Pages

Wednesday, November 7, 2012

Terima Kasih Hati


Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah!

Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan di hati
Kau akan selamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan

Duhai hati
Aku tahu ..
Andai saja hati itu boleh di 'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang paling sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, tusukan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlalu kuat dan tabah

Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Aku masih terus membiarkan kau disakiti dan dilukai
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungsi untukku
Hanya untuk aku ..

Hati..
Bagaiman caranya agar ku bisa merawatmu?
Guna plaster kah?
Guna gunting kah?
Atau guna iodine kah?
Jika guna plaster, luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nanti kuning hati itu
Tidak cantik seperti hati orang lain yang merah

Alhamdulillah hati ..
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati ..
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptakanku
Sungguh benar hati ..
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada Yang Esa ..


Anas berkata, Rasulullah bersabda :



Bersabarlah wahai hati atas segala ujian dan dugaan ini .. semuanya untuk mematangkan diri mu .. wallahualam ~




Artikel sebenar disini : Noramira Mohd Redzuan atau blh terus terjah blog BELIAU .

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+