Pages

Sunday, January 27, 2013

Pilihan & Kesempatan


Assalammualaikum wbt ..

Seorang rakan berkongsi nota ringkas ini kepada arul .. lantas sejak itu membuatkan arul sentiasa berfikir tentang setiap patah perkataan di dalam nota ringkas tersebut .. hmm mungkin ada betul nya .. dan setelah difikir sedalam-dalamnya .. 2 perkara itu memang betul .. setiap manusia memang telah diberikan KESEMPATAN & PILIHAN ..

*******
Kesempatan - sesuatu yg sangat berharga apabila keadaan @ situasi yg sgt tdk memungkinkan

Pilihan - sesuatu yg mempunyai lebih dari 1 keputusan
*******


Ok la, meh arul share kan notes yg ditulis oleh rakan arul tu .. katanya, ini ayat dari hatinya sendiri .. nice!


Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan .. lum berapa nak expert lgi .. masih dalam usaha memperbaiki skill yg ada .. hehehe


Kesempatan, Allah swt telah memberi kita kesempatan utk mengenali seseorang. Rancangan Allah swt adalah yg terbaik. Allah swt mungkin telah menemukan kita dengan seseorang yg kita rasa salah, sedangkan itu lah yang tepat. Tepat dimana, seseorang itu dihadirkan mungkin utk sedarkan kita bahawa kita mungkin masih belum bersedia dlm satu2 hbgn, mungkin juga utk sedarkan kita bahawa seseorang yg blh menjadi kwn tak semestinya mampu menjadi pasangan yg baik buat kita..wallahualam~

Pilihan, Allah swt juga turut telah memberi kita banyak pilihan dalam sepanjang hidup kita. Pilihan yg kita ada antaranya ialah memilih utk menjadi umatnya yg taat atau yg ingkar, memilih utk mencari rezeki yg berkat atau yg haram, memilih utk mendekatkan diri dgn Allah swt atau menjauhkan diri dari Nya..dan macam2 lagi lah .. Pilihan ni bukan saja ada dalam hubungan percintaan antara manusia, tetapi terlebih dahulu wujud antara manusia dan Allah swt. Pilihan untuk lebih menyintai Maha Pencipta berbanding manusia yg banyak mengecewakan diri kita.

Buat rakan arul itu, terima kasih atas notes tersebut ... serba-sedikit memberi arul sedikit kesedaran dalam membuat pilihan dalam hidup ni .. Apa yg arul pasti dan lebih pasti sekarang, arul memilih untuk berusaha menjadi seseorang yg lebih baik dari sebelumnya dan memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.




Maaf lah, arul taknak bercakap tentang hati dan perasaan, cinta dan jiwa .. kerana itu arul cuba luaskan sedikit tentang Pilihan & Kesempatan yg rakan arul kongsikan in terms of .. Kita dan Allah swt .. Arul dah penat dengan kisah Hati & Perasaan, Cinta & Jiwa ..

Arul nak tambah sedikit saja lagi. tanpa kita sedar Allah swt telah beri kita banyak kesempatan utk bertaubat, utk terus beribadat dekatkan diri dengan Dia.  Allah dtgkan pelbagai ujian pada kita, tapi tak ramai yg sedar tujuan segala ujian dan dugaan tu. Namun demikian, tidak ramai umat manusia yg membuat pilihan utk sedar diri akan kesilapan diri, utk bertaubat dan insaf. Malah, kita terus membuat kesilapan demi kesilapan . Ada juga yg menangguh-nangguh utk bertaubat, kembali ke jalan yg lurus lagi benar. Apa yg dapat arul pesan kat sini, MASA tu takkan tunggu kita untuk buat PILIHAN yg betul sedangkan KESEMPATAN yg ada semakin jauh pergi..dan mati itu pasti berlaku bila-bila saja.


#nasihat pada diri sendiri juga#

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+