Assalammualaikum wbt ..
Tengah malam ni terasa nak bercerita tentang buah hati kesayangan dunia akhirat aku plak. Buah hati? Ha sape lah agaknya kan? Tetiba je ada buah hati kan .. sape lagi kalau bukan my mom, bonda, emak, ibu!
Ini bonda aku, Puan Siti Tesiah Haji Abu Kair. Bonda sihat, tapi sihatnya tak seperti bonda orang lain. Bonda juga sakit, tapi sakitnya mungkin ada sedikit sama dengan segelintir wanita lain diluar sana. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau luasnya langit di atas kita. Sayang aku pada bonda, tak terjangkau dalamnya dasar lautan yang ada. Sayang aku pada bonda, tak terungkap dengan kata-kata. Kerana sayang aku pada Bonda, Isnin (29/4/2013) aku keje half day .. petangnya aku terus shoot drive balik Pahang semata nak lihat wajah Bonda yang aku rindu sangat2. Yes, mostly akan kata aku buat kerja giler. Tapi aku tak kesah, sebab kerja giler aku adalah untuk lihat wajah kesayangan aku .. wajah yang mendamaikan hati aku .. wajah yang mampu membuatkan aku lupa segala masalah aku .. bukan buat bukan2. Malam yang sama, selepas Isyak aku shoot gerak balik Cheras semula. Huhuhu, mujur Abah tak bising sebab aku buat kerja giler tu. I know I am a girl ~
Aku tak tahu kesahihan cerita, tapi aku pernah dengar Abah bercerita pada saudara-saudara jauh kami. Bonda mula sakit selepas melahirkan anak ke-5, beberapa lama kemudian bonda dah ok sikit. Tapi bonda kembali sakit, selepas melahirkan aku. Jadi sebaik aku lahir ke dunia ni, Abah yang jaga aku dan uruskan aku. Maka sebab itu juga sejak kecil dan sepanjang proses tumbesaran aku, aku dilihat lebih rapat dengan Abah. Part yang aku paling ingat, kalau dalam majlis kenduri mana-mana .. aku lebih suka pergi kat Abah, dan duduk bersama Abah.
Tapi,sedalam mana pun kasih seorang ayah pada anaknya .. tetap takkan sama dengan sayang seorang ibu. Walaupun sejak bayi lagi aku dijaga oleh Abah, aku jarang dijaga oleh Bonda .. tapi dalam 7 beradik, aku lah yang paling rapat dengan Bonda. Kalau Bonda mengelak taknak makan ubat, Abah akan mengadu pada aku .. maka aku lah yang kena pujuk Bonda untuk terus makan ubat. Sehingga sekarang, masih dalam banyak hal Bonda lebih dengar cakap aku berbanding kakak2 dan abang2 aku. Aku pun tak faham kenapa.
Sumpah aku katakan, aku tak ingat 1 pun kenangan dengan Bonda dalam tempoh tumbesaran aku. Kenangan yang aku bersama Bonda, bermula dari aku Tingkatan 1. Sebenarnya Bonda dah ok sejak aku Darjah 4, rasanya lah. Naik sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama selama 5 tahun. Ohya, aku baru teringat ada 1 kenangan dengan Bonda masa aku sekolah rendah. Kecik2 dulu aku ni degil, bila Bonda tak buat apa yang aku minta .. aku mengamuk .. aku menangis .. kemudian Abah akan menangkan aku .. sian Bonda .. tapi dalam jahat2 aku .. dan dalam 7 beradik aku .. Bonda rajin buatkan aku milo 0' panas, bila aku stay up malam untuk siapkan kerja sekolah .. huhuhu zaman sekolah rendah, aku jarang nak study segala nih .. even masa UPSR pun, aku study sebelum masuk dewan exam .. Alhamdulillah dapat full A tahun tu .. mihmihmih!
Semakin aku membesar, aku semakin rasa tak boleh berenggang dengan Bonda. Bila setiap kali pulang ke kampung, aku tak malu untuk nyatakan kat sini .. aku akan tido dengan Bonda, peluk Bonda .. damai je rasa hati ni .. Sebab tu sekarang ni aku berusaha untuk cari kerja kat Pahang, berdekatan dengan Bonda. Aku mahu jaga Bonda hingga nafasku yang terakhir. Segala jasa Bonda, tak mampu aku balas.
Bonda sakit apa? Takpelah, aku taknak berkongsi sepenuhnya .. aku taknak ada yang salah tafsir sakit Bonda. Tapi aku hairan, bagaimana anak2 sekarang dengan mudah dan senang hati mengabaikan kedua orang tua mereka. Tak kira la dah berkahwin atau sibuk berkerja, parents still our priority. Please love your mother, more than others. Ok la, sampai sini dahulu kisah mengenai Bonda kecintaan dunia akhirat aku. Now ada kat kampung dah, tadi Bonda terjaga dari tidur .. keluar bilik lihat aku masih tercongok depan tv dan laptop .. Bonda ambil aiskrim dan duduk makan sama2 dengan aku .. hahahahahha ..
No comments:
Post a Comment