Pages

Friday, September 30, 2011

Suami Ikat, Perkosa Isteri Sendiri

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Haish..agk terkejut ble aq baca newspaper harini..semakin byk lah sebenarnya news yg mengejutkan aq skrg nih..Tambahan lg pelik dgn sikap sesetengah org zaman sekarang nih.

Macam nih...berbalik pd tajuk entri aq tengahari buta nih..herm,pelik!Nape si suami harus merogol,perkosa bini sendiri??Memang salah jika si isteri menolak kemahuan si suami tnpa alasan yg munasabah..tetapi si suami juga tak sepatutnye memaksa si isteri jika tidak mahu.Keduanya harus saling menghormati la..(huhuhu walaupun aq lum kawen,tp ad la skit2 ilmu pengetahuan tentang ni..kat sklh dlu kan ada bljr gak..jgn slah fhm k..)

Tapi bab ni..si isteri bukan diperkosa krn menolak kemahuan si suami di ranjang..tetapi kerana menolak pelawaan si suami mengajak pergi ke majlis keluarga..si isteri mahu pergi majlis yang dianjurkan pihak syarikatnye.  Tetapi apakah wajar tindakan si suami ini??(cewah,ayt nk skema..kah3..).

Aish aq pn tak tahu apa nk jd dengan manusia zaman sekarang nih..sampaikan isteri sendiri yg sah pn nk dirogol..korang blh ar bce sendiri di sini..


Pengorbanan Seorang Ibu


Assalammualaikum dan selamat tengahari..
Dah lama sangat aq tak buat entri baru kat blog aq nih..asenya mcm dah berhabuk je..ish3..
Harini aq dapat 1 cerita yg agak menarik lg meruntun hati..so aq decide nk share dgn kwn2 di sini..
Gambar Hiasan by Google Images

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat
kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak
mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.


Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.


"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"


Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.


Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.


Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.


Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.


Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.


Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?


Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar
Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.


13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak
pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"


Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?


Mak jawab, "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.


Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama
lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"


Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.


Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke
taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.


"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011
- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011
- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011
- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."


Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


9 April 2011
- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana
cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.


"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.


"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.


Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"


Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.


"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.


"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."


Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.


Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.


Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan
kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

By: Md Zahki Md Hussein

Tuesday, September 20, 2011

Dasar anak tak sedar diuntung zaman sekarang

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Haish tensen pulak bila terbaca artikel seperti ini..walaupun sudah berkali-kali dahulu keluar artikel yg lebih kurang macam ni..tapi tetap akan sakit hati..

Nak taw tentang apa??Ha ni lah nk habaq sikit..tentang ank2 muda zaman sekarang yg semakin kurang hajaq..dipukul-pukul,disepak terajang je org tua sendiri mcm barang mainan..padahal masa dorang kecil2 dulu..mak bapak dorang ni tatang dorang bagai minyak yang penuh..cuba memenuhi segala kehendak walau pun sukar..Mak ayah kita takde pun nk bantai2 kita masa kecik ble kita ni menangis tak berhenti..ble kita tbe2 nanges ditengah2 malam..tp ank2 sekarang..mak ayah membebel sekejap..dah dush!kna tumbuk la..kna terajang la..kna pukul la..ish!!

Haihh..da tak mampu la nk kata pa lagi..korang bacalah artikel ni pulak..aq saja nk share ja..

p/s : mak dan ayah kandung kita cuma ada 1 dan sekali seumur hidup..hargai dan jagalah mereka..renung2 kan~

Selamat Pengantin Baru Eira Syazira

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Hoh,tengahari lagi aq 'hapdet' blog nih..hehhehe..takpe kan?kan?Harini kita masuk dunia hiburan sikit lah..belek sana..belek sini..tetiba terpandang artikel si artis ni..Alhamdulillah mereka dah selamat pun diijabkabul..mcm tak sangka pun ada jugak..tapi mmg suwitttttt!

Eira Syazira & Azad
Ha tengok! Suwitt kan dorang berdua nih..hehehe..ske sgt tengok both of them..
Ni citer sal dorang dr artikel yg aq amik..klik SINI k..

Semoga gerbang perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan berbahagia selalu..sama2 lah juga kita mendoakan mereka ni cpt2 dikurniakan cahaya mata..amiin~

Monday, September 19, 2011

Salah Siapa????

