Assalammualaikum wbt ..
Bedak Arab Kokuryu – Ha sape yang
tak pernah dengar kan? Aku sendiri dah berkali-kali dengar sampaikan ada adik
sepejabat aku bulan lepas siap syorkan lagi suruh aku pakai. Tapi disebabkan
aku ni memang jenis tak suka mencuba sesuatu yang baru terutama sekali kalau
berkaitan dengan produk penjagaan wajah dan kesihatan. Jadi, aku teruslah kata
.. “takpelah dik, tak berani la nak cuba2 ni .. akak pun bukan jenis pakai
bedak compact sangat .. apatah lagi nak usung ke hulur ke hilir barang-barang
mekap ni”. Yelah, muka aku ni dah memang jenis yang bermasalah. Kalau aku
tersalah pilih produk, tak ke lagi bahana jadinya nanti??
Tapi nak dijadikan cerita lah
kan, masa tu kecemasan sangat. Krim pelembap aku dah habis, jadi aku tak boleh
nak tempek bedak baby terus kat wajah aku ni tanpa sebarang alas. Nanti jelas
terang tang tang la tempat-tempat kering kat wajah aku ni..hu hu hu
sadisnyeeeee~. So tanpa segan silu, aku pun pinjam/minta la sikit Bedak Arab
adik tu untuk ku touch up kat wajah comot aku ni. Wow! Ha ha ha masa tu kami
kat South Korea, so sikap ‘Sharing is Caring’ tu sangat penting ye kawan-kawan.
So dari situ la pertama kali aku try sendiri Bedak Arab Kokuryu tu ha. 1st
kesimpulan adalah … wow! Rasa sangat selesa dan best je lepas touch up
tu..wangi..dan rasa wajah ni pun kurang berminyak bila seharian berjalan-jalan
kat Korea bulan lepas.
Dan balik je dari Company Trip –
South Korea tu, aku pun terjebak la akhirnya. Beberapa minggu selepas pulang
dari Korea tu, aku pun search sana sini, cari segala info, testimonial,
feedback, supplier, blogshops yang ada cakap pasal Bedak Arab Kokuryu ni ha.
Biasalah, mostly mesti akan bagi respon positif kan? Tapi sebenarnya aku
terjebak membeli dan mencuba produk ni bukan sebab hasil kaji selidik tu ye ..
tapi sebab testimonial dan bukti sebenar memang dah ada depan mata. Ha ha ha!
Adik yang dulu syorkan kat aku pasal bedak ni, dia lah bukti nya yang buat aku
kata .. “Ok, aku akan cuba jugak!” .. One fine day, macam biasa je pergi pejabat.
Tapi hari tu aku tengok wajah adik tu glowing dan bersih sangat-sangat. Giler
terkejut aku! Ha ha ha … sekali dok usha-usha, adik tu kata .. dia baru je guna
bedak tu secara konsisten. So itu pasal lah aku baru nampak kesan penggunaan
Bedak Arab Kokuryu ni ha. Lagipun bila difikir semasak-sehangus-serentungnya,
elok jugak aku cuba pakai bedak ni. Sebab kalau sesuai dengan aku,
sekurang-kurangnya kelak aku dah tak payah lagi nak cari krim muka, krim
pelembap muka ke. Dengan Bedak Arab Kokuryu ni, all 3 in 1. Senang, mudah dan
wangi!
Aku dah godek-godek kat
blogshops, mostly mahaii kemain lebih dari apa yang adik tu syorkan. Jadi aku
godek-godek plak kat pageshops kat fb, akhirnya jumpa la satu page ni ha yang
menjual bedak arab ni dan on going in promotion. Aku pun terus lah grab seketul
kan. 30hb Sept last date promotion, petang tu jugak aku pergi buat payment.
Alhamdulillah, 2hb Oct petang semalam aku dah pun terima barangnya..macam
gambar kat atas tu. He he he~
Jadi ini lah dia, seketul Bedak
Arab Kokuryu dan percuma sekeping Beauty Sponge. Maka harini adalah permulaan
aku menggunakan bedak ni. So tengok lepas seminggu nanti, ada perubahan ke idok
ye kawan-kawan. Ohya, bedak arab ni ada jenis-jenis dia. Aku pilih jenis Russet
sebab kulit aku taklah cerah mana dan tak juga gelap sangat kan. Rata-rata
penjual mengatakan bedak ni boleh tahan selama 3 bulan, so takdelah kita kena
tiap-tiap beli bedak compact je kan? Membazir uolsss~
Muka aku ni jenis
kering-berminyak. Ha acaner tuh? Ha ha ha .. aku pun pening sebenarnya, tapi
itulah hakikatnya. Sampai sekarang aku pun masih confuse bagaimana nak
merawatnya. So sekurang-kurangnya dengan penggunaan bedak ni, aku harap bila
seharian keluar takdelah muka aku ni macam tong minyak masak yang diusung ke
hulu ke hilir dah. Hu hu hu. Selain ikhtiar kan begini, aku ada jugaklah jaga
pemakanan yang mungkin menjadi factor muka aku semakin berminyak. Siapa-siapa
kat luar yang sudi bantu aku, sila-silalah tampil ye. Jenis muka macam sekarang
ni jugaklah yang menjadi salah satu faktor aku tak suka bermekap. Kadang-kadang
cemburu jugak tengok blogger-blogger cantik tu mekap natural je pun dah nampak
cantik sangat. Hu hu hu dilema gilos rasanya! Ingin mencuba, tapi kurang
keyakinan untuk bermekap even yang nipis-nipis saja.
Ok lah, sekian je nak cerita
pasal wajah dan Bedak Arab Kokuryu. Kita tunggu hasilnya selepas seminggu ni
ye. Ada perubahan atau sama saje. Terima kasih kat adik yang syorkan tu, ko
memang pandai persuade kakak ko ni. Ha ha ha ha ha~ Kat bawah ni aku selitkan 1,2 link blog yang aku rujuk ye sebelum membuat keputusan untuk membeli bedak ni. He he he~
No comments:
Post a Comment