Tazkirah Jumaat [#3] - Kelebihan Hari Jumaat
Selamat pagi semua..
Alhamdulillah..aq celik mata..aq masih lagi di bumi Allah yang fana ini..aq masih lagi bernyawa dan diberi kesempatan untuk meneruskan hidup..diam tak diam dah sampai hari jumaat lagi..seperti cepat pulak masa berlalu kan??Kita pun dah nak sampai penghujung bulan Oktober..aduii~
Harini terlintas di fikiran nak berkongsi sedikit info..aq tahu mungkin benda ni dah lama orang len kongsikan..tapi kita manusia nih memang cepat sangat terlupa bila perkara2 macam nih..mari kita sama2 saling mengingati k..
Seperti yang korang sedia maklum,hari Jumaat merupakan Penghulu segala hari..di bawah ni aq senaraikan kelebihan hari Jumaat..dimana berlakunya 5 peristiwa yang penting :
1- Allah swt ciptakan Adam2- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi3- Allah swt mematikan Nabi Adam4- Pada hari itu juga ada satu taat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram5- Pada hari itu juga akan terjadinya hari Kiamat. Tidak ada satu pun malaikat, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah swt langit, bumi, angin, gunung, juga lautan melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut (Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari di Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana2 hari yang lebih mulia dan afdal dari Hari Jumaat. " (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ok lah korang...aq nk mandi, buat sarapan dan bersiap pergi kerja..nanti aq wat entri lain lg keh..Anyway,thanx pada yang sudi follow tak 'semenggah' aq nih..dan sudi2 lah baca entri aq sekali k..
p/s : Selamat beramal dan renung2 kan..
No comments:
Post a Comment