Assalammualaikum wbt ..
Salam Jumaat yg mulia para sahabat di alam maya .. Harini godek2 folder lama dalam pendrive, hasil koleksi yg dikumpul semasa menuntut ilmu dulu2 .. maka terjumpa la beberapa tajuk yg menarik utk dikongsi disini bersama para sahabat. Harap sama2 dapat manfaat dari apa yg arul cuba kongsikan.
Harini arul nak kongsikan 27 keajaiban berselawat .. yg mungkin sesetengah dari kita mengetahui tentangnya .. dan mungkin juga ada yg tidak tahu ..
- Sabda Rasulullah SAW, "Brgsiapa yg berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10x ganda.
- Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan mengamalkan berselawat sebanyak 11x setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
- Jodoh ditentukan oleh Allah. Maka amalkan selawat 100x sehari, Inshaa Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ perempuan.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7x pada air dan minum. Inshaa Allah, perut yg sakit @ memulas akan sembuh.
- Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3x setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000x sehari, Inshaa Allah akan dikurniakan kebijaksaaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa mengamalkn selawat 11x setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai orang lain.
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yg berselawat walau sekali pd malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yg dihadapi oleh para Nabi.
- Sesiapa yg berselawat 41x sehari, Inshaa Allah akan dihindarkan drpd sifat tercela spt hasad dengki dn sebagainya dalam dirinya.
- Sesiapa yg mengamalkan selawat 1000x pd malam Jumaat, Inshaa Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
- Amalkn selawat 11x tiap kali selesai solat fardhu krn Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
- Berselawat 33x sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yg diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- Sesiapa yg berselawat tak kiralah bnyk mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dlm apa jua dgn syarat ia berusaha mencari keredhaanNYA.
- Amalan berselawat sbyk yg mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih2 lg pd saat kita menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3x setiap kali selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya drpd sbrg bencana.
- Sesiapa yg amalkan selawat sbnyk 1000x stiap hari, Allah akan memeliharanya drpn sbrg ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Amalan selawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
- Menurut As-Shawi, sesiapa yg membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya drpd gangguan serta tipu daya syaitan yg melalaikan.
- Membaca selawat 10x pd setiap pgi dn petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri drpd mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yg membaca selawat sbnyk 7x selamat 7 mlm berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) drpn Baginda SAW.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70x kali sehari.
- Ada riwayat, yg menyatakan bhwa amalan berselawat 80x tiap selepas solat Asar pd hari Jumaat , Inshaa Allah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
- Sesiapa yg sering mengamalkan selawat pd setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yg tidak disangka-sangka baginya.
- Jiwa yg resah gelisah dapat ditenangkan dgn zikir, termasuklah berselawat sekerap yg mungkin krn Allah itu Maha Luas rahmatnya.
- Ulamat berpendapat, sesiapa yg mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, Inshaa Allah dihindarkan drpn taun dan wabak penyakit berbahaya yg lain.
- Membaca selawat 1000x slps solat sunat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
- Menurut para ulama, sesiapa yg inginkan saat kematiannya dlm kesudahan yg baik, maka berselawatlah sebanyak 10x setiap kali selesai solat Maghrib.
- Para ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yg baik dgn sntiasa berselawat 40x - 100x setiap hari, diikuti dgn usaha yg berterusan.
- Sabda Nabi SAW, "Brgsiapa yg berselawat kepadaku sbyk 1000x pd hari Jumaat, maka ia akan datang pd hari Kiamat dgn keadaan bercahaya - hari Abu Naim
- Sabda Nabi SAW, "Brgsiapa berselawat kepadaku sbyk 10x pd waktu pagi dan 10x pd waktu petang setiap hari, ia akan beroleh syafaatku pd hari Kiamat - hari Thabrani
Ha banyakkan keajaiban tersembunyi hanya dalam 1 ayat yg mudah dan ringkas yg memang setiap hari kita pasti lafazkan. Arul pun mengakui, baru tahu sedikit dari semua yg arul dah senaraikan kat atas tu. Fuhh!! pertama kali taip panjang2 gini .. maka para sahabat, mari kita sama2 amalkan agar sama2 beroleh syafaat.
Selamat beramal~
No comments:
Post a Comment