Pages

Wednesday, May 22, 2013

Semak Keputusan Peperiksaan PTD Gred M41

Assalammualaikum wbt ..





Pasti ramai yang tertunggu-tunggu Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang telah pun dijalankan pada 13 Apr 2013 yang lalu. Namun ramai yang merasa sedikit kecewa pabila setelah sebulan menanti tapi akhirnya Keputusan Ditangguh Seminggu Lagi. Pada mulanya yang telah tertulis di surat SPA8, keputusan boleh disemak bermula 17 Mei 2013 kemudian telah ditangguh ke tarikh yang lain iaitu esok hari - 23 Mei 2013 (Khamis).




Blog aku ni cuma blog bodoh-bodoh je, tak ramai yang sudi jengok sebab aku tak pandai menulis seperti orang lain tapi kerana minat .. aku still lagi menulis di alam maya ni .. apa2 pun aku masih berusaha untuk up kan lagi blog ni agar lebih ramai pengunjung datang walau pun bukan jadi follower. Fuhh!! ok, kat atas ni adalah statistik untuk 3 hari (Isnin-Rabu) bagi blog ni, bermula dari 17 Mei aritu hingga la ke harini, entri tersebut masih hangat dicari. Aku agak terkejut sebenarnya, aku tak mengejar pape tapi sekadar ingin berkongsi. Kot lah ada yang tensen2 lagi macam aku aritu, nak semak keputusan tapi tak dapat2 kan. So far, Alhamdulillah sangat2 .. post mengenai Keputusan Peperiksaan PTD tu dicari ramai. Memandangkan esok dah 23 Mei 2013, pada sape2 yang dah tak sabar nak semak keputusan exam korang .. boleh lah terus ke link yang aku drop kat bawah ni. Tapi semak after 12:00 pm hokkai? Semoga berjaya semua !!






Friday, May 17, 2013

Keputusan Exam PTD M41 2013 Ditangguh


Assalammualaikum ..

Pasti ramai yang sedang teruja untuk check result Peperiksaan Bertulis PTD M41 yang telah diambil sebulan yang lalu iaitu pada 13 Apr 2013. Tak kurang juga dengan aku, yang dah seminggu lebih terasa debaran keputusan yang bakal dilihat. Berjaya atau tidak? huhuhu .. Selepas hampir separuh hari menanti untuk mengakses masuk laman web SPA8, baru sebentar tadi berjaya masuk dan terus keluar notis seperti di bawah.



Harap maaf, keputusan peperiksaan bagi jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 di JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA akan diumumkan pada 23 Mei 2013 (Khamis). Keputusan peperiksaan boleh disemak selepas jam 12.00 tengahari.



* * * * * * * * * * * * *


So sama-sama kita nantikan tarikh 23 Mei 2013 (Khamis) itu ye. Doakan aku berjaya exam ni dan peringkat seterus-seterusnya. Untuk check result exam tu nanti korang boleh terus pergi ke link yang aku tinggalkan kat bawah ni. Untuk kemudahan bersama kan.






Friday, May 10, 2013

Nuffnang Blockbuster Campaign #2 - Project C


Project C?? Apa tu Project C?? Huhuhu Nuffnang ni memang saje je kan buat semua orang tertanya-tanya, especially yang dapat jemputan macam aku ni .. Well, Alhamdulillah sekali lagi Nuffnang bagi aku peluang untuk join Blockbuster Campaign dorang. Aku percaya, pasti ramai lagi blogger di luar sana yang turut dapat emel sama mcm aku ni ..


double klik tuk tumbesaran lebih jelas



See, baru je lagi dapat emel tu. Dengan ucapan Alhamdulillah dan turut mengeluh sebab kempen sebelum ni pun tak sempat nak bertindak pape. Minggu lepas aku dapat jemputan Acer Hybrid Ultrabook, tapi sayang seribu kali sayang .. aku tak sempat nak buat pape video pun .. makanya, aku tak dapat join la kempen yang awesome tuh. Tapi mcm tahu-tahu je, aku memang sekarang ni sedang usha-usha laptop baru .. tak dapat laptop, desktop pun jadi lah .. huhuhu~



Tapi kempen kali kedua ni, inshaa Allah aku akan usaha lakukan yang terbaik!! Hehehehe ada sape2 lagi tak yang dapat emel dari Nuffnang ni??

