Pages

Sunday, October 28, 2012

Sakit



assalammualaikum wbt ..

sakit .. sakit .. sakit .. yes! sakit ini semakin sakit .. kalini bukan kerana awak sudah punya pengganti baru dalam tempoh beberapa hari saje .. tapi sakit kerana tak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan keluarga .. jujur bahawa kamu tak lagi bersama diri ini .. jujur bahawa kamu sudah pun buang saya mahupun keluarga saya sejauh mungkin .. 

sakit .. sakit .. sakit .. yes! diri ini tahu, di pihak kamu .. kamu rasakan kamu lah yang paling sakit .. tapi ini cuma antara kita .. tak perlu melibatkan ahli keluarga .. keluarga kamu mungkin tak kisah membuang dan melupakan seseorang seperti saya .. tapi tidak keluarga saya .. ayahanda dan adik beradik sekalian tahu .. selama ini kamu lah yang sentiasa berada di sisi saya .. tapi kamu tergamak menghukum diri ini sedemikian rupa ..



sakit .. sakit .. sakit .. yes! pertama sekali, ku ceritakan pada bonda .. bahawa kamu takkan kembali lagi .. dan tidak lagi berkawan dengan diri ini .. kamu sudah buang diri ini jauh ke dalam lubuk lautan .. yang mana tak mampu lagi dicari oleh sesiapa .. kemudian ku sampaikan kepada kakak2 dan abang2 ku .. bahawa kita tak lagi 'berkawan' .. mungkin bagi kamu itu perkara paling mudah kan? memutuskan silaturrahim yang terjalin .. tahniah!!




sakit .. sakit .. sakit .. yes!terima kasih kerana mengajar ku banyak tentang cinta .. tentang menghormati hak orang lain .. tentang kesabaran .. tentang pengorbanan .. tentang kepercayaan .. 

jangan cuba mengganggu sesebuah perhubungan orang lain andai kelak tak mahu hubungan kita pulak diganggu .. dan terganggu ..

jangan menguji kesabaran orang lain andai diri sendiri tidak punya kesabaran yang tinggi untuk menerima ujian yang lain ..

jangan mempertikaikan tentang kepercayaan andai diri sendiri tak mampu untuk dipercayai .. 

jangan mendekati cinta andai tidak mampu untuk dijaga sebaiknya .. cinta bukan umpama sehelai pakaian, bukan umpama sehelai tisu nipis, bukan umpama barang di dunia .. maksud?fikir2 kan sendiri .. kamu seorang yang lebih bijak dari saya tentang cinta .. 




hati berbisik ..
#love .. is not easy to come, and not easy to go#




No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+