Pages

Friday, July 19, 2013

Deactivate Facebook Account



Assalammualaikum


Dah lama sangat rasanya blog ni diabaikan, maafkan diri ini ye kawan-kawan. Terlalu banyak aral melintang yang telah membatasi masa dan ruang untuk saya update blog ni selalu.

Banyak cerita dah tergendala, banyak program dah basi untuk saya ceritakan dan berkongsi segala kenangan manis/pahit bersama kalian.


--------------------------------------------------------------
campaign image
----------------------------------------------------------------


Baru berapa hari je saya deactivate kan akaun Facebook, pagi tadi ada sorang kawan bertanya mengenai nya. Yang kelakar nya, boleh dia fikir saya dah block dia dari senarai kawan FB saya. Nonsense! Sebab selalunya, orang yang akan block saya tapi bukan saya block orang. Ha ha ha. Tambahan dia fikir, dia ada buat salah dengan ke. Tu pasal dia fikir saya block FB dia. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!

Seingat saya, sepanjang tempoh saya menggunakan FB tu tak pernah ada lagi yang ambil kisah saya aktif atau saya nyah-aktif FB tu. Hu hu hu, sedikit kelakar bila si kawan tu tiba-tiba terasa plak bila tak dapat tengok updates life saya. Maaf ye kawan.. I need my space too  (^__^)




Kenapa saya tiba-tiba deactivate Facebook? Entah! Saya pun kurang pasti tujuan dan motif tindakan spontan saya tu. Kalau saya kata,bosan .. menyampah .. dan seangkatan dengannya. Rasanya korang mesti akan kata, "Just ignore je kalau tak best" .. kan? Tapi rasa ini lain, lain sangat2. Hanya dengan deactivate ni je, buat saya berhenti seketika fikir tentang FB dan segala yang ada di dalam FB tu. And for your information, tindakan drastik saya tu takde kaitan dengan siapa2 pun..just myself would be the reason of.

So for those yang terbaca entri ni, dan baru je perasan saya dah tak kecoh2 kat FB tu .. harap dapat faham kenapa saya menghilang seketika. Untuk sementara je, mungkin sepanjang Ramadhan ke .. campur sepanjang AidilFitri pulak ke nanti .. ngeh3. Eleh, takde kurang pape pun kalau saya tak wujud dalam group tu kan? Miahahahahahha~




Nota hati :

kita takkan tahu dimana silapnya diri tanpa ada yang menegur atau tanpa kita sendiri muhasabah diri setiap hari.

kita takkan tahu tenangnya hati tanpa ada rasa gundah gulana dan kerisauan dalam diri tentang sesuatu dosa silam kita.

kita takkan tahu manisnya berdiam diri tanpa kita cuba berhenti dari terus bercakap. lebih-lebih lagi bercakap tentang sesuatu yang sia-sia dan membuang masa.




I wish I could be there, both of this place below .. wuwuwu~

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura