Pages

Wednesday, May 7, 2014

Random Wrote #1

assalammualaikum wbt ...

sepantas lalu je..tetiba ingin bercerita tentang seorang kawan lama yang dah lama aku tak jumpa. dia merupakan kawan sepermainan dari kanak-kanak lagi.

dia merupakan salah sorang jiran aku. dia juga merupakan rakan sekelas aku. habis UPSR, rezeki dia terpilih dari 15 orang yang berjaya dapat 5A untuk sambung belajar kat salah sebuah Top 5 sekolah asrama penuh. pastu balik cuti sekolah, lepak ramai2 depan rumah aku - sebab dalam ramai2 aku sorang je tak pandai bawa motor. tamat SPM, masing2 sambung Diploma. aku dikira junior dia sebab aku second intake. tapi kami lain2 course. dari Diploma Pengurusan Bisnes, dapat tahu dia sambung Ijazah Pengurusan Operasi kat Dungun plak. last aku tahu sekarang bila masing2 dah grad, dah keje .. tak sangka dia sekarang jadi DJ di Pahang FM. hehehehe .. macam2 la kawan aku sorang ni. sekadar ingatan di hati, sebab setiap kali balik kampung dah tak jumpa dia pun.

kami ber-5 (2 lelaki, 3 perempuan) .. 4 dah kawen, tinggal aku sorang je masih solo. hahahaha. dia dah pun punya anak sorang, 3 lagi sedang menunggu kelahiran zuriat masing2. kami la GENG BASIKAL & GENG PENGAWAS SEKOLAH. wahahahahaha..



tak boleh blah aku rasa, DOKTOR DI RADIO tuuu...hahahahhaa...well done dude!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura