Pages

Friday, June 29, 2012

Jalan Pudu ditutup sementara oleh DBKL

Assalammualaikum wbt ..

Ini berita semalam yang arul terbaca kat MyNewsHub .. harini baru sempat nak publish kan .. tak pe lah .. walaupun dah ramai yang tahu .. apa salahnya arul cuba mengingatkan kembali kalau2 ada yang terlupa kan ..


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Jalan Pudu di sini bermula 30 Jun ini. 
DBKL melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu bermula dari persimpangan Jalan Pudu Lama hingga persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tun Tan Cheng Lok. 
“Kedua-dua hala jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 1 pagi hingga 4 pagi pada hari berkenaan. 
“Penutupan sementara ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jejantas dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini. 
Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang dipasang di lokasi berkenaan bersempena penutupan tersebut. - MyNewsHub

Ha jadi , weekend ni rancanglah perjalanan kalian dengan sebaik mungkin ye .. Selamat berhari minggu  (^_^)

2 comments:

Sahabat Sakura