Pages

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Kelahiran Generasi Baru [sambungan]

Assalammualaikum

Esok, genaplah usia baby kakak Arul tu 2 minggu..kak teh dan baby dah selamat berada di kampung pun..baby tak sabar nak sambut Raya Haji jugak kot..macam yang Arul pernah cerita kat entri sebelum ni..kat SINI..budak yang lahir hari Jumaat tu..tp dah tersalah tarikh pulak..sowi dear!

Buat masa ni (yang aq tahu la,lum finalize nama lagi tuk baby) baby lum ada nama..tapi Arul cadangkan nama "Nur Aisyah Amani" ada lebih kurang sikit macam kakaknya, "Nur Aisyah Insyirah"..Arul gak yang cadangkan nama kakaknye tu..hehehehe. Jom tengok jap wajah si comel Arul ni..


Hehehe inilah budaknya si comel itu..rindu sangat..tak sabar rasa nak balik kampung tengok perkembangan dy..Yang kat bawah ni pulak kakak nya..tak pasti la ada persamaan ke tidak..hehehehehe..budak tembun kat bawah ni buah hati pengarang jantung yang Arul sedang rindu sangat2..ala,budak yang Arul bagitahu semalam kat entri ni --> klik SINI

sehari tak jumpa da rindu sangat..ini kan pulak sebulan

rindu sangat kat mak dy
Gambar kat atas ni, masa dalam kereta..dalam perjalanan nak balik kampung..baru lepas jemput kakak dari hospital..Aisyah ni berebut..merengek nak tdo kat riba mak dy..jadi terpaksa la Arul yang tolong pangku kan baby..dah la baby tengah tido lena diulit mimpi..tak sedar2 dari masuk kereta..tu gambar baby yang seedang Arul pangku lah tu..sebab tu dapt snap depan2..hehehehe..jenuh dok kacau baby tido,sebab kakak nak susukan dy..tapi tak gak celik2..ish3 budak nih..

Ha sudahnya,Aisyah ni tak jadi tido pun kat ribaan mak dy..tapi tido kat seat depan sebelah ayah dy..jadi bos jap la kan duduk depan sorang2..makan kopok sorang2..ble dy da mengantok sangat..kami dengar lah dy nyanyi sorang2 smpai la dy tertidor..hehehehehe...comel sangat dak nih !

Sunday, November 6, 2011

Abah..maafkan kami adik beradik kerana kecewakan abah

Assalammualaikum dan selamat malam..
 
Aq tak tahu nak luahkan macam mana...tapi aq rasa bukan saja aq..malah semua kakak dan abang aq telah pun kecewakan abah kami dalam diam..secara tidak sengaja..Aq tersedar menjelang maghrib tadi..kami 7 beradik telah jadikan Hari Raya Haji abah kalini sangat menyedihkan dan tak terungkap dek kata-kata lagi..
"Abah..maafkan kami 7 beradik..maafkan Along,Angah,Alang kerana tidak dapat pulang beraya tahun ni..maafkan Ateh kerana lambat pulang ke kampung..esok Ateh akan balik sini bersama baby baru dy..Adik harap terubat sikit rasa kecewa abah atas kepulangan Uda,Amcik dan Adik malam nih..Adik rindukan sangat-sangat pada Mak dan Abah sebenarnya"


Kami tak pernah putus dari mendoakan kesihatan,keselamatan,kesejahteraan Mak & Abah !!

Saturday, November 5, 2011

Kelahiran Generasi Baru

Assalammualaikum dan selamat tengahari
 
Oh da lama pulak tak hapdet blog DSG nih..maaflah ye pada kalian (kalau ada yang sudi jengah la blog picisan ini..huhuhu)
Beberapa hari ni memang sangat sibuk..idea dah berlambak-lambak..tapi masih tak sempat nak post pape entri kat blog..

Tapi harini ada lah sikit ruang dan waktu nak post 1 entri ringkas..
Alhamdulillah,semalam 03/11/11 hari Jumaat jam 06:20ptg Kak Teh selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Kajang.Aq sampai migrin2 kat luar bilik nak tunggu masa dy nak bersalin..adoiyai..hahahahahha..kemudian tambah pulak tak pasal2 semalam aq kena ambil half day EL..

