Pages

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Kasih Seorang Abang dan Ego Seorang Ayah

Assalammualaikum wbt ..


Foto

Gara-gara meluahkan hasrat untuk keluar bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga dan mengubah nasib keluarga, si abang telah dibelasah oleh si bapa sehingga menemui ajal.

Dimana salahnya bila si anak berhasrat untuk bekerja dan membantu keluar? Si abang tak sanggup melihat adik2 nya berbuka dengan bubur nasi setiap hari. Tapi si ayah dengan senang hati membelasah si abang.  Semuanya gara-gara rasa tercabar bila si anak ingin keluar bekerja. Astaghfirullah al azim~

Semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan insan yg beriman dan semoga si ayah segera diberkas.


Sumber : myMetro




Thursday, November 10, 2011

Lelaki lebih mudah tertipu

Assalammualaikum dan selamat petang..

"Lelaki lebih mudah tertipu di Internet"

Ha bukan aq yang cakap eh...itu adalah salah satu tajuk artikel yang aq terjumpa di suratkhabar harini..
Macam mana kita nak jelaskan semua ini?Yelah,bukan apa..sebelum2 ini kita dihebahkan dengan kaum Hawa lebih mudah tertipu di Internet..kaum Adam pulak adalah golongan2 yang menjadi dalang dalam menipu kaum Hawa nih..sekarang?Sebaliknya pulak?Wahahaha !


Macam2..tapi apa yang dijelaskan di dalam artikel tersebut cuma..para lelaki ini mudah tertipu di Internet kerana mereka suka mendedahkan identiti maklumat peribadi sendiri berbanding wanita..
Berita lanjut disini ---> MyMetro

Sekian, terima kasih

Thursday, October 27, 2011

Love Donkey..Having Sex With Donkey

Assalammualaikum dan selamat petang!
Whoaaaa!Terkejut tapir jap aq baca 1 artikel ni kat MyMetro baru jap tadi..

Walawei..
 

Cer korang tengok gambar keldai tuh..korang selera tak??Ish3..ni kat negara asing..agak2 korang la kan..kat Malaysia ni ada tak yang kelakuan pelik gini??

Opsss!Terlupa plak aq nak story sikit sal entri aq tuh..hehehe sori ye para 'readers'..macam nih.."Seorang lelaki 'bercinta' dengan keldai" Ha tu ar tajuk artikel yang sebenar..Mamat nih sebenarnya melanggan pelacur..ada la kena bayaran sekian2 kan..tapi dy kata..pelacur yang dilanggan tu tiba2 bertukar jadi keldai..selepas dy tinggalkan bar tu..dy rasa dy memang benar2 dah jatuh cinta pada keldai tu..yarkss!!

Hahahaha pelik bin ajaib betul perkara2 yang berlaku di dunia asing nih..ini lah kekuasaan Allah s.w.t. pencipta kita Yang Esa..

p/s : Korang2 janganlah buat perangai pelik gini weh..  =p

Rumah paling mahal terbiar

Assalammualaikum dan selamat petang   =)
 
Orang yang tiada rumah sangat2 perlukan rumah..Tapi orang yang dah ada rumah..nak bina lagi rumah..pastu taknak tinggal pulak kat rumah yang sudah siap dibina.Apa trend hidup sekarang nih?Kalau taknak tinggal pun rasanye elok juga kalau disewakan pada orang lain ke..diberi saja kepada penduduk2 miskin yang masih tiada rumah tu..kan lagi senang..

 

Inilah rumah yang paling mahal yang telah dibina di India..pemiliknye merupakan billionnaire India..ketika dalam proses pembinaan,semua penduduk mengecamnya..namun setelah siap dibina..jutawan tersebut tidak mahu pula tinggal di bangunan tersebut..

Bangunan 27 tingkat ini memiliki 3 tempat pendaratan helikopter,6 tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung..Hamek kau!Sape nak duduk sampai 1 rumah ada 27 tingkat??Adoi..giler2 membazir betul orang bila dah kaya sangat2 nih..mungkin dy tak tahu mana nak melabur duit yang banyak sampai membazir begini.
 
p/s : Jangan membazir..membazir tu amalan Syaitan!

Saturday, October 22, 2011

Realiti 7 orang kerdil #WUJUD!!

Assalammualaikum dan selamat petang..

