Pages

Saturday, March 30, 2013

Cool - The Way Japanese Driver Say Thanks On The Road


Assalammualaikum wbt ..

Seorang kawan berkongsi kan video ni di dinding mukabuku dia, then i watched and i thought it was really-really-really polite k. Sangat bersopan di jalan raya, orang kata. Bukan nak puji melambung rakyat negara lain, tapi hakikat sendiri nampak bagaimana rakyat negara Malaysia ni punya sikap pentingkan diri sendiri hingga melibatkan nyawa orang lain pulak yg melayang. Ok, let's enjoy the movie i got from Facebook.





Selamat Pengantin Baru Nadia & Akmal



Assalammualaikum wbt ...

23 March 2013 (Sabtu), seorang lagi rakan belajar sejak Tadika KEMAS merangkap rakan sekampung selamat diijabkabul di Masjid Felda Sungai Kemahal hanya dengan sekali lafaz. Ms Gojes telah sah menjadi Mrs Wifey pd Mr. Handsome yakni Mr. Hubby.




24 March 2013 (Ahad), majlis sanding pihak perempuan berlangsung di Felda Sungai Kemahal. Alhamdulillah, everything berjalan dengan lancar. The pelamin sangat-sangat2 lah comel. Hahahaha arul dan kawan-kawan yg hadir tak berhenti puji pelamin pilihan dan busana pengantin yg sangat sweet dan gojes tu. Pandai pengantin pilih! Jom layan gambar persandingan kawan arul dan suami nya.






See!! How gorgeous she was right? Sangat cantik busana pilihan dorang dengan pelamin yg simple tapi hiasan yg sangat2 comel. Geram je tengok bunga2 kat pelamin tu. Maaf lah, gambar tak banyak sebab pengantin dikerumuni oleh budak-budak. Biasalah tu kan, lagipun taknak ganggu cameraman jalankan tugas dorang plak. hehehehe .. Gambar penuh pelamin pun tak ambil coz sedang makan. Kalini segan nk berposing kat pelamin pengantin mcm Wedding Ema & Husaini dulu coz pelamin ni kat laman luar rumah, nanti ramai pulak mata memandang. Mau gak di cop "Syok Sendiri" kan tiba2 .. hahahaha!!

Dan inilah antara wajah-wajah geng sekolah zaman tadika hingga sekolah rendah yg tolong memeriahkan majlis sahabat kami yg sorang ni .. Tak mampu nak kumpul ramai-ramai, masing2 punya komitmen tersendiri kan. Even masing-masing kat KL dan dekat-dekat je semua, tp susah jugak nk gathering ramai-ramai.










Maaf, ada beberapa gambar lg nak letak tapi ada masalah sikit. Nanti arul adjust2 sikit, inshaa Allah arul kongsikan gambar yg terlepas pamer di entri ni .. hehehehehe .. Ha gambar yg last ni, Nurul jugak .. single .. nk ushar? hihihihihi, no komen . Pandai2 la nak hidup . Hahahahahhaha ... Girl, sori! Memang saje nk menyakat ko dlm blog ni. Hehehehe, thanks posing comel deh!

To all my friends yg tak sabar nk tgok gmbar2 korang tertempek kat blog hentahpape ni, harap maaf ye .. ter-delay selama 1 week plak .. takde idea nk tulis lebih2 .. hhihihihi .. thanks pd korang yg sudi baca blog kwn korang ni .. support me taw! hihihihihi ...



psstt!  --> korang-korang yg baik hati lg comel menawan, arul nk mtk tlg korang sikit ni .. tolong LIKE PAGE ARUL ni .. dan klik RM999 je .. murah giler kot ...

Friday, March 29, 2013

Tazkirah Jumaat #15 - Bila Al-Quran Mula Berbicara


Assalammualaikum wbt ..

Maaf, harini arul terlambat sedikit berkongsi tazkirah Jumaat bersama rakan-rakan di alam maya ni. Hati bunga-bunga patut lebih pantas dan tuntas kan? Hehehehe ... Alhamdulillah, minggu lepas terlalu banyak perkara difikirkan hingga mcm2 sakit nk dtg 'melawat' diri arul ni. Tapi syukur sangat2, arul dapat bertahan dengan segala ujian Allah tu .. dan minggu ni, dari sehari ke sehari Allah dah gantikan dengan "Pelangi" yg cukup indah dan buat arul tersenyum je harini. Terima kasih Ya Allah. Ok, jom kita terus pada topik yg ingin arul kongsikan harini.

Benda ni arul jumpa dalam folder lama arul, so bila arul dah baca semuanya .. rasa memang patut berkongsi dengan kawan-kawan lain kot. Dunia semakin moden, masyarakat semakin maju. Muda-mudi pulak semakin lupa pada 1 amanah Allah yg paling penting ini..yakni Al-Quran ..


************************************************************************

Apabila Al-Quran Mula Berbicara ,

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambahpengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depanTV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.              
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri...
Dalam bisu dan sepi....



**************************************************************************

Maha Suci Allah, Yang Maha Berkuasa Lagi Bijaksana
Semoga ia memberi manfaat pada rakan-rakan semua.


**************************************************************************

Kalau kita dapat dengar sendiri Al-Quran tu berbicara, pasti ramai yg ketakutan (termasuk arul) kan? Jangan pernah sekali-kali kita mengabaikan kewujudan ia .. Al-Quran sangat suci .. dampingi lah ia selalu ..

# Ada sesiapa tak yg dah lama tak mengaji Al-Quran apatah lagi menyentuh nya ? Mari kita sama-sama berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta ye ...

# Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu semestinya datang dari diri ini sendiri .. (^_^)





Wednesday, March 27, 2013

#34 Wordless Wednesday - Dulu dan Sekarang








# hampir 2 minggu mata kiri asyik berair je .. 1st jumpa doc, check sekian2 then diminta check mata .. 2nd jumpa doc, explain blablabla after dah check mata .. kena bebel plak kenapa tak terus buat spec .. huhuhu .. ini lah spec ke-3 yg arul buat .. tak tahu la berapa lama bertahan .. baru keje 2 tahun, dah kena pkai spec pulok .. ayoyo ..

# hehehe sori, tak berapa WORDLESS plak entri ni .. sori jugak wakilkan budak biru je as ARUL .. arul tak comey, tak suka tunjuk muka sangat (cewah!!)

Monday, March 25, 2013

Selamat Hari Polis ke-206


Assalammualaikum wbt ..





Selamat Hari Polis ke-206 kepada semua polis di negara ni .. juga kepada rakan-rakan polis yg saya kenali ..

Berkhidmatlah dengan jujur, bertanggungjawab dan amanah!!

Saturday, March 23, 2013

Weekend Quotes [2]


Weekend Quotes [1]




Life is short, appreciate it as value as you can and make it really valuable in your life ...

Lirik Lagu Be Mine - Tasha Manshahar




Lirik lagu Be Mine 

Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

*chorus*
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever ..







*Sori if lirik tak sama dengan video klip*

klik sini ----> # Tips untuk gigi seputih Fazura 
klik sini ----> # YNOT Graffit Votes!




Thursday, March 21, 2013

Casing Iphone 5 Yang Perkasa dan Mantap!

Assalammualaikum wbt ..

Pagi tadi arul tengok kat Blog Serius tentang casing Iphone 5 ni .. pergh! giler teruja arul tengok .. sangat mantap dan keselamatan terjamin kot. Let's me share with you and credited the source from Blog Serius.




Untuk gambar selebihnya, better korang tengok kat BlogSerius ok ....

Amacam?? Mantap tak design dan material casing kalini? Hehehehe .. tapi sayangnya, arul masih menggunakan hp Sony Ericson K530i .. ingat lagi tak rupa hp tu caner? Ah google sendiri la .. hahahaha segan nak tunjukkan wajah terkini hp SE arul ni .. dah tak rupa hp rasanya .. memori kad pun dah taknak lekat .. Please, please .. ada sape2 tak nak bagi arul HANDPHONE SEBIJIK?? hahahahaha ...


