Pages

Thursday, May 9, 2013

Rindu

dari 9pm tadi aku masuk bilik .. kemas pape patut .. solat isyak siap .. golek punya golek sampai sejam setengah .. mata ni takmo gak lelap .. maka, ni la hasilnya .. aku bangun gagahkan diri untuk online walau badan dan otak aku dah penat sebenarnya selepas seharian dok ngadap monitor je .. memang lately ni aku jarang nak online bile kat umah .. aku fikir nak balik, bermain dengan kucing2 kesayangan aku dan rehatkan badan serta minda aku .. lately memang keje aku bertimbun, dokumen bertambah .. pandang kiri meja, memang tak rasa langsung dokumen2 yang ada tu menyusut walau aku dah buat keje sepantas mungkin. so marilah update blog picisan ni sambil mendengar hitz.fm @ red.fm.



R.I.N.D.U.



PERTAMA - yes! aku sedang merindukan insan-insan yang aku teramat sayang. Bonda, walau baru je balik kampung minggu lepas bergurau dan borak dengan bonda. aku dah pun terasa rindu pada bonda. sentiasa aku bermohon pada Allah swt agar lindungi bonda dan ayahanda di kampung sana.





KEDUA - aku rindukan kedua sahabat baik aku .. Yana dan Mien .. walau pun jarak antara kami, dekat tak berapa dekat .. dan jauh tak berapa jauh .. tapi kerana kesibukan masing-masing, komitmen pada kerja .. membuatkan kami semakin sukar untuk berjumpa .. demi dorang, aku boleh je adjust masa dan tarikh untuk turun tempat dorang, lepak sma2 mcm dulu .. tpi tu la, dorang yg x berapa boleh adjust masa/tarikh untuk luang masa sedikit dengan aku .. takpelah, pasti akan ada ruang dan peluang untuk berjumpa korang lagi.




Untuk kalian berdua, sahabat yang aku sayang dunia dan akhirat. Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik aku.



Mungkin ada di luar sana yang cuba memutuskan hubungan persahabatan kita, tp cuma kita yang tahu kekurangan/kelebihan, keburukan/kebaikan sesama kita. Aku harap persahabatan kita takkan terputus begitu saja, lebih2 lagi kerana orang lain yang belum tentu kenal hati budi masing-masing. 




well, hidup aku memang rasa kosong dan tak berapa ceria gak lately ni .. bila seolah menjauh dari kawan-kawan. bila dah off facebook, takde lagi dah kawan2 nak diajak bergurau .. well, mgkin akan ada yg berkata kenapa tak texting segala kan ... aku bukan mudah nak agih2 kan no.hp pada kawan2 di alam maya tu .. lagipun sapa la zaman sekarang ni nak layan SMS yg berbayar tu? masing-masing dah pakai smartphone/android so mcm2 apps la ada kan. tapi aku ...... masih lagi dengan hp sony k530i. huhuhu~

ada orang mungkin boleh hidup tanpa seorang kawan .. tapi tidak bagi aku .. bagi aku, kawan itu penting .. kawan yg benar pasti akan ada untuk kita tak kira susah mahupun senang .. suka mahupun duka .. tp kekasih? banyak perkara yang terbatas, citer ttg orang ni nanti jeles .. citer ttg orang tu nanti jeles .. sudahnya, apa yang kita boleh berkongsi kan? sahabat yang baik adalah seseorang yang mampu berkongsi pelbagai cerita dan masalah bersama kita .. seseorang yang bukan membenarkan apa yg salah tp menegur yg salah agar dibetulkan ..

sekian, terima kasih sudi luangkan masa membaca entri ini.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+