Lupa nak ingatkan, Blockbuster Campaign ni lebih masyuk dari CPUV semua tu. So kepada sesiapa yang dapat tu, berusahalah k. Huhuhu aku baru dapat 50sen je dlm Nuffnang akaun tu .. siapalah yang baik hati sangat klik untuk aku. Terima kasih banyak2, silalah tolong klik lagi ye .. kerana aku juga akn berbuat demiikian (^_____________^) ..

Tazkirah Jumaat #17 - Rahsia dalam Solat

Assalammualaikum wbt ..

Kalini arul nak berkongsi rahsia dalam solat 5 waktu yang kita tunaikan dalam seharian. Info ni bukan sahaja dicari untuk diri sendiri tapi juga untuk rakan-rakan yang terlupa akan rahsia yang tersembunyi dalam solat yang kita lakukan.



Lihat, setiap satu rukun itu memiliki faedah tersendiri yang kita tak tahu. Oleh itu, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita dan rajinkan lah diri mendirikan solat.



Spontaneous Thursday #8



"kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk belajar menyintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. - kuyien"



Gambar Hiasan je - Nur Aisyah Najwa


Thursday, May 9, 2013

Rindu

dari 9pm tadi aku masuk bilik .. kemas pape patut .. solat isyak siap .. golek punya golek sampai sejam setengah .. mata ni takmo gak lelap .. maka, ni la hasilnya .. aku bangun gagahkan diri untuk online walau badan dan otak aku dah penat sebenarnya selepas seharian dok ngadap monitor je .. memang lately ni aku jarang nak online bile kat umah .. aku fikir nak balik, bermain dengan kucing2 kesayangan aku dan rehatkan badan serta minda aku .. lately memang keje aku bertimbun, dokumen bertambah .. pandang kiri meja, memang tak rasa langsung dokumen2 yang ada tu menyusut walau aku dah buat keje sepantas mungkin. so marilah update blog picisan ni sambil mendengar hitz.fm @ red.fm.



R.I.N.D.U.



PERTAMA - yes! aku sedang merindukan insan-insan yang aku teramat sayang. Bonda, walau baru je balik kampung minggu lepas bergurau dan borak dengan bonda. aku dah pun terasa rindu pada bonda. sentiasa aku bermohon pada Allah swt agar lindungi bonda dan ayahanda di kampung sana.





KEDUA - aku rindukan kedua sahabat baik aku .. Yana dan Mien .. walau pun jarak antara kami, dekat tak berapa dekat .. dan jauh tak berapa jauh .. tapi kerana kesibukan masing-masing, komitmen pada kerja .. membuatkan kami semakin sukar untuk berjumpa .. demi dorang, aku boleh je adjust masa dan tarikh untuk turun tempat dorang, lepak sma2 mcm dulu .. tpi tu la, dorang yg x berapa boleh adjust masa/tarikh untuk luang masa sedikit dengan aku .. takpelah, pasti akan ada ruang dan peluang untuk berjumpa korang lagi.




Untuk kalian berdua, sahabat yang aku sayang dunia dan akhirat. Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik aku.



Mungkin ada di luar sana yang cuba memutuskan hubungan persahabatan kita, tp cuma kita yang tahu kekurangan/kelebihan, keburukan/kebaikan sesama kita. Aku harap persahabatan kita takkan terputus begitu saja, lebih2 lagi kerana orang lain yang belum tentu kenal hati budi masing-masing. 




well, hidup aku memang rasa kosong dan tak berapa ceria gak lately ni .. bila seolah menjauh dari kawan-kawan. bila dah off facebook, takde lagi dah kawan2 nak diajak bergurau .. well, mgkin akan ada yg berkata kenapa tak texting segala kan ... aku bukan mudah nak agih2 kan no.hp pada kawan2 di alam maya tu .. lagipun sapa la zaman sekarang ni nak layan SMS yg berbayar tu? masing-masing dah pakai smartphone/android so mcm2 apps la ada kan. tapi aku ...... masih lagi dengan hp sony k530i. huhuhu~

ada orang mungkin boleh hidup tanpa seorang kawan .. tapi tidak bagi aku .. bagi aku, kawan itu penting .. kawan yg benar pasti akan ada untuk kita tak kira susah mahupun senang .. suka mahupun duka .. tp kekasih? banyak perkara yang terbatas, citer ttg orang ni nanti jeles .. citer ttg orang tu nanti jeles .. sudahnya, apa yang kita boleh berkongsi kan? sahabat yang baik adalah seseorang yang mampu berkongsi pelbagai cerita dan masalah bersama kita .. seseorang yang bukan membenarkan apa yg salah tp menegur yg salah agar dibetulkan ..

sekian, terima kasih sudi luangkan masa membaca entri ini.

Tuesday, May 7, 2013

Mulakan Hari Dengan Milo


Assalammualaikum wbt ..

#just a short entri#

Well, seperti yg dah diberitahu sebelum td .. ni short entry je .. terasa rindu nak update pagi2 .. hahahaha ni dah pagi tak pagi sangat lah .. lagi sejam je dah masuk tengahari .. Apa-apa pun pagi ni agak kelam kabut je rasa ..

Mula dah bangun awal sebab macam biasa kena hantar kakak ke Stesen Tasik Selatan, tup2 katanya nak masuk lewat sebab Najwa demam dan batuk2. Tengok 8.30am klinik buka, last2 dengar Doc around 9.30am baru ada. Ceit!!

Tinggal kakak kat klinik, aku g punch card jap. Godek emel sana sini, dalam 9.40am kakak mesej kata dah setel. Huhuhu, terus rush p jemput dia. Then antar budak2 p nurseri, Aisyah pulak melalak taknak p sekolah(nurseri). Gara-gara semalam Selangor cuti umum la tu. Semalam ada aku nak jaga dorang kat umah, nurseri tutup, kakak plak keje (keje kat KL kan, bkn Selangor). Tak pasal2 kena angkut gak Aisyah sekali nak p hantar kakak ke Stesen BTS.

10.30am, aku dah selamat masuk ofis semula. Pergh!Dokumen selerak, bertimbun atas meja ni .. tak dapat nak berfikir dengan pantas dah. Perut cramp, lapar agaknya. So pape pun, sebelum betul2 kerah tulang 4 kerat dan otak ni berkerja .. kita sarapan dulu dengan Milo O' panas. Baru lah perut happy, otak gerak lancar .. hehehehehe

Sekian, terima kasih .. sudi baca (^__^)

Sunday, May 5, 2013

Isnin Cuti Umum Buat Warga Selangor

Assalammualaikum wbt ..

Salam Sejahtera ..


Sempena 5/5/13 hari mengundi 1 Malaysia, 6/5/13 telah diumumkan sebagai Cuti Umum kepada warga Selangor. Di media massa, media elektronik heboh memperkatakan tentang ini. Tapi aku dan seluruh warga kerja BA, masih tertanya-tanya valid ke tidak pengumuman tu. Hahahaha! Memang agak bingung ar masing-masing kat ofis pagi semalam. Dah la dengan bos besar tak masuk ofis plak pagi semalam. Jadi segalanya balik kerja masih dalam tanda tanya. Tadi aku saja check emel kat outlook, tengok bos ada send emel pulak kat semua staf.




Boleh tahan gak bos aku ni, duk 'salam' plak. Hahahahhaha .. tunggu dan lihat je lah .. entah cuti entah kan tidak .. Ini Kali Lah!!

Dia Syurgaku

Assalammualaikum wbt ..




Tengah malam ni terasa nak bercerita tentang buah hati kesayangan dunia akhirat aku plak. Buah hati? Ha sape lah agaknya kan? Tetiba je ada buah hati kan .. sape lagi kalau bukan my mom, bonda, emak, ibu!




Ini bonda aku, Puan Siti Tesiah Haji Abu Kair. Bonda sihat, tapi sihatnya tak seperti bonda orang lain. Bonda juga sakit, tapi sakitnya mungkin ada sedikit sama dengan segelintir wanita lain diluar sana. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau luasnya langit di atas kita. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau dalamnya dasar lautan yang ada. Sayang aku pada bonda, tak terungkap dengan kata-kata. Kerana sayang aku pada Bonda, Isnin (29/4/2013) aku keje half day .. petangnya aku terus shoot drive balik Pahang semata nak lihat wajah Bonda yang aku rindu sangat2. Yes, mostly akan kata aku buat kerja giler. Tapi aku tak kesah, sebab kerja giler aku adalah untuk lihat wajah kesayangan aku .. wajah yang mendamaikan hati aku .. wajah yang mampu membuatkan aku lupa segala masalah aku .. bukan buat bukan2. Malam yang sama, selepas Isyak aku shoot gerak balik Cheras semula. Huhuhu, mujur Abah tak bising sebab aku buat kerja giler tu. I know I am a girl ~

Aku tak tahu kesahihan cerita, tapi aku pernah dengar Abah bercerita pada saudara-saudara jauh kami. Bonda mula sakit selepas melahirkan anak ke-5, beberapa lama kemudian bonda dah ok sikit. Tapi bonda kembali sakit, selepas melahirkan aku. Jadi sebaik aku lahir ke dunia ni, Abah yang jaga aku dan uruskan aku. Maka sebab itu juga sejak kecil dan sepanjang proses tumbesaran aku, aku dilihat lebih rapat dengan Abah. Part yang aku paling ingat, kalau dalam majlis kenduri mana-mana .. aku lebih suka pergi kat Abah, dan duduk bersama Abah.




Tapi,sedalam mana pun kasih seorang ayah pada anaknya .. tetap takkan sama dengan sayang seorang ibu. Walaupun sejak bayi lagi aku dijaga oleh Abah, aku jarang dijaga oleh Bonda .. tapi dalam 7 beradik, aku lah yang paling rapat dengan Bonda. Kalau Bonda mengelak taknak makan ubat, Abah akan mengadu pada aku .. maka aku lah yang kena pujuk Bonda untuk terus makan ubat. Sehingga sekarang, masih dalam banyak hal Bonda lebih dengar cakap aku berbanding kakak2 dan abang2 aku. Aku pun tak faham kenapa.

Sumpah aku katakan, aku tak ingat 1 pun kenangan dengan Bonda dalam tempoh tumbesaran aku. Kenangan yang aku bersama Bonda, bermula dari aku Tingkatan 1. Sebenarnya Bonda dah ok sejak aku Darjah 4, rasanya lah. Naik sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama selama 5 tahun. Ohya, aku baru teringat ada 1 kenangan dengan Bonda masa aku sekolah rendah. Kecik2 dulu aku ni degil, bila Bonda tak buat apa yang aku minta .. aku mengamuk .. aku menangis .. kemudian Abah akan menangkan aku .. sian Bonda .. tapi dalam jahat2 aku .. dan dalam 7 beradik aku .. Bonda rajin buatkan aku milo 0' panas, bila aku stay up malam untuk siapkan kerja sekolah .. huhuhu zaman sekolah rendah, aku jarang nak study segala nih .. even masa UPSR pun, aku study sebelum masuk dewan exam .. Alhamdulillah dapat full A tahun tu .. mihmihmih!

Semakin aku membesar, aku semakin rasa tak boleh berenggang dengan Bonda. Bila setiap kali pulang ke kampung, aku tak malu untuk nyatakan kat sini .. aku akan tido dengan Bonda, peluk Bonda .. damai je rasa hati ni .. Sebab tu sekarang ni aku berusaha untuk cari kerja kat Pahang, berdekatan dengan Bonda. Aku mahu jaga Bonda hingga nafasku yang terakhir. Segala jasa Bonda, tak mampu aku balas. 

Bonda sakit apa? Takpelah, aku taknak berkongsi sepenuhnya .. aku taknak ada yang salah tafsir sakit Bonda. Tapi aku hairan, bagaimana anak2 sekarang dengan mudah dan senang hati mengabaikan kedua orang tua mereka. Tak kira la dah berkahwin atau sibuk berkerja, parents still our priority. Please love your mother, more than others. Ok la, sampai sini dahulu kisah mengenai Bonda kecintaan dunia akhirat aku. Now ada kat kampung dah, tadi Bonda terjaga dari tidur .. keluar bilik lihat aku masih tercongok depan tv dan laptop .. Bonda ambil aiskrim dan duduk makan sama2 dengan aku .. hahahahahha ..




Saturday, May 4, 2013

Fenomena Comey Bak Korean Ladies dengan Hansaegee Nature


Assalammualaikum wbt ..

Tajuk tak boleh blah kan, bikin kontroversi buat panas hati peminat-peminat K-Pop je .. Hahahaha!
Akhirnya, diri ini pun terjebak sama menggunakan Produk Hansaegee Nature ni.




Arul just try 3 paket ni sahaja, dan kesan nya memang best. Mask dia pun best je pakai, sangat nipis dan lembab. Setiap satu paket tu mengandungi pelbagai khasiat tersendiri. Maaflah, serius arul memang failed dalam bab nak buat pape review ni. Korang boleh baca review testimoni dari blogger2 di bawah ni. Arul just dapat kata, tak rugi pun korang pun mencuba sama produk ni. Sangat sesuai untuk apa jenis kulit pun. Thumbs up!!


Testimonial dari Blogger Jelita



Lirik Lagu Setengah Mati Merindu - Judika





Setengah Mati Merindu


Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang (terus terang)

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menuggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu


Nuffnang Blockbuster Campaign - Acer Hybrid Ultrabook


Assalammualaikum wbt ...

Setelah beberapa minggu yang agak suam-suam kuku semangat update blog, harini arul cuba untuk bersemangat semula untuk update blog ini .. biarpun tak ramai follower, tapi arul tahu blog ni masih punya readers yang tersendiri. Btw, lots of thanks pada silent readers/followers yg sudi blogwalking blog arul ni.

Ok, firstly arul nak mulakan dengan bercerita tentang jemputan dari Nuffnang yang tanpa disangka-sangka sebab status arul sudah pun bertukar pada Non-Glitterati .. huhuhu kerana arul ter-curang sekarang dengan Nuffnang dengan beralih arah pada Komli pula. Jemputan ni actually khas untuk yang berstatus Glitterati, tapi mungkin rezeki diri kan .. Alhamdulillah, ni pertama kali dapat jemputan begini. Tapi masih terfikir-fikir nak buat macam mana, cabaran agak mencabar. Tak tahu sama ada arul dapat buat atau tidak, teringin nak cuba cabar diri tapi entahlah.




Ni emel yang arul dapat dari Nuffnang pagi tadi. So korang ada idea tak nak buat macam mana? Arul ni tak berapa kreatif, huhuhu ... Kebetulan, arul memang dah bertahun pulak guna produk Acer ni kan .. adeh caner ek nak buat?? huhuhu .. Blogger otai ni pun dapat jemputan jugak .. hehehehe .. sama-sama sedang pening nampaknya memikirkan langkah yang patut diambil untuk kempen jemputan dari Nuffnang ni.

Apa pun terima kasih Nuffnang kerana masih memberi peluang kepada saya untuk kembali percaya pada Nuffnang  (^_____^)

Wednesday, May 1, 2013

#39 - Wordless Wednesday - I Want Kill You!!





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s : aku benci the 2nd type of person tu .. aku serius tak tahu pe mslh mental perempuan psiko tu yg dok sibuk interrupt life aku plak sekarang ni .. semoga tenang bila dah takde FB ni ..

Sahabat Sakura

They're G+