Hmm aq sambung semula..tapi selepas tengok kakak dan baby sihat walafiat..keadaan aq tenang semula..tak sabar petang ni nak tengok both of them !! Nanti aq share dengan korang k gambar baby gegurl tersebut..hehehehe..

Ohya,melihat pada gambar nih..si kakak baby ni belum berkesempatan menatap wajah adik nya yang baru lahir semalam..hehehee..aq masih terfikir..bagaimana lah reaksia dan penerimaan nya disaat mendapat adik dalam usia yang masih muda dan awal begini..1 tahun 7 bulan..

Monday, October 24, 2011

Tengoklah budak nih.................ish geramnye!!!


Ishhhhh!!kacau lah...nak on9 pun tak boleh..apatah lagi nak buat kerja..pantang betul tengok orang senang..Tengok lah budak nih..!!


Ha ni lah budak tuh!!Dy pun sibuk gak nak tekan2 keyboard lappy aq tuh..mujur sihat walafiat lagi lappy aq tuh..hehehe..ni la ank pertama kakak aq..Nur Aisyah Insyirah..dy la buah hati pengarang jantung aq sejak aq tinggal menumpang kat umh kakak aq nih..sehari tak bermain dgn dy nih..aq ase tak lengkap hari aq...sangat2 sayang kat dy ni kot..tak lama je lagi..dy da nk dapat adik..dijangka hujung bulan nih la..wuwuwuwu..aq turut terasa debaran nye taw..ye la..risau kot tetiba akak aq nak bersalin tapi laki dy takde kat umh lak..naya aq nanti nak kejarkan dy ke hospital..huhuhu

Sekarang dah pandai panjat kerusi..maka penyelesaian pada masalah yang kami hadapi hari2..takot dy terjatuh dari kerusi memanjang..kami pun sorok kerusi2 kat umh tu dalam bilik..huhuhu..sudahnye..kami sumer makan duduk kat lantai je..ahaks~


p/s :semoga Aisyah jadi ank yg solehah dan cerdik pandai mcm mak Aisyah k..

Anak Pungut...kasihan sangat2


Herm...siapalah yang sanggup buang anak nih...Eh,silap..dy ni bukan dibuang..tapi..entah lah..anak buah aq yang menjumpai dy..aq plak dah memang senang jatuh sayang...so aq pun amik keputusan untuk menjaganya sendiri..

Tadaaa!! Haish...maaflah lau suspen sangat entri nih..bukan apa..aq tetiba teringat..tentang haiwan peliharaan aq nih..dy bukan dibuang k..tapi tu la..macam aq bgtahu kat atas tadi..dijumpai oleh anak buah aq..mungkin dy terlepas dari sangkarnye..then dijumpai oleh seekor kucing..tu yang ank buah aq selamatkan dy dan bagi pada aq..kebetulan plak aq memang dah lama nk bela binatang comel nih..huhuhu..dapat seekor pun jadilah..sangat2 comel okie!!

Yang aq peliknye..tuan dy takde plak mencari-cari semula haiwan yang hilang nih..takpelah..aq akan jaga dy sebaik mungkin..walaupun dy kecik..dy sentiasa menggembirakan aq..ha ni lah dy 'budak' tuh..hehehe


Hehehe..ni gambor pagi semalam..baru perasan air minuman dy dah kering..so aq refill kan dan terus bagi dy minum..ish3..kesian dy..sangat2 haus..tapi keje dy nih membuta je..dari aq celik mata nak g keje..sampai lah aq dah balik keje..dy masih membuta..tapi bila aq nk tido je..time tu la dy nk bersenam kat mainan dy tuh..huhuhu...tabiat aq..sebelom dan selepas balik keje je..mesti aq akan tegur dy..hehe..sayang dy sangat2!!

Aq ni memang jenis tak pandai nak bagi2 nama pada binatang nih..dalam hati,kot2 dy tak suke nama kita bagi ke kan..mana kita taw...hahahahahaha...mule2 dulu aq panggil hamster nih "budak busuk" je..kdang2 "budak" je..sampaikan along aq pun naik heran..budak mana yang aq maksudkan..tapi sekarang..hamster aq nih dah de nama..nama tu dapat dari cucu saudara aq..cucu kepada along aq la..aq pn tak taw nape dy panggil hamster aq nih dengan nama "Bon-bon"..melekat sampai sekarang dan 1 family aq panggil gitu..hehehe..kelakar je kan...

p/s : bon-bon dah kuwus semula..macam aq yang sedang susut berat nih..adessss~

Sunday, October 23, 2011

Melampau betul - 18sx!