Lirik Lagu One Thing - One Direction

Assalammualaikum wbt ..



I've tried playing it cool
Girl when I'm looking at you
I can never be brave
Cause you make my heart race

Shot me out of the sky
You're my kryptonite
You keep me making me weak
Yeah, frozen and can't breathe

Some things gotta get loud
Cause if not, they just don't make you see
That I need you here with me now
Cause you've got that one thing

So get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

Now I'm climbing the walls
But you don't notice at all
That I'm going out of my mind
All day and all night

Some things gotta get loud
Cause I'm dying just to know your name
And I need you here with me now
Cause you've got that one thing

So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

You've got that one thing

Get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead

So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

Get out, get out, get out of my mind
And come on, come into my life
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing.


Lirik Lagu Ganas - KRU

Assalammualaikum wbt ..


Disuruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk
Itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu .. itu kamu
Hingga ..

Mata tak terpejam
Mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam
Tak mahu bergaduh

Baik .. telinga dengar saja
Semua perintah ku junjung
Biar .. hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu

Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung .. itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu .. itu kamu
Hingga ..

Mata tak terpejam
Mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam
Tak mahu bergaduh

Baik .. telinga dengar saja
Semua perintah ku junjung
Biar .. hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu

Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Mungkin kerana sayang
Ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Mata tak terpejam
Mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam
Tak mahu bergaduh

Baik .. telinga dengar saja
Semua perintah ku junjung
Biar .. hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu ..


Wednesday, March 20, 2013

Si Bangsat !!!


Assalammualaikum wbt ..


Maafkan arul pada penggunaan tajuk entri yang kurang sopan dan adab itu. Seawal pagi tadi arul jalan-jalan di 'mukabuku' melihat updates kawan-kawan .. dan tiba-tiba arul terlihatkan gambar di bawah ni yang telah dikongsi oleh salah seorang rakan. Sungguh, SUMPAH! arul sangat-sangat menyirap selepas lihat dan baca penjelasan mengenai gambar di bawah ni.


Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni?

Sungguh arul tak boleh nak fikir apa lagi dah .. apa dosa anak-anak kucing tu pada Si Bangsat (or mungkin Bangsat-Bangsat) tu .. Sungguh jugak mereka ini tiada hati dan perasaan dan tak layak hidup di Bumi Allah ni kerana telah menyeksa sehingga mati makhluk ciptaan Allah swt juga .. malah merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW kita .. Arul sendiri tak sanggup berterusan melihat gambar di atas ni kerana sungguh menyentuh dan menyayat hati .. sangat-sangat rasa kasihan pada Si Ibu Kucing .. susah-susah dan segala perit dia melahirkan anak-anak tersebut, tapi manusia yang heartless tu senang-senang je mencabut nyawa yang Allah berikan pada anak-anak kucing yg baru nak kenal dunia ni.



Semoga Allah dapat membalas segala perbuatan kejam Si Bangsat Durjana tersebut. Dan semoga Si Ibu Kucing itu tabah akan kehilangan serentak anak-anak dia.


Maafkan arul sekali lagi andai bahasa yg digunakan dalam entri kalini agak kasar dan tak sopan. Arul memang pantang pada sebarang penderaan/pembunuhan ke atas haiwan2 ni terutama sekali kucing.



#33 Wordless Wednesday - Kejam!!!!!!!!!


Assalammualaikum wbt ..

Tuesday, March 19, 2013

[REVIEW] Movie : Jack and The Giant Slayer


Assalammualaikum wbt ..

Weekend baru-baru ni tak disangka arul boleh plak pergi melayan movie di panggung wayang .. tanpa ada sebarang perancangan . Then disebabkan nak tengok cepat dan berharap worth it to choose that movie to fulfill my leisure time .. i choose this movie!

v
v
v
v
v

IKLAN JAP .. tolong arul klik link di bawah ni ye .. bukan spam .. dan tak melibatkan pape kos pun.

