Assalammualaikum wbt ..
Maafkan arul pada penggunaan tajuk entri yang kurang sopan dan adab itu. Seawal pagi tadi arul jalan-jalan di 'mukabuku' melihat updates kawan-kawan .. dan tiba-tiba arul terlihatkan gambar di bawah ni yang telah dikongsi oleh salah seorang rakan. Sungguh, SUMPAH! arul sangat-sangat menyirap selepas lihat dan baca penjelasan mengenai gambar di bawah ni.
Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni? |
Sungguh arul tak boleh nak fikir apa lagi dah .. apa dosa anak-anak kucing tu pada Si Bangsat (or mungkin Bangsat-Bangsat) tu .. Sungguh jugak mereka ini tiada hati dan perasaan dan tak layak hidup di Bumi Allah ni kerana telah menyeksa sehingga mati makhluk ciptaan Allah swt juga .. malah merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW kita .. Arul sendiri tak sanggup berterusan melihat gambar di atas ni kerana sungguh menyentuh dan menyayat hati .. sangat-sangat rasa kasihan pada Si Ibu Kucing .. susah-susah dan segala perit dia melahirkan anak-anak tersebut, tapi manusia yang heartless tu senang-senang je mencabut nyawa yang Allah berikan pada anak-anak kucing yg baru nak kenal dunia ni.
Semoga Allah dapat membalas segala perbuatan kejam Si Bangsat Durjana tersebut. Dan semoga Si Ibu Kucing itu tabah akan kehilangan serentak anak-anak dia.
Maafkan arul sekali lagi andai bahasa yg digunakan dalam entri kalini agak kasar dan tak sopan. Arul memang pantang pada sebarang penderaan/pembunuhan ke atas haiwan2 ni terutama sekali kucing.
No comments:
Post a Comment