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Hehehe..artikel yg ni pun wat aq berfikir sejenak..bkn pe...isu ni kan dah lama dibangkitkan..tp sampai sekarang la msh belum ada penyelesaian pape pun..malah sini menuding jari ke sana..sana pulak menuding jari ke sini..Semua taknak mengaku salah,taknak mengaku kalah.Kerajaan?Dimanakah?Apakah jalan penyelesaian pada semua ini?

Oklah,aq terus pada point yg aq nk sampaikan disini.Pabila aq terbaca artikel ni, secara automatiknye otak aq terus ligat berfikir..negara ni mmg rakyatnye pakai pakaian yg seksi2..menjolok mata..tp sejenak kemudian aq terfikir semula..itu yg berlaku di negara org lain..yg berlaku di negara sendiri?Ok,baca lah dulu ye artikel ni di SINI .

Aq tak rasa yg sepatutnye di persalahkan adalah kaum Hawa sepenuhnye.  Ramai beranggapan dan mengatakan salah si mangsa,si perempuan itu kerana dy berpakaian menjolok mata,berpakaian seksi, dedah sana sini. Namun demikian, bile diselidik..scara kasarnye pun kita dah boleh lihat sendiri..wanita tua(warga emas) pun boleh dirogol..wanita bertudung litup segala pun turut menjadi mangsa..apakah ini yg dikatakan salah si mangsa??Renung2 kan lah sejenak..

Aq memang hangen betul bila masyarakat sesenang tu je meletakkan segala kesalahan pada si mangsa..sedangkan si mangsa tu dah cukup terseksa malah terbeban dengan pengalaman yg cukup pahit lg trauma itu..sedarlah wahai masyarakat sekalian.

Huuuu..sampai disini sahaja lah dulu ye..Renung-renungkan~

30 sen sehari..sikit2 lma2 akn menjadi bukit~

Assalammualaikum dan selamat tengahari..

Huiyooo!Lama sesangat teramat sangat dah ni aq tak 'hapdet' blog picisan yg tak semenggah mana nih..
Maaflah(kpd yg sudi menjengah blog nih)..ader byk reasons,tp takpe lah..tak perlu disenaraikan alasan2 tersebut disini k..

Disaat baru tergerak hati nk bace Berita Harian Online..terpandang 1 berita yg agak menarik minat malah seperti memberi semangat kpd aq.

Korang tgok la mke pakcik ni ha...kasihan kan?sayu je hati..

Berita selanjutnye di SINI

Ha tengok..berkat usaha dan berkat kesabaran seseorang itu..tambah pulak dengan niat yg suci lg murni..pasti akan membuahkan hasil.  Allah s.w.t mendengar niat dan doa makhlukNYA.

Sebenarnya yg aq semangat sgt bila terbaca artikel ni krn aq pun sdg menyimpan sedikit2 untuk mendapatkan apa yg aq sdgn impikan skrg nih..JENG!JENG!JENG!Da tercapai nanti baru aq reveal kat korang..ngeh3..

Oklah,sekian dlu ya..

p/s: Para ibubapa,didiklah anak2 kalian menyimpan bermula dari kecil lagi..kelak pasti mereka tidak akan menyusahkan kalian..insya'allah~

Tuesday, September 6, 2011

YA ALLAH,bapak besau!!


Hello everybody..


Haish long time no see kan??Cewah,tetiba nk sepiking broken english la pulak..hehehehehe..Aq tak tau la apa nk jd dgn blog aq ni dah..sekali aq stop..ha hamek kau,beminggu-minggu terus aq stop..takde masa dah..ni luangkan sejenak..

Harini just nk share sket news je yg terpandang kt Yahoo!harini..


Ha ckup besar tak???Terkejut tak??1st aq tgok pg tadi..haaaa ternganga sesaat..betapa besar nye menatang tuh..tinggi aq pun tak sampai 6kaki kot..(kekekekee coz aq ni mmg ketot pun)..

Nak taw citer lanjut berkenaan gambar ni..blh la kalian klik di SINI..


p/s: segalanya kekuasaan Yang Maha Esa

Sahabat Sakura

They're G+