Pages

Thursday, July 18, 2013

Bila Perlu Sahaja

Ini minggu kedua umat Islam menjalani dan menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia.


Juga mrupakan minggu kedua aku sakit. Seperti minggu lepas, untuk 7hari dalam seminggu yang kita ada..3-4hari aku sakit..Alhamdulillah aku masih larat pergi kerja dan terus berpuasa. Mungkin sakit tu berpunca dari tekanan kerja jadi aku decide untuk pulang ke kampung Jumaat malam tu jugak. Kebetulan semua abang dan kakak aku pun balik juga. Jadilah family gath, kami bersahur dan berbuka puasa sama-sama.

Seperti yg aku bagitahu sebelum ni, ini adalah minggu kedua aku sakit. Turutan pun sama, dari Selasa aku dah mula sakit semula. Semalam macam kronik sikit sebab bangun2 kepala aku pening yang teramat. Tapi aku masih gagahkan diri pergi kerja just ambil masa untuk bangun bersiap dan stabilkn diri. Harini kepala aku sakit lagi..niat hati nak ambil MC tapi entahlah..aku terus pergi kerja pulak.

Dan sejak Ramadhan tiba, macam2 ujian menimpa aku..ditambah dengan keadaan kesihatan aku..aku tak lagi banyak berbicara..di rumah maupun di pejabat..

Aku cuma bercakap bila perlu. Di rumah, aku lebih banyak habiskan masa bermain dengan ank2 kucing aku.


Biarlah aku berdiam diri dan hanya berbicara bila perlu bilamana jika bersuara itu hanya sesuatu yg sia-sia.


Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+