Assalammualaikum wbt ...
Filem yang dinanti oleh orang ramai bakal muncul pada esok hari 29 Nov 2012 .. seperti yang lain, aku juga turut tak sabar2 nak menontonnya .. 17 Okt 2012 aku dah ada sekali buat entri tentang movie LBS2-Katerina ni ..
Sinopsis
6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu, Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar2 buat Katerina mengaguminya. Kemesraan mula terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina mula memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima Kasyah sebagai menantu tetapi Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tua nya terpaksa menurut saja. Namun, ayahnya Sofean punyai muslihat tersendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Masa berlalu, Athirah sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka, antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate tahu Kasyah amat mencintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Untuk mengetahui kesudahan percintaan Kasyah dan Kate, silalah terus dapatkan tiket movie ini esok. - Sumber
Jom kita layan trailer LBS 2- Katerina ni pulak k ..
#niat hati nak tonton dengan seseorang ........
#Tolong klik G+1 kat entri iPhone 5 Gadget Impian saya#
No comments:
Post a Comment