Assalammualaikum wbt ..
Saat ni arul berada di kampung .. di Pahang .. sebab esok adalah hari istimewa kawan arul .. kawan sekampung .. sekelas .. setadika .. hahaha .. sumer se- la .. kawan dari kecik kan .. tapi merujuk tajuk di atas .. bukan tentang hari istimewa kawan arul yang arul nak story kan .. tapi mengenai ..
HACHIKO
Beliau dah lama meninggalkan arul dan adik beradiknya yang lain .. Nama dia, arul letak Hachiko .. kerana arul nak dia sekuat dan setabah nama tu .. Seperti gambar di atas , mesti ramai tertanya-tanya .. gambar apa yang arul letak tu kan? Gambar atas tu adalah Hachiko kesayangan arul .. masa ni dia sedang tidur lena .. arul saje angkat dan letak tido sebelah arul .. dan gambar ni diambil malam sebelum beliau pergi meninggalkan arul selamanya .. Gambar bawah pulak adalah luka di kaki nya disebabkan kecuaian ibu nya sendiri yang sibuk dok pindah-randah tempat .. Hachiko terjatuh, kaki nya patah, luka dan bengkak .. emm arul juga turut bersalah .. kerana tak tahu nak buat apa .. arul cuma sapukan minyak gamat pada lukanya dan memberi lebih perhatian pada kesihatan dia .. Apa yang buat arul yakin dia boleh kembali sihat dan bertahan adalah .. kegigihan dia .. walaupun kaki dia sakit .. dia tetap aktif bergerak sana-sini .. tak macam sakit pun .. cuma biasalah kan .. bila dah dekat ajalnya .. dia tido lebih lama dari biasa ..
Hachiko ada 5 beradik .. HACHIKO, BUBU JR., TAM, TYGER & CIMI .. 3 dah pergi .. tinggalkan si gebus-gebas dalam gambar kat atas ni je .. hehehe mereka lah pengubat duka lara nestapa arul sekarang .. semakin besar, semakin nakal .. asik nak kejar kaki arul je .. ok lah .. nanti2 lah ye arul story tentang Gebus 2 ekor ni .. rindu sangat kat dorang .. now kena tinggal kat umah kat KL tu .. cian dorang .. takpe, esok petang dah balik KL .. boleh la main2 dengan anak2 comel arul ni semula ..
Arul nak mintak tolong korang sket boleh?
Tolong klik sini --> RM48 untuk 400minit, berbaloi kan??
~ Thanks pada yang sudi baca dan menderma ~
No comments:
Post a Comment