Hehehehe..melampau ke??Jangan lak terkejut eh dengan tajuk entri aq tuh..lau korang2 rasa tak berapa melampau..baguslah..tapi aq yang rasa macam melampau je bile tengok nih..cer korang sendri tengok lah aksi2 melampau yang sempat aq rakamkan sebelom masuk bilik tadi..ish..ish..ish..


Hahahaha..aq pun tak taw pe hal si jantan kakak aq nih tetiba macam sengal je malam nih..agaknye dy sangat2 menikmati saat2 dy dapat tido dalam umh kot hujung2 minggu macam harini...kekekekeke...

Kakak aq bukan kejam..kakak aq tak bagi dy ni tido dalam umh sebab dy pernah melepaskan 'hajat' dy dalam umh..tu yang kakak aq hangen sangat tuh.

Herm..sekali pandang aq tengok macam comel..manje..dua kali pandang dah macam mengada-ngada pulak si jantan nih..hehehehe..

p/s: sayangilah kucing..beliau sangat2 comel!!

Tetiba hati sayu...wuuuu~

Assalammualaikum dan selamat petang




p/s : remember dat we only have PARENTS once in A LIFE..sayang sangat2 kat mak & abah!!!

Saturday, October 22, 2011

Realiti 7 orang kerdil #WUJUD!!

Assalammualaikum dan selamat petang..

Aq mulakan dengan bahan pencuci mata buat korang..lihat gambar di bawah..ia bukan hiasan blog nih semata ye..hehehehe

Johnston Family by Yahoo!
Ha kita memang dah biasa dan pernah tengok kan orang2 kerdil seperti ini??Ingat lagi tak cerita "Snow White & 7 Dwarfs"?Dulu kecik2 aq selalu tengok cerita kartun tuh..minat tengok orang2 kerdil yang sangat2 lah comei tuh..Tapi aq rasa, in reality kita jarang dapat jumpa/tengok 1 family..1 keluarga yang semuanya terdiri daripada orang2 kerdil juga..yela,jarang kita jumpa kalau mak/ayah nye yang buta sejak lahir..kemudian si ibu melahirkan anak yang kemudiannya cukup sifat..tapi tak pulak mengikut genetik si bapa kan??Tapi kisah ini berlainan..

Amber(ibu) dan Trent(ayah) merupakan pasangan suami isteri yang memiliki 2 orang anak kandung yang turut menghidap penyakit orang kerdil seperti mereka yang dinamakan secara saintifik "achondroplasia dwarfs"..Mereka kemudian mengambil 3 lagi orang anak angkat yang juga kerdil seperti mereka..maka..terciptalah "Family of 7 Dwarfs"..

Hehehe..giler skema betul ayat2 aq kat atas tuh..kikiki..aq terpandang je tajuk artikel tu aq terus tertarik nak baca..korang ley tengok vids anak2 kerdil ni punye pendapat mengenai dunia sekeliling mereka dengan klik je gambar kat atas tadi tuh..

p/s: comel2 kan mereka??   =)

Friday, September 30, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu


Assalammualaikum dan selamat tengahari..
Dah lama sangat aq tak buat entri baru kat blog aq nih..asenya mcm dah berhabuk je..ish3..
Harini aq dapat 1 cerita yg agak menarik lg meruntun hati..so aq decide nk share dgn kwn2 di sini..
Gambar Hiasan by Google Images

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat
kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak
mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.


Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.


"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"


Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.


Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.


Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.


Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.


Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.


Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?


Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar
Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.


13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak
pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"


Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?


Mak jawab, "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.


Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama
lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"


Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.


Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke
taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.


"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011
- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011
- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011
- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."


Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


9 April 2011
- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana
cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.


"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.


"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.


Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"


Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.


"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.


"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."


Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.


Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.


Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan
kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

By: Md Zahki Md Hussein

Sahabat Sakura

They're G+