Pages

Tuesday, February 14, 2012

Bawa mayat

Assalammualaikum



Harini arul cuma nak berkongsi 1 mimpi yang arul alami pada malam semalam..Arul pun tak pasti lah apa maksud mimpi tersebut..just now..arul anggap ia hanya mainan tidur..tak guna jugak kalau kita ni terlalu taksub sangat makna setiap mimpi..

Macam ni..malam semalam arul pergi majlis tahlil almarhum makcik arul kat Sekincan..kat SINI .. however, arul tak berapa pasti la if mimpi ni ada kena mengena..Arul mimpi yang arul naik van dengan 2 orang yang arul tak berapa ingat dah..tapi yang pasti arul kenal la..cuma dah tak ingat..kami naik van tu..dengan membawa seorang jenazah lelaki..yang belum dikafankan lagi..tetiba van terhenti sendiri..arul lihat ke luar..rupanya kami berada di kawasan tanah perkuburan..di sana arul perasan terdapat ramai orang yang sedang siap2 untuk mengebumikan jenazah..entah macam mana mayat yang kami bawa tu hampir terjatuh..dekat2 dengan jenazah  yang mereka hendak kebumikan tu..so kami minta tolong mereka untuk sambut mayat tersebut.. Kemudian, kain yang menutupi mayat tersebut terselak..arul pun sepantas kilat terus memandang mayat tersebut..dan arul lihat..kepala nya tertoleh ke arah liang lahad..sambil TERSENYUM..wajahnya kelihatan sedang senyum..arul heran campur seram gak la..hmm kemudian arul pun tersedar..

Sampai sekarang arul masih berfikir..apakah maksud mimpi tersebut..tapi takde la fikir sangat..nanti bertambah seram lak rasanya..

Pape pun, almarhum makcik arul dah selamat dikebumikan pada petang semalam selepas solat Asar..
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka2 yang mendapat keredhaan dari Allah..


p/s : ada sorang makcik arul cerita, Mak Andak arul menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+