Assalammualaikum wbt
Mungkin ini antara entri yg paling awal arul publish di permulaan minggu baru. Seperti tajuk entri ni, ye arul sedang menanti subuh sambil godek2 blog yg arul follow thru Google Reader je. Yg mana menarik utk arul tinggalkan jejak, arul akan view, yg lain mungkin menarik cuma selalunya arul memang blank utk tinggalkan sebarang komen. Harap maaf, dan juga terima kasih pada blogger yg sudi tinggalkan jejak/komen di entri2 picisan arul.
Menanti subuh, menanti hari berganti lebih baik. Ye arul menanti juga hari berganti segera. Semalam terlena awal kerana tiada mood utk berbuat kerja lain. Seperti kebiasaan BFF lah tempat mengadu masalah - suka dan duka sebelum tido. Tapi kerana dek tak mahu mengganggu tumpuan dia sedang 'beramah mesra' dengan org baru, arul mohon izin beradu ke kamar dulu. Sentiasa mengharapkan yg terbaik buat kedua BFF arul, mereka lah tempat arul mengadu masalah juga tempat arul berkongsi segala kegembiraan.
Sedang berjalan-jalan di wall muka buku, terlihat 1 post dari seorang kenalan lama akan gambar di bawah (ayat lebih kurang, tapi gambar yg berbeza . ni search baru kat Google). That's right! She and She are my friends, my besties and my BESTFRIEND. I will not allow anybody to hurt them, make them cry or sad. Arul tak kata akan apa2 kan pd org yg buat BFF arul ni sedih/down, tapi arul akan pastikan org2 itu menerima balasan setimpal dari Allah swt. I knew my BFF, giler2 mereka .. mereka tak pernah mengganggu hidup org lain..mereka sangat baik dan kami cares each other.
Bila arul sedih/down, arul sentiasa ingatkan diri bahawa Allah swt sebenarnya sentiasa ada bersama arul. Semua ujian dan dugaan ni diturunkan pada arul kerana ingin menguji kesabaran, kekuatan iman arul serta mengingatkan arul apa yg arul telah terlupa secara sengaja @ tidak sengaja. Arul juga takkan pernah terlupa, arul punya 2 sahabat yg sangat baik yg sejak kenal dari dulu lagi .. sentiasa ada dikala susah dan senang arul. Mereka hadir dikala arul dalam kesedihan dan kesusahan, sendiri menghadapi perjalanan hidup di tempat baru yg penuh dugaan.
Ya Allah, aku sangat2 bersyukur Kau temukan aku dengan kalian berdua. Tiada yg lebih berharga selain mengenali mereka sejak 2008 hingga sekarang. Ku mohon Kau kekalkan lah hubungan murni antara kami bertiga hingga ke akhir hayat..biarpun ujian bakal datang menguji hubungan persahabatan kami ini .. Kau kuatkanlah kepercayaan antara kami.. amiin~
Menanti hari berganti lebih baik. Semalam arul sangat2 terasa hati, sakit hati, dan marah pada seseorang. Entah kenapa terasa diri seakan ditipu hidup-hidup sekali lagi. Seperti arul luahkan pada BFF arul, jika boleh dijelaskan dgn perbuatan. Org tu arul dah pancung kepalanya mungkin. Alhamdulillah, arul segera tersedar dari api kemarahan hasutan syaitan yg direjam .. dari terus membuak-buak lantas arul terus mengambil wudhu' dan solat. Kerana amarah yg timbul itulah, hilang segala mood arul untuk teruskn kerja malam semalam. Dan Alhamdulillah, pagi ini mood semakin ok. Persetankan saja orang itu, biarkan dia terus menyakiti hati arul dengan segala kata-kata nista dia. Sentiasa berdoa, setiap malam sebelum tido pasti arul selitkan doa yg sama setiap hari.
"Ya Allah, ku mohon semoga hari esok ku lebih baik dari harini, dari semalam dan dari hari sebelum2 nye."
Ok lah, subuh pun dah masuk ni .. sampai sini dahulu coretan 4 Feb 2013 arul .. arul doakan juga, kalian punya hari yg lebih baik harini .. kita berhenti di sini dahulu, nanti ada masa arul buat entri lain pulak .. jom solat Subuh!
No comments:
Post a Comment