Pages

Monday, October 24, 2011

10 amalan yang TERBALIK [part #1]

Assalammualaikum dan selamat petang..

Haish..penat lah harini..tadi lepas balik je dari keje..abg ipar aq mintak aq temankan kakak aq pergi pasaraya..beli barang2 keperluan baby...tak lama lagi kakak aq dah nak bersaling..jadi kena lah buat persiapan..

Ok,petang2 gini sesaja je nak berkongsi maklumat dengan para pelawat..para bloggers [yg mana de terjumpa blog ni lah kan..hu3]

Marilah kita bermuhasabah diri dan menghitung kembali tentang amalan2 harian kita.Mungkin kita tidak sedar atau telah lalai ataupun terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain..masyarakat lain..bangsa lain..Mari kita sama2 perhatikan apa yang saya kongsikan contoh2 di bawah ini yang mana dikatakan amalan yang terbalik yang selama ini kita,ahli keluarga, sanak-saudara mahupun masyarakat kita telah amalkan sejak sekian lama..


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga 
si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh 
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah 
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan 
untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. 
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagi kan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik??


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



p/s: lagi 5 tunggu di entri seterusnya...mari kita renung-renungkan dulu sejenak yang 5 ini keh..  =)

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+