assalammualaikum wbt
kenal wajah di atas?? takkan la tak kenal2 lagi kan .. artis yang mendapat jolokan nama sebagai "Ratu Rock" Malaysia .. arul pun minat dia since kecil lagi .. hehehe .. Alhamdulillah, jika benar berita yang tersebar ni .. sangat bersyukur akhirnya beliau akan menamatkan juga zaman bujangnya .. walau usia sudah menginjak pertengahan 40 .. Kak Ella ni masih lagi cun dan 'gedik' nye belum hilang lagi ..
KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas. (Murai.com.my)
ha bila dah sampai seru, sampai bila lagi mahu ditangguh-tangguh kan .. apa2 pun, sme2 la kita mendoakan yang terbaik buat Ella dan bakal suami nya itu (^_^)
No comments:
Post a Comment