Pages

Wednesday, April 4, 2012

Panggilan Illahi ~ innalillah ...


Assalammualaikum wbt

Harini arul tak boleh nak "wordless" sangat walaupun memang sebenarnya gitu kalau nak ikut kan keadaan sebenar..

Februari yang lalu, dikejutkan dengan berita Mak Andak arul kat Sekinchan, Selangor.. Awal April ini pulak, arul dikejutkan dengan berita Mak Angkat arul pulak kat Wangsa Maju ... Keduan-dua nya arul dapat tahu sebelum subuh .. so berita2 kematian tersebut betul2 men-spoilkan (sori rosakkan bahasa) mood arul di pagi-pagi hari..huhuhu.. Lunch tadi, sedang ingin baring rehatkan badan sekejap di sofa rumah..tetiba air mata mengalir..serasa benar2 kehilangan seseorang yang sangat arul sayang..kerana arul dah anggap dy seperti ibu arul sendiri.. (semakin rindu sangat2 kat mak arul kat kg tu)..

Apa yang arul tahu, Almarhum meninggal tengah malam tadi .. dan setelah dirisik-risik .. jenazah dikebumikan jam 10 pagi tadi.. nak taknak .. mahu tak mahu .. arul tetap gagahkan diri pergi kerja .. dengan berat hati .. bukan apa .. arul memang sangat terkilan sekarang ni .. kerana masa arwah dimasukkan wad kerana masalah jantung .. arul tak berkesempatan melawat di sana .. dan sekarang, arwah dah dipanggil Illahi .. arul tak dapat juga melihat buat kali terakhir..

Mak angkat arul sebenarnya merupakan ibu pada ex-bf arul .. biarpun kami dah takde pape, tak bermakna arul juga kena putuskan hubungan dengan orang tua dy sekali kan?? Dan kerana hubungan tersebut lah, arul turut terasa akan kehilangan arwah. Sekarang, pasti ex-bf arul sedang bersedih yang teramat..bukan sahaja kerana dy anak bongsu tetapi dy jugalah yang banyak berkorban demi menjaga mak dan abah dy.. Memang dah lama arul tak lihat wajah arwah..emm,sejak arul putus hubungan dengan ex-bf arul kot..teruknya arul..

Kawan-kawan yang sedang membaca entri ini, arul bermohon dan merayu dari korang..agar sama-sama mendoakan yang baik-baik buat arwah mak angkat arul..semoga segala amalan arwah diterima Allah swt, semoga roh nya ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang mendapat keredhaan Allah swt .. marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Surah Yasin dan Al-Fatihan buat arwah (T_T)

No comments:

Post a Comment

Sahabat Sakura

They're G+