Assalammualaikum..
selepas solat maghrib aku keluar..dengan rasa lemah..rasa 1001 kemalasan..aku tetap keluar..aku bagi alasan pada kakak aku..aku nak pergi kedai perabot..survey harga perabot2 yang memang aku dah plan nak beli bila gaji keluar nanti..memang aku pergi kedai perabot tu..tak sampai 1jam pun aku survey perabot2 tersebut..aku pun blah..masuk kete..start enjin..aku duduk termenung dalam kereta hampir setengah jam..
* * * * * * *
aku meneruskan perjalanan aku tanpa aku tahu kemana aku hendak pergi..aku buntu..aku keliru..fikiran aku kosong..sekosong-kosongnya..sekosong langit malam ini tanpa sebutir bintang pun..langit tanpa bintang, hilanglah seri nya..langit tanpa bintang..menjadikan malam kelihatan kelam dan suram..begitulah keadaan ku..
* * * * * * *
mengukir senyuman di saat kelukaan
tertawa di saat kesedihan
* * * * * * *
seketika aku keluar dari parking..aku pusing2 di kawasan terdekat sahaja..sambil berfikir..apa yang sebenarnya aku fikirkan..memandu dengan perlahan..namun masih alert dengan kereta2 di belakang yang mengekori secara dekat..agak lama ronda-ronda ambil angin malam..dengan sesuka hati ku berhenti di tepi jalan..ku matikan lampu kereta..dan ku lihat dengan hati kosong pada kereta2 yang lalu lalang depan kereta ku.
* * * * * * *
dengan kelajuan hanya 30km/j ku pandu terus melalui liku-liku jalan..perlahan kereta ku merangkak pulang..terasa berat ingin ku pulang..rasa dihati ingin saja aku pandu terus pulang ke pahang jumpa abah dan mak..kerana merekalah syurga kedamaian ku..tapi apakan daya..masalah tetap tak akan selesai..keadaan ku masih seperti mayat hidup..yang hanya berpura-pura gembira..
* * * * * * *
sampai di rumah..kakak ku naik ke bilik untuk tidurkan anak sulung nya..kemudian aku pulak ditugaskan menjaga sekejap anak keduanya..si baby najwa..sedang aku membuka laptop kecik ini..ingin meluahkan di blog tak semenggah ini..najwa yang comel terjaga..dy seperti memahami situasi hati maksu nya yang sedang gundah gulana..najwa seperti ajak berborak2 dengan dy..bergelak tawa..bergurau senda dengan dy..memang setiap kali melihat wajahnya yang suci..hati ku tenang..tapi aku tak mampu jugak sembunyikan apa yang terbuku di hati ini...
* * * * * * *
sudah tiba masanya najwa sambung tidur semula..tapi dy kelaparan..jadi aku hantarkan najwa ke mak nya di bilik..dan aku..aku pun meneruskan menyiapkan entri ni..sambil tengok tv yang citer tah pape..
## ku biarkan diri ku dinilai sendiri oleh mata dan hati mu.. kau lihatlah kesannya ##
No comments:
Post a Comment