Setelah sekian lama aku tak join Premiere Screening sama ada dari Nuffnang ataupun ChurpChurp, kini aku cuba kembali aktif. Sebelum ini aku stop, sebab aku dah takde teman nak dibawa tengok Premiere Screening ni. After that, bila aku try join semula .. tuah tak menyebelahi aku lagi dah. Asyik tak dapat je tiket wayang percuma, ho ho ho .. tacing sat! So last week, aku saja try my luck again. Alhamdulillah, terima kasih ChurpChurp kerana bagi tiket wayang percuma Premiere Screening Escape Plan yang sangat best tu! Aku try ye make this entry fast, short and interesting (hopefully!).
Ray Breslin, the world's foremost authority on structural security, agrees to take on one last job : breaking out of an ultra-secret, high-tech facility called 'The Tomb'. But when he is wrongly imprisoned, he must recruit fellow inmate Emil Rottmayer to help devise a daring, nearly impossible plan to escape from the most protected and fortified prison ever built.
So yesterday, after habis waktu kerja aku terus pergi Bangsar pick up officemate (Siti) aku dulu. Well, memandangkan rumah dia pun memang lebih kurang sekangkang kera je dengan MidValley tu takdelah haru sangat nak pergi sana cepat-cepat. Tapi bila sebut MidValley ni memang perkara pertama dalam kepala aku adalah PARKING. Seriously, aku tak sedar berapa lama tah aku tak jejak MV tu gara-gara fikirkan parking yang hazabedah payah tu. Kalau siang, memang haramjadah nak jumpa parking dalam kurang 30 minit la. Jadi setelah sekian lama, last night was the day aku pergi MV tu semula. Memang untung bawa Siti tu sebab aku memang dah tak ingat langsung selok-belok dalam MV tu.
Hmm tapi jadi cerita haru jugaklah, gara-gara nak cepat sebab nak kejar Magrib, nak solat kat rumah Siti tu. Aku boleh plak salah masuk susur kiri, ha teruslah aku ke PJ - 1 Utama, Desa Park, Curve tu ha. Dari patut jalan clear, disebabkan dah salah masuk jalan tak memasal wei ter-join jammed sekejap2. Ish, tapi sungguh lah aku memang tak dapat nak cam jalan sangat bila malam2 ni. Mau tak mau mujur lambat lagi tayangan tu, aku pun keluar awal .. aku pun redah je .. dari Bangsar, ke Damansara, pusing balik cari Bangsar .. sudahnya aku tembus kat Dataran Maybank Bangsar. Wahahahhaha, Alhamdulillah Allah swt makbulkan doa aku.
Adush, sori panjang lak kisah haru aku. Now meh aku cerita sikit pasal movie Escape Plan ni. Gabungan mantap dari hero veteran kegilaan ramai, termasuk la aku - Arnold Schwarzenegger & Sylvester Stallone. Seperti sinopsis yang ChurpChurp berikan diatas tu, Breslin (Stallone) merupakan pakar dalam bidang keselamatan. Kerja dia adalah menguji setiap penjara pusat, samada senang dibolosi oleh banduan-banduan atau tidak. Dia jugak ada menulis 1 buku tentang kawalan keselamatan, namun telah disalah pakai oleh 1 badan swasta yang menjalankan kegiatan secara haram. Emil Rottmayer (Schwarzenegger), menjadi rakan baik pada Breslin setelah dia dipenjarakan di 1 penjara rahsia yang tiada siapa pun tahu lokasi sebenar. Dari situ lah bermula rancangan melepaskan diri yang sebenar.
* Kenapa Breslin dipenjarakan?
* Siapa Emil Rottmayer yang sebenarnya?
* Kenapa penjara khas itu dirahsiakan lokasinya?
* Siapa dalang di sebalik situasi tersebut?
* Dimana sebenarnya lokasi penjara khas tersebut?
So, overall aku boleh la bagi dalam 4/5 bintang .. sebab? Movie ni best tapi ada certain scene yang macam menghina orang Islam la jugak. Itu pendapat aku lah, kalau korang tengok tak tahu la bagaimana lak pandangan korang kan. Kesimpulannya, aku memang enjoy tengok movie ni even aku kelaparan..ho ho ho..
Thank you again ChurpChurp for the free tickets!
No comments:
Post a Comment