Aq mulakan dengan bahan pencuci mata buat korang..lihat gambar di bawah..ia bukan hiasan blog nih semata ye..hehehehe

Johnston Family by Yahoo!
Ha kita memang dah biasa dan pernah tengok kan orang2 kerdil seperti ini??Ingat lagi tak cerita "Snow White & 7 Dwarfs"?Dulu kecik2 aq selalu tengok cerita kartun tuh..minat tengok orang2 kerdil yang sangat2 lah comei tuh..Tapi aq rasa, in reality kita jarang dapat jumpa/tengok 1 family..1 keluarga yang semuanya terdiri daripada orang2 kerdil juga..yela,jarang kita jumpa kalau mak/ayah nye yang buta sejak lahir..kemudian si ibu melahirkan anak yang kemudiannya cukup sifat..tapi tak pulak mengikut genetik si bapa kan??Tapi kisah ini berlainan..

Amber(ibu) dan Trent(ayah) merupakan pasangan suami isteri yang memiliki 2 orang anak kandung yang turut menghidap penyakit orang kerdil seperti mereka yang dinamakan secara saintifik "achondroplasia dwarfs"..Mereka kemudian mengambil 3 lagi orang anak angkat yang juga kerdil seperti mereka..maka..terciptalah "Family of 7 Dwarfs"..

Hehehe..giler skema betul ayat2 aq kat atas tuh..kikiki..aq terpandang je tajuk artikel tu aq terus tertarik nak baca..korang ley tengok vids anak2 kerdil ni punye pendapat mengenai dunia sekeliling mereka dengan klik je gambar kat atas tadi tuh..

p/s: comel2 kan mereka??   =)

Monday, October 17, 2011

Kerana Cemburu Si Isteri Dibakar Hidup-Hidup

"KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan yang layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam 'meletupkan' isterinya sendiri menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi dirumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin."

Hai sungguh tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang..terlalu ramai yang pendek akal..sering kali mengambil jalan mudah je tiap kali menghadapi masalah. Contoh macam tajuk berita hMetro harini..takkan cemburu punye pasal,si suami ada hak tersendiri untuk menjatuhkan hukuman pada si isteri??

Aq rasa kalau cemburu sangat pun, baik ceraikan sahajalah. Kita manusia ni takde hak pun nak mencabut nyawa manusia lain.Ish..ish..ish..geramnye aq dengan manusia zaman sekarang!!!

Wednesday, October 12, 2011

Putus Cinta Potong Alat Sulit,Sape yg RUGI nih??

Assalammualaikum dn selamat petang lagi..



Ahahahahhaa..aq terbaca je artikel nih,sumpah aq tak tahu nk rasa kasihan atau nk gelakkan je..tp permulaan entri aq dah gelak2 dulu kan..jari aq je tuh yg gelak..in real,mana ada aq gelak taw..geleng2 kepala aq duk pikiaq..awat la wujud org pendek 'akai' macam hamba ALLAH ni..

Cuba la pikiaq bebetoi..duk wat gitu ghupenyer..sape yg rugi sebenornye jang??Hang yg rugi atau girl tu yg rugi??Kalaulah gurl tu balik semula pd hang pun...mungkin kerana kasihan je..dn lagipun hang dah tadek 'anu' tuh..caner lak nanti??Hadoi..kesian..kesian..kesian..cer la pikiaq panjang cket..adesss..

Hmm nk ckp banyak pun...benda dah jadi kan??Aq harap mamat ni kembali la ke pangkal jalan..
Check it out da news guys n gurls!!

Click here ----> JOM TERJAH!!

Wednesday, October 5, 2011

Manusia Berjiwa Binatang!!

But kulit haiwan asli yang dibuat drpd kulit biri-biri dr Australia
Assalammualaikum dan selamat petang

Korang tengok but tu 'santek' tak?? Huhuhu lau ikut pandangan mata aq memang tak cantik pun. Aq akui aq ni memang buta fesyen..bukan sikit tp rasanya banyak giler! Hahahahhaha,coz i am not up-to-date fashionista sgt lah..sempoi & simple je slalunye.

Ha ni nk habaq mai, pada penggemar kasut but2 gini..cantik2 pun mesti ada rahsia dan cerita yg tersembunyi punya. Macam kisah disebalik but ni la. Aq terbaca la kt MyMetro tentang ni.Adeh,aq pn tak tahu la..apa nk jadi dengan dunia sekarang..Semalam berita kekejaman antara manusia dengan manusia..harini pulak berita kekejaman antara manusia dengan haiwan pulak.

Kesian aq tengok anjing ini..
Anjing Rakun
Berita selanjutnye..dipetik..MyMetro

BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.

But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.

Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing.


p/s: walau apa pun binatang,ia tetap makhluk ciptaan Allah swt spt kita..

Tuesday, October 4, 2011

SUMPAH aq tak tahu pe jenis manusia nih!!

Assalammualaikum dan selamat petang.

Ha harini sbnrnye mood yg lahir dr malam semalam. Korang ada tengok berita tak semalam kat tv3??If hado tengok,baguslah.If hado tengok gak,mesti korang pn geram dan marah kot.Aq tak tengok berita tuh tp sempat la aq tengok review topik berita tu masa iklan kan.Semalam aq kuar g Jusco jap cari barang dan pampers ank buah aq.

Korang masih tertanya lagi ke berita yang mana 1 aq maksudkan nih??Ala,yang tu..yang tu la..ha yang tu..ingt tak??Hehehehe..jangan marah ea...

Ni ha sal berita yang ni la ^MyMetro^

Pelik aq..takde hati per0t ke hapa???!!If taknak pun kurniaan ciptaan Allah swt yg suci nih,janganlah dihukum sampai begitu sekali.Bayi tersebut dah cukup sifat..arwah tak bersalah pun..walau sekecil zarah..Astaghfirullah al-Azim~

Mood >mmg bengang giler..smpai terbayang-bayang camner la keadaan arwah bayi tersebut!

Monday, September 19, 2011

Salah Siapa????

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Hehehe..artikel yg ni pun wat aq berfikir sejenak..bkn pe...isu ni kan dah lama dibangkitkan..tp sampai sekarang la msh belum ada penyelesaian pape pun..malah sini menuding jari ke sana..sana pulak menuding jari ke sini..Semua taknak mengaku salah,taknak mengaku kalah.Kerajaan?Dimanakah?Apakah jalan penyelesaian pada semua ini?

Oklah,aq terus pada point yg aq nk sampaikan disini.Pabila aq terbaca artikel ni, secara automatiknye otak aq terus ligat berfikir..negara ni mmg rakyatnye pakai pakaian yg seksi2..menjolok mata..tp sejenak kemudian aq terfikir semula..itu yg berlaku di negara org lain..yg berlaku di negara sendiri?Ok,baca lah dulu ye artikel ni di SINI .

Aq tak rasa yg sepatutnye di persalahkan adalah kaum Hawa sepenuhnye.  Ramai beranggapan dan mengatakan salah si mangsa,si perempuan itu kerana dy berpakaian menjolok mata,berpakaian seksi, dedah sana sini. Namun demikian, bile diselidik..scara kasarnye pun kita dah boleh lihat sendiri..wanita tua(warga emas) pun boleh dirogol..wanita bertudung litup segala pun turut menjadi mangsa..apakah ini yg dikatakan salah si mangsa??Renung2 kan lah sejenak..

Aq memang hangen betul bila masyarakat sesenang tu je meletakkan segala kesalahan pada si mangsa..sedangkan si mangsa tu dah cukup terseksa malah terbeban dengan pengalaman yg cukup pahit lg trauma itu..sedarlah wahai masyarakat sekalian.

Huuuu..sampai disini sahaja lah dulu ye..Renung-renungkan~

30 sen sehari..sikit2 lma2 akn menjadi bukit~

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Huiyooo!Lama sesangat teramat sangat dah ni aq tak 'hapdet' blog picisan yg tak semenggah mana nih..
Maaflah(kpd yg sudi menjengah blog nih)..ader byk reasons,tp takpe lah..tak perlu disenaraikan alasan2 tersebut disini k..

Disaat baru tergerak hati nk bace Berita Harian Online..terpandang 1 berita yg agak menarik minat malah seperti memberi semangat kpd aq.

Korang tgok la mke pakcik ni ha...kasihan kan?sayu je hati..

Berita selanjutnye di SINI

Ha tengok..berkat usaha dan berkat kesabaran seseorang itu..tambah pulak dengan niat yg suci lg murni..pasti akan membuahkan hasil.  Allah s.w.t mendengar niat dan doa makhlukNYA.

Sebenarnya yg aq semangat sgt bila terbaca artikel ni krn aq pun sdg menyimpan sedikit2 untuk mendapatkan apa yg aq sdgn impikan skrg nih..JENG!JENG!JENG!Da tercapai nanti baru aq reveal kat korang..ngeh3..

Oklah,sekian dlu ya..

p/s: Para ibubapa,didiklah anak2 kalian menyimpan bermula dari kecil lagi..kelak pasti mereka tidak akan menyusahkan kalian..insya'allah~

Sahabat Sakura

They're G+