Assalammualaikum..
Harini tiba-tiba Arul tergerak hati nak berkongsi info kesihatan ni..sebab Arul sendiri pernah alami dulu-dulu..sekarang pun ada masalah kesihatan jugak..tapi jarang-jarang dah..migrin je yang selalu dapat. Harini Arul cuma nak berkongsi info tentang Tekanan Darah Rendah atau Low Blood Pressure atau pun Hypotension. Kebiasaan yang kita dengar adalah Hypertension atau High Blood Pressure kan??
~entri kesihatan ini mungkin sedikit panjang lebar dari kebiasaan~
Tekanan darah rendah atau hypotension akan terjadi apabila tekanan darah semasa dan selepas setiap degupan jantung kita menjadi lebih rendah dari biasa. Ini bermaksud hati, otak dan bahagian anggota badan yang lain tidak mendapat darah yang cukup.
Antra simptom-simptom yang terlibat :
- Penglihatan kabur
- Kekeliruan
- Pening
- Pengsan
- Sakit kepala kerana silau
- Kerap rasa mengantuk
- Kerap rasa lemah
Kebanyakan tekanan darah normal berada dalam lingkungan 90/60 mm Hg hingga 130/80 mm Hg. Tetapi penurunan ketara, walaupun sebanyak 20 mm Hg, ia dah boleh memberi masalah kepada sesetengah orang.
- Alcohol
- Ubat-ubat anti-kebimbangan
- Sesetengah ubatan anti-kemurungan
- Diuretics
- Ubat-ubatan untuk hati, termasuk yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari
- Ubat-ubatan yang digunakan untuk pembedahan
- Ubat tahan sakit (Painkillers)
Langkah-langkah pencegahan :
- Elakkan diri dari mengambil alkohol
- Elakkan diri dari berdiri terlalu lama
- Minum air masak dalam kuantiti yang banyak (mengikut keperluan yang disaran doktor)
- Bangun perlahan-lahan selepas duduk atau baring
- Gunakan stokin pemampatan untuk meningkatkan tekanan darah dalam kaki (yg ni tak pasti stokin yg macam mana)
p/s : masa arul sakit dlu,doc dan kawan2 just nasihatkan banyakkan makan kerang,hati..
No comments:
Post a Comment