Sabtu, 26hb Nov 2011
Arul mulakan perjalanan pulang ke kampung selepas asar..kira-kira jam 4:30 petang. Padahal plan nak gerak 3:00 petang..gara-gara menunggu donut big apple tak sampai2..adoi..ibu mengandung mengidam plak..
Sepatutnya Arul balik ikut jalan yang terus je..kemudian Arul akan lalu Batu Caves semua..tapi entah macam mana Arul boleh masuk Jalan Duke..pastu Sentul pulak..elok sepatutnya lalu 2 ke 3 tol je..tak pasal2 jadi 3 ke 4 tol..adoi..mujur dah topup touch n go..so redah je la tol tanpa nak ambil tahu sangat berapa RM tol tuh..huhuhu
Arul pun teruskan je perjalanan bila sedar,jalan yang Arul dah salah masuk tu adalah laluan biasa bas Bentong lalu..pergh!!Nasib baiklah..Arul ni dulu pengguna public transport yang setia la sebelum ada lesen kereta kan..tambah lak Arul jenis jarang2 nak tido dalam bas..bila dalam bas Arul suka duduk seat tepi tingkap..senang tengok ke luar dari tengok orang2 dalam bas yang macam2 ragam tu..tambah pening je..
Masuk je highway Karak,tak lama selepas tu Arul pun ditemukan dengan kesesakan jalan raya..elok kat bukit tinggi pulak tu..adoiyai!!Alhamdulillah bawa kete auto je..huhuhu...tapi tetap risau menyelubungi diri kerana kereta tu tak berapa sihat..Hmm panjang pulak tu jammed nye..sampai kat terowong Genting Sempah tu pun belum reda lagi...dah turun bukit kat Bukit Tinggi tu baru la ok...perjalanan berjalan lancar semula..Arul pun mula ar pecut..memandangkan dah lambat..Arul cuba elak dari lalu jalan liku2 kat Manchis tu malam2..bahaya wooo!
Tapi nak buat macam mana kan...memang dah lambat..masuk jalan Manchis dah jam 7 lbih pun..huhuhu tabahkan je la hati dan diri nih drive kat jalan yang bengkang-bengkok tu...Mujur tak banyak lori lalu time tu..kalau tidak..lagi lambat ar sampai jawabnya..Alhamdulillah selamat gak sampai kampung kira-kira 9malam..Sebelum sampai umah abah,kena singgah jap rumah mentua kakak..kena ambil anak sulung dy kat sana..NUR AISYAH INSYIRAH..
Budak kat atas ni semakin tembam macam Arul ok...mak dy kata la..adoi..rindu bertandang lagi ar pada budak tembam nih...ish!!!!
p/s : tunggu sambungan SIRI KEDUA ya...
No comments:
Post a Comment