Assalammualaikum wbt ..
Setiap saat, setiap masa, setiap hari aku berfikir mengenai sesuatu ini ..
Aku sedikit keliru .. aku juga rasa sedikit kelakar .. tapi aku lebih pada rasa sedikit 'annoying' ..
Maafkan aku jika entri ni secara kebetulan akan ada yang rasa benci maupun menyampah pada aku .. tapi ini sekadar pendapat peribadi aku .. mohon maaf salah dan silap k ..
Pernah tak korang baca novel? Mesti diluar sana ramai yang suka layan novel kan? Especially kaum Hawa la .. ok ni contoh novel yang aku pernah baca, pernah tengok, pernah dengar ..
1- Adam & Hawa
2- Gemersik Kalbu
3- Ombak Rindu
4- Lagenda Budak Setan
5- Sehangat Asmara
6- Tak Semanis Impian
7- Bicara Hati
Ok, tu je la kot yang dapat aku senaraikan .. pada peminat tegar novel, rasanya mesti akan ingat setiap 1 jalan cerita novel ni tatkala terdengar je tajuk buku novel tu .. kadang2 mungkin hingga terbawa-bawa .. maksud aku, hingga mengimpikan jalan cerita indah dalam novel tu berlaku dalam realiti hidup sendiri .. betul tak? hehehe jangan menipu la .. sebab aku pun pernah begitu ..
Suatu ketika dahulu, aku juga pernah merasa begitu .. setiap kali aku layan novel, mesti lepas tu aku akan fikir .. "bestnye kalau dapat pasangan yang romantik, sabar, jujur, ikhlas mcm dlm novel ni" .. "bestnye kalau in reality jadi macam ni" .. kan? kan? mesti ada punya lah ..
Tapi korang antara sedar dan tidak .. ketahuilah .. DUNIA NI ADALAH PENTAS LAKONAN .. MANUSIA, KITA ADALAH PELAKON2 DI ATAS PENTAS TU .. jalan cerita hidup kita telah pun diatur oleh Maha Pencipta .. kerana itu DIA, ALLAH SWT dianggap MAHA MENGETAHUI YANG NYATA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI .. kita takkan pernah tahu apa yang terjadi pada diri kita, pada hidup kita kelak .. kita cuma merancang ..
Mungkin ada sesetengah orang merasakan, hidup dia seakan-akan hampir sama jalan ceritanya seperti dalam novel la .. dalam drama la .. semua itu kebetulan .. kerana novel, drama, movie ada sesetengah nya berdasarkan cerita di alam realiti juga .. sumber dari kisah benar .. kisah sebenar .. dan sesetengahnya pula adalah rekaan semata-mata .. siapa diantara kita yang mahukan kesudahan sesuatu cerita itu menyakitkan hati, menyedihkan, melukakan .. betul tak? Walaupun kadang2 ending tu macam tak logik je, semata nak buat 'happy ending' .. hehehe .
Tolonglah, berpijak di bumi yang nyata .. jangan taksub sangat dengan jalan cerita rekaan .. sedangkan jalan cerita realitinya .. jauh panggang dari api .. novel, movie, drama sumer tu dicipta sekadar untuk menyampaikan pengajaran, tauladan, teladan, peringatan .. Hahaha, tapi janganlah sampai benci pula nak baca novel .. teruskan membaca, menambah ilmu ..
Ok lah, itu je kot yang aku dapat simpulkan pendapat ringan aku terhadap mereka2 diluar sana termasuk aku (aku yang dulu2 la) .. yang teringin sangat jalan cerita realiti seperti novel, movie dan drama .. Segala tutur bicara dari blog ni, mana menyinggung mana2 perasaan .. mohon dimaafkan (^_^) chilll!!
peace! V(^_^)