Pages

Wednesday, October 16, 2013

Sebulan dah berlalu

Assalammualaikum wbt...

Sebenarnya masih banyak lagi hutang belum terlangsai pada readers blog ni. Jadi harap dimaafi ye, terlalu banyak kekangan datang bergolek dalam hidup ni. Harini kerja tak banyak sangat, jadi cuba jugaklah untuk publish kan sesuatu walau 1 entri. Harap kalian tak bosan membacanya.

Dah lama niat dihati nak tulis mengenai arwah, tetapi tak berkesempatan. Hmm..diam tak diam, 9hb Okt 2013 minggu lepas genap pemergian arwah abang ipar aku ke rahmatullah - YM Raja Harrun bin Raja Suran. Punca kematian, di syaki ada Kanser Paru-paru.



Arwah merupakan satu-satunya abang ipar yang sangat rapat dengan aku. Aku dah dianggap seperti adik sendiri. Kadang-kadang kelakar rasanya bila memikirkan, kemahuan aku lebih dituruti berbanding kakak aku. Arwah merupakan abang ipar sulong aku. Semua adik-beradik aku memang rapat dengan arwah. Arwah seorang yang ringan tangan dan tak berkira langsung. Dia sentiasa ada bila kami susah. Dia sentiasa cuba menolong aku dalam segala aspek, termasuk dalam hal mencari pasangan hidup. Arwah jugalah satu-satunya abang yang paling rajin teman aku pergi ke pasar malam setiap kali pulang ke kampung halaman. Arwah penyeri keluarga kami, kerana arwah memang suka bergurau dan menyakat kami semua.

15 Okt 2013 (Selasa) - pagi semalam, sebaik aku selesai solat subuh .. hati terus teringatkan arwah .. sebak dada rasanya .. inilah kali pertama aku merasa betapa kehilangannya seseorang yang sangat rapat dengan aku .. aku menangis tatkala setiap kali teringatkan arwah .. dan setiap kali itu jugalah aku akan segera sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan yg baik-baik buat arwah.



Semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa arwah, dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman .. amiin

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+