Assalammualaikum wbt …
Semakin hari semakin kurang entri2 yang arul publish kat blog kesayangan arul nih .. Maafkan arul kerana dah jarang post kan entri2 baru .. walaupun arul setiap hari jalan-jalan @ blogwalking ke blog2 yang arul gemari tapi arul tak sempat nak buat entri baru .. Setiap kali ada idea, cuba sedaya upaya untuk publish kan .. tapi tak sempat kan siapkan .. huhuhu . Harap masih ada lagi followers yang sudi jadi readers pada blog arul ni.
Harini arul rasa nak berkongsi tentang kawan dan kekasih .. Hmmm, nape ek topik ni yang jadi pilihan arul setelah lama tak publish pape entri? Hahaha .. bukan untuk menjiwang ye ..
Kalau korang, a/bila berada dalam satu2 situasi yang memerlukan korang pilih antara kawan dan kekasih .. mana yang akan korang pilih? Bagi arul, secara kasarnya arul akan pilih KAWAN berbanding KEKASIH..secara halusnya, tengok pada situasi jugak lah .. Tapi apa yang arul sedar, memang dari dulu lagi arul lebih pentingkan KAWAN berbanding KEKASIH..Spt yg semua sedia maklum pun, fungsi seorang KAWAN dan seorang KEKASIH tu juga berbeza .. biarpun kita tak membezakan nya, pasangan kita sendiri pasti akan membezakan kehadiran dia berbanding rakan2 yg sedia ada ..
Kakak arul pernah berpesan, masa tu arul masih di bangku sekolah rendah lagi. Katanya, “BE A FRIEND IS BETTER THAN BE A GIRLFRIEND/BOYFRIEND” . Bagi arul, memang ada benarnya apabila .. “A FRIEND CAN BE A LOVER, BUT A LOVER POSSIBLE TO BE A FRIEND” . Bukan tak boleh, tapi sangat mustahil. Jarang kan kita dapat lihat mereka2 yang pernah berkasih dulu, setelah putus kasih mereka akan berkawan semula. Kenapa ek? Kenapa perlu membenci, mencaci maki dan menghina? Sedangkan suatu masa dahulu, dia lah yang kamu sayang2, rindu2, cinta2 .. dia lah yang berada disisi kamu dikala susah .. Jangan di ingat perkara yang buruk saje hingga terlupa segala kebaikan yang pernah di berikan.
~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~
Kawan di zaman sekarang pun bukan senang nak cari yang boleh berada bersama kita dikala susah dan senang. Kebanyakan hanya ada dikala kita senang je, bila kita susah .. sumer hilang entah kemana. Tapi bila kita jumpa kawan yang betul, jagalah persahabatan itu. Jangan dicemari dengan menikam belakang atau pun apa2 saje yang tak bagus. Hargai setiap persahabatan. Lebih2 lagi, jangan kerana KEKASIH kita kehilangan KAWAN..jangan putus KAWAN kerana KEKASIH yg tak menjamin apa2 di masa hadapan korang.
Arul rasa tu je la kot yang boleh arul luahkan buat masa ni.. Harap kawan2 faham la k. Yang buruk itu datangnya dari arul sendiri, yang baik itu semuanya dari Allah swt.
i'm wondering why my life became so complicated day by day ='( |
Sekian
No comments:
Post a Comment