnya bahawa si dia sudah pun memutuskan hubungan dengan kita semua .. biarpun ayahanda dan keluarga ku sudah menganggap si dia seperti ahli keluarga kami sendiri .. tapi si dia tak pernah berasa begitu .. kerana tak pernah dengar ayahanda berkata demikian .. tidak mengapa, kerana si dia masih belum mengenali ayahanda sepenuhnya ..




di sini aku akui sepanjang perkenalan kami, aku telah pun melakukan 1 kesilapan yang paling2 teruk ku rasakan .. aku tak sengaja mengaibkan dia semasa di awal perhubungan kami .. biarlah semua tahu apa salah aku pada dia agar kelak dia tak tuduh aku bahawa aku bercerita sesuatu yang hanya menunjukkan bahawa dia yang salah dalam segala masalah kami .. biarpun aku tak dapat nak pasti samada si dia masih mengintai blog ini atau tidak .. yes, aku terlalu bodoh kerana mengaibkan dia pada seseorang yang tak sepatutnya .. seorang MAKHLUK yang ku sangkakan boleh dipercayai, rupanya menjadi gunting dalam lipatan .. namun, kerana kesilapan tersebut aku telah pun dihukum selama bertahun-tahun .. sepanjang perhubungan kami .. kerana aku percayakan MAKHLUK tu .. kini aku terseksa .. tapi menjadi persoalan ku .. mengapakah aku dihina, dicerca seperti aku MENYEBARKAN AIB si dia pada semua orang?? seseorang menasihati ku .. terdapat perbezaan antara MENYEBARKAN dan MENCERITAKAN sesuatu itu pada seseorang .. 




YES, I DON'T KNOW WHAT TO DO !!! thousands, million times sorry i said .. but satu pun tak diendah lagi .. biarpun kes tu terjadi 2tahun yang lalu .. 10x gaduh pun .. 100x boleh diungkit semula .. argh!! aku sungguh stress .. kenapa si dia tak bunuh saje aku agar segalanya hilang dan pergi sekali bersama aku ..??!!




PROUD OF YOURSELF?? hmm maybe .. i guess so .. i don't know .. jika benar rasa cinta itu sudah lama hilang sejak setahun yang lalu .. kenapa terima aku kembali .. dan meyambung permainan hati ini .. untuk tahun seterusnya .. jika salah ku tak dapat dimaafkan .. teruskan langkahmu dan jangan berpaling terhadapku lagi .. biarkan aku sendiri mengorak langkah kemana ku mahu tanpa mencipta sebarang sejarah lagi bersama mu .. yes, dalam apa keadaan sekalipun .. aku memang akan sentiasa ada untuk si dia .. susah senang si dia, aku harungi bersama .. tapi apakan daya, segalanya dipertikaikan ..




aku tahu aku bukan seorang yang romantik .. aku tak punya banyak masa utk luangkan bersama .. aku terlalu sibuk dengan kerja, keluarga dan kawan2 .. namun aku tak pernah lupakan tentang si dia .. mengapa si dia memandang segalanya seperti sia-sia ..




maafkan segala salah dan silap aku dari hujung rambut hingga hujung kaki .. halalkan segala makan, minum dan pakai ku selama tempoh perhubungan kita .. aku cuma berharap, si dia menjadi semakin matang dalam melayari satu2 perhubungan sekarang dan seterusnya .. biarlah pasangan kita tu tua bertahun-tahun sekalipun dari kita .. terlebih matang dari kita pun .. tapi andai kita sendiri bersikap kebudak-budakan .. dan berterusan menguji tahan kesabaran/perasaan pasangan kita .. tiada gunanya juga .. 





"apabila pasangan kita melakukan kesilapan, janganlah bertindak melulu dan terus menghukum si dia .. selidik dan fikirkan sejenak .. dimanakah kesilapan diri kita sendiri hingga si dia bertindak sedemikian."


#aku mmg bersalah#

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+