Saturday, January 26, 2013
Tazkirah Jumaat #10 - Hukum Lelaki Memakai Emas & Sutera
Assalammualaikum wbt ..
Dari Ali bin Abu Talib r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini HARAM buat orang lelaki dari umatku."
(Riwayat Ahmad, Abu DAud, Nasa'i Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah, "Emas itu HALAL buat orang2 perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudia Nabi s.a.w. mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah!!
Kemudia beliau bersabda:
"salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan," Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah." Maka jawabnya, "Tidak! Demi Allah, sy tdk mengambil cincin yg telah dibuang oleh Rasulullah." (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yg kita saksikan di kalangan org2 kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam tangan emas, gelang emas..dan seterusnya adalah HARAM hukumnya.
# Sumber ZaimHilmi#
Topik yg berkaitan :
Hukum cincin, gelang dan rantai bagi lelaki ISLAM
Hukum lelaki memakai emas putih
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua lelaki yg beragama ISLAM di luar sana ...
Labels:
tazkirah,
tazkirah jumaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment