Pages

Showing posts with label Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2013. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2013. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Semak Keputusan Peperiksaan PTD Gred M41

Assalammualaikum wbt ..





Pasti ramai yang tertunggu-tunggu Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang telah pun dijalankan pada 13 Apr 2013 yang lalu. Namun ramai yang merasa sedikit kecewa pabila setelah sebulan menanti tapi akhirnya Keputusan Ditangguh Seminggu Lagi. Pada mulanya yang telah tertulis di surat SPA8, keputusan boleh disemak bermula 17 Mei 2013 kemudian telah ditangguh ke tarikh yang lain iaitu esok hari - 23 Mei 2013 (Khamis).




Blog aku ni cuma blog bodoh-bodoh je, tak ramai yang sudi jengok sebab aku tak pandai menulis seperti orang lain tapi kerana minat .. aku still lagi menulis di alam maya ni .. apa2 pun aku masih berusaha untuk up kan lagi blog ni agar lebih ramai pengunjung datang walau pun bukan jadi follower. Fuhh!! ok, kat atas ni adalah statistik untuk 3 hari (Isnin-Rabu) bagi blog ni, bermula dari 17 Mei aritu hingga la ke harini, entri tersebut masih hangat dicari. Aku agak terkejut sebenarnya, aku tak mengejar pape tapi sekadar ingin berkongsi. Kot lah ada yang tensen2 lagi macam aku aritu, nak semak keputusan tapi tak dapat2 kan. So far, Alhamdulillah sangat2 .. post mengenai Keputusan Peperiksaan PTD tu dicari ramai. Memandangkan esok dah 23 Mei 2013, pada sape2 yang dah tak sabar nak semak keputusan exam korang .. boleh lah terus ke link yang aku drop kat bawah ni. Tapi semak after 12:00 pm hokkai? Semoga berjaya semua !!






Friday, May 17, 2013

Keputusan Exam PTD M41 2013 Ditangguh


Assalammualaikum ..

Pasti ramai yang sedang teruja untuk check result Peperiksaan Bertulis PTD M41 yang telah diambil sebulan yang lalu iaitu pada 13 Apr 2013. Tak kurang juga dengan aku, yang dah seminggu lebih terasa debaran keputusan yang bakal dilihat. Berjaya atau tidak? huhuhu .. Selepas hampir separuh hari menanti untuk mengakses masuk laman web SPA8, baru sebentar tadi berjaya masuk dan terus keluar notis seperti di bawah.



Harap maaf, keputusan peperiksaan bagi jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 di JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA akan diumumkan pada 23 Mei 2013 (Khamis). Keputusan peperiksaan boleh disemak selepas jam 12.00 tengahari.



* * * * * * * * * * * * *


So sama-sama kita nantikan tarikh 23 Mei 2013 (Khamis) itu ye. Doakan aku berjaya exam ni dan peringkat seterus-seterusnya. Untuk check result exam tu nanti korang boleh terus pergi ke link yang aku tinggalkan kat bawah ni. Untuk kemudahan bersama kan.






Sahabat Sakura

They're G+