Pages

Friday, February 3, 2012

Kesan dari Stress Melampau

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..sikit2 arul dah boleh masuk makanan dalam perut ni..

* * * * * * *

Sudah genap 2 minggu My Prince tinggalkan Princess (Arul) .. tapi masih terasa seperti baru tadi terjadi segalanya. Dalam tempoh 2 minggu ini jugak, selera makan arul terganggu. Ini adalah yang paling teruk pernah terjadi pada arul (bagi arul la). 

Seminggu pertama, arul tak boleh nak jamah nasi walau sedikit pun. Arul banyak bergantung pada minuman je..air2 yang boleh cover lapar perut ni..macam milo ataupun susu HL. Makanan2 lain pun tak berapa boleh diterima tekak nih..Bagilah pape pun makanan kegemaran arul, semua arul pandang tanpa ada nafsu makan langsung..arul sekadar pandang je.

Masuk minggu yang kedua, selera makan arul masih belum pulih. Arul masih tak boleh nak jamah nasi. Kalau jamah pun, boleh la dalam sesuap dua then arul makan lauk je. Makan lebih2 nanti, tekak mula rasa kembang je..rasa nak termuntah je seharian..perot pun rasa tak sedap je nanti. Pastu tambah lak rasa macam nak demam je.

Kawan arul pernah paksa arul makan, dy bawa arul pergi makan sizzling feveret arul..arul ikut je..tapi sudahnya..tak sampai separuh pun arul makan..arul pun sedih tengok sizzling tu arul bazirkan gitu je..huhuhu

Lunch hour semalam, arul makan ayam goreng je..dengan sambal belacan..tak tahu lah apa nak jadi. Malam nye arul makan 3 suap nasi je..selebihnya makan sayur je. Padahal, kakak arul dah tinggalkan nasi untuk arul sikit sangat dah. Ingat boleh habiskan, tapi buang jugak sudahnya. Astaghfirullah..arul..arul..arul..sedeh !!

Harini, alhamdulillah arul dapat habiskan sepinggan mihun goreng masa lunch hour tadi. Tapi itupun arul paksa diri, makan bersulam dengan air. Tapi arul tak boleh nak paksa diri selalu. Orang selalu kata kat arul, jangan ikut sangat selera makan tu. Tapi korang kena tahu gak, kalau kita paksa diri kita makan pun..kemudian kita muntah2 teruk..sama gak tak guna kita makan tadi kan?? Menambah lagi sakit kita je..kan?kan?kan?

Minggu lepas, 28hb arul pergi segamat dengan kawan2..menghadiri kenduri kahwin rakan sekelas masa buat degree dulu..dalam sihat tak sihat tu, arul gagahkan jugak nak drive jauh2..jumpa kawan2 lama..terubat gak la rindu di hati..tapi arul masih berfikir..nak makan ke tidak..tak makan nanti, kawan2 cakap apa pulak kan..so arul pun jamah la sikit buat alas perut. Minggu ni Sabtu, Ahad ada kenduri kahwin lagi yang arul nak kena attend. Dua2 kawan gak yang kahwin, tapi tak tahu la mampu nak menelan nasi lagi ke tidak..adoiyai..

So buat masa ni, tak payah la kan korang rasa berat arul dah turun sangat2 kan..memang TAK lah..hehehehehe..alhamdulillah, BMI arul seimbang..berat memang dah turun sikit pun..tapi mampu turun sampai yang macam sekarang ni je..tak mampu dah nak turun lebih2 macam berat zaman sekolah tu..dah jadi tak seimbang la nanti..cuma arul dapat rasa macam badan dah susut sikit kot..dan lemah..

Mungkin ada diluar sana bersangka bahawa arul yang sengaja cari pasal dengan apa yang terjadi sekarang ni atas diri arul..tapi tak mengapalah..kalian cuma memandang..tapi kalian tak tahu apa yang arul tanggung, alamai dan lalui sekarang nih. Di pendek kan, ia terjadi tanpa arul pinta..

Jika keadaan dan kesihatan arul ini berterusan berbulan lamanya...arul cuma mintak kawan2 doakan arul tetap dikurniakan kesihatan yang elok biarpun makan tak menentu..kerana arul masih perlu mencari rezeki buat parents di kampung..


p/s : sedeh !! entri tak lagi bergambar kerana tiada lagi gambaran kehidupan ("_")

1 comment:

Sahabat Sakura

They're G+