Pages

Monday, October 24, 2011

10 amalan yang TERBALIK [part #2]

 
 
 Selamat pagi semua..

Memandangkan pagi ni aq masih belum ada kerja..so biarlah aq sambung 10 amalan yang terbalik yang aq janji nak kongsi bersama korang tuh..kalau belum baca yang 5 sebelum nih..korang boleh klik kat sini je..PART #1


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalan setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan tersebut??

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
 
 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun kos nye tinggi. Tapi kalau anak tak boleh mengaji Al-Quran atau solat, tak pulak bimbang bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Quran atau kelas khas bagi membimbing melakukan solat yang betul.Bukankah kita sepatutnya lebih bimbang jika anak2 kita tidak dapat mengaji Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa??

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang dan malam, pagi ataupun petang..mesti pergi kerja..Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak ikut peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah(Masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.  Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada bersama suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah..sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya bukan untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
 
p/s : Selamat beramal dan renung2 kan  =)

1 comment:

  1. amalan yg patut kite ubah, kebanyakannye berlaku dari dulu2 lagi n dah jadi budaya n ikutan.

    ReplyDelete

Sahabat Sakura

They're G+