McDonald's Weekday Breakfast Special from only Rm4 - Get One Today!

v
v
v
v
v

Ok, thanks in advance sape2 yg sudi klik tu ye .. jom sambung pengembaraan bersama arul dan Jack .. hehehe ..






Cakap banyak pun tak guna gak .. takut nanti korang kata arul gebang lebih-lebih plak kan .. tapi bila korang p tengok nanti .. tak pulak rasa best mcm yg arul rasa .. hehehe .. Korang baca dulu Sinopsis Jack & The Giant Slayer ni .. then layan lah kejap trailer movie ni ..




Alhamdulillah .. sangat2 alhamdulillah .. this movie really worth it to watch guys! Hahahaha, i'm really2 enjoyed this movie. Even rasa mcm mostly barisan pelakon movie ni macam arul tak pernah tengok, tapi masing2 dah berjaya menjayakan watak masing2 dalam movie ni. Bagi arul, hero (Jack) movie ni takde lah kacak sgt pun. Ngeh3! Kacak lagi Pengawal Diraja tu kot Elmont (Ewan McGregor) .. he's really cool and steady .. By the way, Jack adalah seorang yang gayat ye .. dia takut pada ketinggian .. tapi dek kerana seorang puteri yg ingin diselamatkan .. dia melawan rasa gayatnya itu .. Just watch, what he was imagined to ignore his fear of height .. hehehe .. Ok la, arul nak tunjuk barisan pelakon movie ni pulak ..


Jack The Giant Slayer Poster 01



Jack The Giant Slayer Poster 02


The brave and dashing leader of the king's royal knights, Elmont's job is to protect the princess - which keeps him very busy. Elmont does everything with style and charm, and never, ever breaks a sweat.




A fiery and independent young princess who dislikes the pomp and protocol of palace life, Isabelle longs for freedom and the chance to live like a normal girl.


Ok yang kat bawah ni pulak adalah beberapa pelakon yg menjadi watak utama bagi Giant .. Fee, Fye, Foe, Fumm .. and the General Fallon ..

Jack the Giant Slayer Poster

Jack the Giant Slayer Poster

Jack the Giant Slayer Poster

Jack the Giant Slayer Poster

Jack the Giant Slayer Poster

The giants' ferocious two-headed leader, he hungers for revenge over their thousand-year exile from Earth as much as he hungers for his favorite food : mankind.


Ada beberapa scene yg telah mewujudkan 1 suasana yg sangat2 indah .. yg buat arul sangat2 terpesona .. meh arul share sikit ..







psssstt! hewhewhew .. tetiba rasa terserlah plak kekacakan Elmont nih .. really charming guy, kan?kan?kan? 
Movie ni tak banyak unsur humor tapi more to adventure. Arul sukakan juga pengembaraan ni, so enjoy la jugak kan. Arul percaya mesti ramai tahu kisah dongeng "Jack and The Beanstalk" tapi jangan cepat buat andaian movie ni sama je jalan cerita nye .. You're TOTALLY WRONG!! tettttttt~ hehehehehe ..

Reason(s) why you should watch this movie -
  • lots of adventures - suitable for those who likes an adventure
  • Elmont's Friend will teach you, how to manage your fear of height .. hehehe
  • dlm cerita dongeng, cuma ada sorang dua je Gergasi .. tp dlm movie ni ada beratus-ratus Gergasi .. mereka bermusuh .. nak tahu kenapa mereka bermusuh dan berperang? sila ke panggung dan layan movie ni ..
  • ...... sbb yg lain adalah arul tak pandai review movie btul2 .. hahahaha .. tapi movie ni mmg best!

SELAMAT MENONTON





Lagi yang Menarik-Menarik sahaja :


Sumber :
  1. Google
  2. Filmofilia
  3. Warnerbros


Sahabat Sakura

They're G+