Assalammualaikum wbt ..
Semalam mungkin, atau 2 hari lepas .. arul ada berkongsi gambar di atas di dinding mukabuku arul .. bukan untuk tunjuk baik tetapi peringatan buat diri sendiri sambil berkongsi sesuatu yg bermakna kepada rakan2 di alam maya .. Cuba mengingatkan diri dan menyedarkan diri, bahawa setiap yg terjadi di muka bumi ini, yg terjadi ke atas diri sendiri .. semuanya adalah ketetapan dari ALLAH SWT .. Segala ketetapan itu punya hikmah yg tersendiri .. Makanya, janganlah kita terlalu bersedih andai kejadian itu menyakitkan hati, mengguris hati dan memilukan jiwa .. mahupun jika apa yg terjadi itu tidak seperti yg kita mahukan .. Sedarlah rakan2 sekalian, betulkan arul jika arul salah .. ALLAH SWT mungkin tidak memberi apa yg hambaNYA mahukan, inginkan tetapi sedarlah DIA lebih tahu dari kita semua .. maka DIA akan berikan kita apa yg kita perlukan sebenarnya ..
Apa yg tercatat di dalam gambar di atas, ada beberapa yg sedang terjadi dalam diri arul. Maka, benarlah .. ALLAH SWT takkan menguji hamba-hambaNYA dgn sesuatu yg tidak termampu ditanggung oleh hambaNYA itu.
* * * * *
Wahai HATI, usahlah bersedih lagi ya ..
No comments:
Post a Comment